Kain Pelikat/Batik Halus Lembut

Saya ada stok kain sarung untuk dijual. Meh la cuci mata.

Kain pelikat / batik dewasa D ELINA adalah daripada jenis fabrik 90% kapas dan 10% polyster. Bukaan (bidang) adalah 38 inci, labuh 46 inci dan semua kain ini telah siap dijahit. Senang kan.

Kain ini jenis halus dan lembut. Ia juga selesa dipakai sebab kain ini jenis serap air dan tak panas.

Untuk yang terer menjahit, kain ini boleh dijadikan seluar, baju kurung dan baju kemeja. Rajin ngan tak rajin jer. Saya upah tukang jahit buatkan seluar anak-anak saya. Lepas raya kot baru siap.

Oh ya, kain jenis ini πŸ’―% basuh tak turun kaler tau. Warnanya semua cantik-cantik. 

Kod: 020
Available

Kod: 037
Available

Kod: 033
Available

Kod: 027
Available

Kod: 040
Available

Kod: 025
Available

Kod: 021
Available

Kod: 031
Available

Kod: 038
Available

Kod: 026
Sold out

Kod: 039
Available

Kod: 017
Available

Kod: 019
Available

Kod: 023
Available

Kod: 028
Available 1 jer

Kod: 030
Available

Kod: 022
Available

Kod: 016
Available

Kod: 035
Available

Kod: 032
Available

Kod: 034
Available

Kod: 018
Available

Kod: 029
Available

Kod: 024
Available

Kod: 036
Available

** Warna kain sedikit berbeza pada gambar kerana faktor pencahayaan

Kod: 013
Available

Kod: 010
Available 1 jer

Kod: 008
Available

Kod: 004
Available

Kod:002
Available

Kod: 003
Available

Kod: 011
Available

Kod: 012
Available

Kod: 007
Available

Kod: 005
Available

Kod: 009
Available

Kod: 015
Sold out

Kod: 001
Available

Kod: 006
Available

Kod: 014
Available

Kalau ada yang nak membeli, boleh terus hubungi saya yer. Pilih kod untuk semak ketersediaan. Kain ini saya jual RM15 sehelai. Kalau beli 4 helai, jumlah hanya RM50 sahaja. 

Sharhanah

Dalam Bisnes Hati Perlu Tenang


Dalam perjalanan menghantar anak pulang ke asrama.

Kawan-kawan, dalam berniaga ini kalau orang cakap produk kita mahal, itu tandanya dia bukan pelanggan kita.

Kalau orang cakap produk kita nampak murah, iya itu juga bukan pelanggan kita.

Tak usahlah merungut, meroyan dan merentan bagai di media sosial hanya kerana seorang dua pelanggan yang bising begitu begini.

Di Malaysia ada 32 juta penduduk. Kalau 2 orang bising cakap gitu gini, maksudnya kita ada lagi 31,999,998 peluang untuk jual produk kita.

Tenang. Allah takkan beri mudah-mudah. Allah suruh kita belajar tenangkan hati dahulu. Bisnes bukannya benda senang buka meja kemudian jutaan manusia terus beli. Bisnes ialah tentang bantu orang lain. Banyak benda nak kena buat, fikir, rancang, belajar, baiki dan sentiasa rendah diri.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad

Jom tengok kot ada yang mengidam menu di kedai kecil saya: https://dapurapronhijau.grab.shop/

Senarai Lebuhraya Terkini (setakat April 2022) Yang Menggunakan PayDirect

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Buat yang belum tahu, Kad Touch ‘n Go ialah kad pintar dengan cip MIFARE, urus niaga yang hanya boleh dilakukan apabila kad terhubung dengan card reader. Oleh itu, untuk reload semula kad TNG, melalui e-Wallet memang TAK BOLEH.

Ada caranya. Kad Touch ‘n Go korang tu perlu diaktifkan pada aplikasi TNG eWallet dengan melakukan beberapa langkah. Bila dah aktif, kita boleh SEMAK BAKI dan SEJARAH penggunaan kad itu. Itu sahaja.

Nak tambah nilai, hanya top up di aplikasi TNG eWallet pada telefon pintar korang. Bila korang top up tu, ia BUKAN menambahkan nilai pada kad tu, tetapi hanya pada aplikasinya.

Buat mereka yang menggunakan RFID, penolakan  terus pada e-Wallet. Tetapi malangnya, tidak semua lebuhraya di Malaysia ini tersedia dengan lorong RFID.

Manakala yang tidak menggunakannya, terpaksalah menggunakan "orang tengah". Ya, penggunaan PayDirect, dimana kad Touch ‘n Go yang kurang baki boleh digunakan semasa menggunakan lebuh raya yang *terpilih sahaja. Nilai akan ditolak pada akaun e-Wallet korang. Bukan pada kad Touch ‘n Go.

