Permohonan Balik Baki Kad Touch 'n Go

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

April lalu saya ada memohon untuk mendapatkan semula baki kad Touch 'n Go (TNG) yang telah tamat tempoh. Saya buat dalam portal TNG je.

Tak lama selepas tu, saya terima emel untuk memuat turun beberapa dokumen sokongan untuk tujuan pengesahan. 

Dokumen agak renyah, lagi-lagi kalau siapa yang kehilangan kad TNG. Auto lemah dan malas nak mohon. Saya ni pun sebab kad tu masih ada dengan saya lagi. Tu yang buat juga. (Kad TNG gambar saya teman anak lelaki yang sedang ambil Nebulizer di klinik kesihatan) Rare kan? Suami la yang tempah kad TNG pakai gambar tu. Takde gambar lain ke???😡

Ada beberapa perkara yang perlu dibuat;

1. Gambar selfie dengan Mykad

2. Gambar kad TNG yang telah tamat tempoh (kalau hilang, perlu muat turun laporan polis)

3. Maklumat bank


Agak lama juga lah prosesnya sebab saya tak perasan pula ada emel masuk. Bila dah submit semua, akan terima emel memberitahu yang proses pemulangan balik mengambil masa 14 hari dan tidak lebih daripada 30 hari.



20 hari macam tu, akhirnya permohonan saya telah berjaya. Walaupun jumlah pemulangan tak banyak, tetapi bolehlah buat duit makan tengahari.πŸ˜…

O


Tengah sabar menunggu WTD pula. Orang penyabar memang macam ni eh?πŸ€”

Sharhanah

1 comment:

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...