Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tarikh beli pada 25 Ogos 2022. Tak sampai 2 tahun dah mula buat perangai. Skrin je jadi macam ni, audio masih ok. Terus suami call CS (Customer Service) dia. Macam biasalah, nak kad jaminan dan resit pembelian.
Jaminan sah sehingga 2 tahun daripada tarikh pembelian. Maknanya, masih dalam jaminan. Masih menunggu CS reply.
Skrin TV Aiwa dah jadi macam ni bermula 21/6/2024 |
Flash back: TV lama saya ni terselamat daripada banjir besar pada Disember 2021. Air banjir paras pinggang, beza cuma beberapa cm je hampir kena TV yang kami gantung di dinding. Ogos 2022, suami cuba turunkan, sekali plastik bingkai TV tu pecah berderai. Kondisi sudah rapuh. Pada hari yang sama kami ke kedai barangan elektrik untuk beli baharu. Sayangnya, (tanpa survey terlebih dahulu) suami beli je walaupun bagi saya RM2.7K terlalu mahal. Lewat petang tu, rumah kami dah ada TV. (Rasanya, pembelian paling menyesal yang pernah saya persetujui). Rupanya, harga TV yang kami beli di kedai lebih mahal berbanding kalau beli secara online. Tengok dekat Shopee, harganya RM1.6K saja.
Moral of the story: Jangan kalut sangat nak ganti (suami beli TV sebelum pergi keje syif petang. Nampak dia kalut di situ). Perlu buat survey terlebih dahulu. Bandingkan harga dan rujuk kepada ulasan pengguna. Kalau saya, 2,3 hari saya survey. Dah puas hati baru beli. Saya suka beli online. Suami suka beli di kedai. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan... hahaha. Apa-apa pun ada 1 barang yang saya menyesal beli online. Nanti saya story.
Semua benda akan rosak/luput. Macam tu juga apa yang bernyawa. Pasti akan merasa mati. Cuma kita tak tahu tarikhnya bila. Jom kumpul pahala!
Sharhanah
Sharhanah
Saya kalau bab nak beli yang harga nya mahal-mahal sampai ribu ribu ni mmg agak berkira sebab nak kena study nak check harga bagai.. ye la benda mahal kan.. kalau pape jadi putih mata.. nasib la under warranty lagi tv Puan Sharhanah ni. Semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteAamin... terima kasih.
DeletePada saya kalau TV boleh hold dulu, kalau mesin basuh atau peti ais tu rasa terganggu juga jika rosak.
ReplyDeleteAlhamdulillah masih dlm warranty, Insha Allah dapat gantinya.
Insha-Allah.
Deletesebab tu la tv kat umah tu dah lama xbuka, rsa xde kepentingan sgt..tv pon nk majuk kdg ade sora kdg xde haha
ReplyDeleteAnak-anak je rajin layan TV.
Deletenaseb baik ada waranty lagi...semoga dipermudahkan urusannya...
ReplyDeleteAamiinn
DeleteIn syaa Allah, mudah-mudahan dipermudahkan urusan. Tidak ada masalah tu sebab masih dalam tempoh waranty.
ReplyDeleteInsha-Allah.
DeleteCepat jgk tu 2 tahun dah kaput...=(
ReplyDeleteKannn... Blacklist terus brand ni.
DeleteTu la tu... TV nipis sekarang kira pakai buang je....
ReplyDeleteGeram sebab dia mahal! Kalau murah macam di kedai eco, tak la terasa sangat nak pakai buang.
Deletebeli lain la jwbnye.. tp skrg tv tak brp nk penting dah.. hihihi... (Alhamdulillah ada waranty)
ReplyDeleteBetul, masing-masing ada gadjet. Cuma nak layan movie bersama keluarga, tak dapatlah.
DeleteNasib ada warranty lagi .mudah -mudahan CS dapat ganti yang baru
ReplyDeleteAlhamdulillah... Masih dalam warranty. Saat saya komen di sini, TV dah dibawa oleh juruteknik ke HQ. Harap cepatlah pulihnya.
Delete