Sebab tu korang kena tahu lebuh raya mana yang menyediakan perkhidmatan PayDirect. Sebab saya ni dah banyak kali terkenaπŸ˜…. Reload banyak-banyak di apps, sekali palang tak terbuka. Rupanya highway tu takde PayDirect weh. At last, kena top up kad di situ. Tak pasal-pasal menyusahkan pengguna di belakang. Kita pula dah kena keluar duit tunai lagi. Konon nak cashless... Hambikkkk!

Saya selalu ke Temerloh. Hampir setiap bulan. Dua tol pakai PayDirect... Dua lagi tak. Sebab tu saya perlu juga top up kad Touch 'n Go. Huhuhu... Bila la lagi dua highway nak buat PayDirect? Malas saya nak buat kerja dua kaliπŸ˜”

Haa... Jom tengok senarai * lebuh raya yang sudah ada PayDirect; 



So, keraplah semak pada pautan ini untuk sebarang kemaskini lebuh raya yang dah boleh guna PayDirect. Sekian.

Sharhanah

 

Pre-Authorization Debit Tanpa Kebenaran

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Baru-baru ini saya perasan terdapat transaksi yang sangat mencurigakan.  Mula-mula amaun yang kecil. Saya belum terkesan disebabkan amaun itu dipulangkan semula. So, tak perlu nak risau dan semak kepala.

Ambil dan pulangkan semula... Ok, boleh rileks lagi

Yang saya tahu, pre-auth atau pra-kebenaran ialah penahanan sementara bagi jumlah tertentu baki yang tersedia pada kad kredit atau debit sehingga peniaga melakukan penyelesaian yang mana jumlah sebenar yang dicaj akan dikenakan ke akaun pemegang kad.

Selalunya, potongan pendahuluan akan dibuat daripada akaun bank bagi bayaran petrol, hospital atau hotel yang dilakukan menerusi kad Debit.

Setahu saya, pada tarikh 29 Mac saya tidak melakukan apa-apa transaksi untuk tujuan bayaran seperti petrol apatah lagi nak tempah hotel atau bayaran di hospital. Buat masa ni saya sekeluarga sihat walafiat. Keluar rumah pun tidak wehhhπŸ˜‚

Sehinggalah pada tarikh 8 April. Ada lagi pre-auth Debit. Amaun kali ini main ratus-ratus pula. Waktu tu, dalam kepala saya terfikir, buat apa nak gelabah, nanti mesti refund balik lah. Konon tak terkesan macam aritu. Tapi dah kita ni kategori B40, nilai ratus tu terasa sangatlah besar. Lepas buat belanja dapur!

Selalulah ambil peduli duit keluar masuk dalam akaun bank. Macam mana lah org yg tak perasan kan... sedekah namanya.


Waktu tu lagi sejam waktu nak berbuka puasa. Saya cuba buat panggilan ke bank dengan menghubungi nombor telefon yang tertera di belakang kad ATM. Tetapi panggilan saya gagal menembusi talian. Maka, saya menggunakan khidmat FB messenger pada akaun FB bank yang rasmi. Saya hanya tinggalkan mesej pertanyaan mengenai kes yang saya sedang hadapi. Tawakal jer... Samada diorang nak reply ke tak.. janji saya dah usaha menghubungi pihak bank.

Ok. Waktu berbuka puasa. Lepas kemas meja dan sinki, saya menunaikan solat Maghrib. Saya terdengar notifikasi di telefon. Dalam kepala, mungkin FB marketplace. Notifikasi yang selalu muncul jika ada potential buyer nak membeli. Tak pun, FB marketplace tengah buat kemaskini samada produk masih belum terjual atau dah terjual. Notifikasi kali ini adalah daripada pihak bank!!! Cepatnya. Saya ingatkan esok atau lusa paling cepat diorang nak balas.

Alhamdulillah, selepas saya memberi maklumat yang diperlukan, saya diberitahu akan dihubungi oleh pegawai bank untuk bantuan lanjut. Dan sekali lagi saya fikir mungkin paling cepat diorang akan hubungi saya adalah pada keesokan harinya. Rupanya, sangkaan saya salah!

Lepas solat terawih, dalam pukul 10 malam, telefon pintar saya berbunyi (ringtone yg sangat bosan). Ingatkan cik suami, dia memang tau rajin buat panggilan kalau keje dia dah habis. Tapi nombor 03-5891 xxxx yang keluar. Rupanya panggilan adalah daripada pihak bank. Alhamdulillah.

