Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2022

Perkongsian teknik mudah dan faedah mewarna

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Baru-baru ini saya dan anak-anak menyertai Bengkel Terapi Mewarna di Kuala Lumpur. Banyak ilmu yang kami perolehi selama 8 jam di sana. Paling tak boleh lupa, saya dan anak bongsu memenangi pertandingan dalam kategori masing-masing. Siap bawa balik hadiah! Saya akui, inilah pertama kali saya belajar teknik yang betul untuk mewarna. Selama ni, guna teknik bedal je. Itupun, pernah menang beberapa kali pada peringkat sekolah. Kira nasiblah tu. Anak-anak saya pun, sejak di bangku sekolah memang telah didedahkan dengan pertandingan mewarna. Pernah si kakak sulung jadi juara dan memenangi tempat ke-2. Dapat hadiah berupa wang tunai telah membakar semangat dia untuk menyertai lagi pertandingan ini. Saya bukan apa, anak-anak saya ada sifat cepat give-up, malas nak habiskan sesuatu kerja dan tiada keyakinan diri. Saya sering memaksa supaya mereka enjoy dengan proses mewarna. Saya tahu, anak-anak saya ada bakat, cuma mereka ni malas. Yer

Pejabat Bagi Pungutan Pasport Cuti Umum, Bagaimana dengan Tarikh Sistem Temujanji Online (STO)?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Sudahlah memilih tarikh 18/11/2022 untuk mengambil pasport, sekali kerajaan umumkan cuti daaaa... macam mana Sistem Temujanji Online (STO) yang sudah ada tarikh? Perlu batalkan ke? Perlu buat semula pemilihan tarikh ke di STO? Saya terus ke laman website mereka. Tiada pengumuman. Saya terus ke socmed mereka pula. Tiada juga posting berkenaan pemberitahuan mengenai STO bertarikh 18/11/2022. Cuma saya perasan ada sorang je pengguna Twitter yang bertanya soalan yang sama kes dengan saya. Tapi tiada reply. Arghhh...  Tanya pada pakcik Google. Tiada pula maklumat carian yang saya nak. Tiada siapa yang buat entry berkenaan STO. Belek emel yang hari tu pihak imigresen antar. Jumpa nombor telefon di bahagian bawah. Saya menghubungi berkali-kali talian 03-8892 6000 & 03-8892 6037 untuk kepastian. Nampaknya, panggilan saya tidak dijawab. Saya menghubungi pula nombor ini 03-8000 8000. Alhamdulillah, ada respon. Cuma tidak membantu meny

Tempoh Memperbaharui Pasport Secara Online

Tempoh memperbaharui pasport secara online memakan masa 11 hari! Nak mohon tu cepat je, nak menunggu siap tu je... lamberttt. Tambah lagi 10 hari untuk dapatkan hari yang kita free nak pergi ambil. Maknanya, pada hari ke-21, baru dapat seketul pasport. Maka, jangan berlengah kalau bab nak berurusan dengan jabatan kerajaan ya. Awal tak kalut! 28/10/2022 (Jumaat) 10 pagi: Pergi ke kedai gambar untuk dapatkan softcopy gambar berukuran pasport dengan caj sebanyak RM13 dikenakan. Hanya sertakan alamat emel yang aktif. 4 petang : Permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Isi maklumat dengan betul. Ambil masa kurang 20 minit. 8/11/2022 (Selasa) 12:29 tengahari : Terima notifikasi melalui emel dengan tajuk "myONLINE PASPORT - Keputusan Permohonan Pasport" Terus saya tekan pada pautan yang diberikan untuk membuat temujanji secara atas talian. 13:02 petang : Terima notifikasi melalui emel dengan tajuk PERMOHONAN TEMUJANJI (STO) DI PEJ IMI XXXXXX 18/

Nak Tukar Windscreen? Bagaimana RFID Saya??

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Gambar sekadar hiasan. Waktu ke Lanai Anggun @Ecosky. Masih bertagak (buat rileks) bila cermin hadapan kereta retak. Bukan apa, tag RFID belum beli lagi. Malas rasanya nak walk-in ke kedai cermin kereta. Bila cermin depan dah ganti baru, tag RFID yang manjahhh bukan boleh cabut pun untuk pasang balik. Cabut considered rosak! Dah la duduk di lembah Klang, tol di mana-mana.  Kebetulan, waktu suami off day, kami berdua lalu di Bangsar South. Terus apalagi, isterinya terus masuk Touch N Go HQ yang terletak di Tower 6, Avenue 5. Masuk Q untuk dapatkan tag RFID. Beli dekat sini jimat RM5.  Lepas dapat, baru ada semangat nak tukar cermin depan kereta. Tapi, saya rasa blur. Takut pun ada sebab risau salah pasang, risau palang tak terangkat, risau macam-macam lagi lah. Sebab dulu waktu percuma dapat RFID, saya perlu bawa kereta ke salah satu pusat pemasangan RFID. Semua staf yang buatkan. Sebab tu lah saya duk ingat, pemasangan RFID ni sa

Cara Simpan Duit Paling Mudah

Benarlah kata peribahasa ni sikit sikit lama lama jadi bukit. Janji istiqamah ditambah perasa dengan sifat sabar, akan terciptalah tabung dengan duit yang penuh. Waktu tu, baru terasa apa yang dikorbankan amatlah berbaloi. Saya dah praktikkan lebih daripada 2 tahun cara simpanan yang sangat mudah. Tanpa perlu fikir setiap bulan nak simpan macam mana. Orang kata effortless. Ini semua berdasarkan pengalaman saya ya. Saya tak tahu orang lain simpan macam mana.  Saya ada tabung hijau. Semua duit RM5, saya letakkan dalam satu bekas. Asal jumpa jer, memang  saya dan suami akan masukkan ke dalam bekas tu. Sampai tak berani nak gunalah🀭. Nak buat tabung oren tak mampu. Setahun lebih menyimpan, dapatlah tunai RM1.3k. Dengan duit itulah kami dapat balik kampung beraya, dapat bayar kos baik pulih mesin basuh yang kebetulan rosak waktu tu. Untuk tabung online, saya create 5 tabung dalam Maybank2u. Tabung-tabung ni hanya untuk setahun, dan ada 1 tabung yang saya sengaja target lebih daripada setah