Selepas dihubungi dan diberi penerangan oleh pegawai bank, kad ATM saya dengan rasminya dah tak boleh digunakan lagi. Kad ATM tu saya sangat sayang sebab saya dapat edisi terhad. Gambar pemain-pemain bolasepak kelab Manchester United.πŸ˜†

Esok pagi, ada pre-auth refund (Alhamdulillah, amaun tu dapat balik) ... dan sedihnya, ada sale debit lebih kurang amaun yang sama. Sudahhhhh.

Tengahari tu dah kebetulan nak keluar untuk urusan bantuan banjir, saya singgah ke cawangan bank yang berdekatan untuk tujuan membuat semula kad ATM yang baharu. Alhamdulillah, tak ramai orang. Dah pula hari Jumaat kan, semua layanan oleh staf-staf wanita. Smooth jer.

Saya juga menceritakan masalah yang terjadi. Dah batalkan kad pun, kang masih ada penolakan. Rupanya, waktu antarabangsa dan kadar tukaran matawang asing pun memainkan peranan. Walaupun dah batal, tetapi transaksi telah pun berlaku.

Syukur waktu tu tukaran turun sikit. Risau, dapat kad baharu pun kang jadi lagi. Mana larat nak ulang buat benda yang sama. Buang masa dan tak efisien disebabkan saya yang mencari rezeki di rumah. Terpaksa tutup platform semata-mata nak melayan masalah ini.

Saya diberikan borang pertikaian atau dispute form untuk diisi. Lepas tu, tandatangan dan scan untuk dilampirkan pada emel yang perlu saya hantar. Dengan itu, segala hal berkaitan dengan kes tersebut, boleh terus thru emel. Selesai.

Alhamdulillah, ketika posting ini dibuat (13 April) wang saya telah dikembalikan ke dalam akaun. Cepatkan? Sebab saya diberitahu paling maksima adalah dalam tempoh 45 hari. Cuma, jumlah amaun kurang RM11.43. Saya rasa caj bank yang dikenakan ke atas saya menyelesaikan kes ini kot. Yer la.. apa-apa pun kena caj. Ingat free ke..

Diharap perkongsian ini, boleh membantu kalian yang mengalami masalah yang sama. Jangan berlengah untuk menghubungi pihak bank secepat yang mungkin untuk pembatalan kad. Lagipun duit simpanan kita kan dijamin  oleh PIDM. So, tuntut hak kita okay.

Lepas ni, saya perlu berhati-hati. Saya tak pasti macam mana benda ni boleh jadi. Cuma kena pastikan berurusan dengan laman web yang menggunakan secured connection sahaja. Sekian.

Sharhanah

5 Jenis #Content Yang Disukai Oleh Ramai Orang

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Mengikut The Brand Doctor yang beroperasi di Amerika Syarikat, 5 jenis #Content yang disukai oleh ramai orang ialah:

1. Yang buat orang terhibur (Entertainment).

- sama ada ia dalam bentuk orang ketawa atau merasa seram atau merasa seronok atau bahagia atau sekadar cerita biasa.

2. Yang buat orang terdidik (Educate).

- biasanya dalam bentuk step by step, tips, petua, teknik yang mudah dilakukan.

3. Yang buat mereka rasa diberi maklumat (information).

- cerita atau penyampaian mudah terhadap 1-1 hal.

4. Yang memberi mereka inspirasi (inspired).

- biasanya dalam bentuk story-telling yang ditulis dengan emosi yang mudah faham dan terkesan. 

5. Yang memudahkan mereka membeli (selling without selling). 

- yang tidak memaksa orang membeli malah ditulis dengan mudah faham, direct to point dan tanpa memaksa atau menyuruh orang membeli. 

Khairul Hakimin Muhammad,

Buat semuanya jom!

GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

Alhamdulillah, saya ada sedikit masa untuk memeriahkan giveaway yang dianjurkan oleh blogger Syazni Rahim. Al maklumlah keje dah settle, anak-anak pun semua dah pergi sekolah... Sunyilah rumah ni pun. Jom join... Syarat pun mudah... Klik jer banner di bawah.



Syarat-syarat GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY 

adalah seperti berikut:

1. Buat satu post entri bertajuk : GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

2. Follow Blog Syazni Rahim.

3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. 

4. Copy blurb ini (wajib):

Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

4. Copy ayat beserta link pada dua kenyataan di bawah:

Kenali Mitch! 

Shopee Menara Seni

5. Letak link penyertaan di ruangan komen pada entri ini.

+++

(Jika tak dapat copy direct, boleh copy link ini -  https://catatanseorangmitch.blogspot.com/ untuk 'Kenali Mitch' dan https://shopee.com.my/menaraseni untuk 'Shopee Menara Seni'.

+++

Huhuhu... Tetiba teringat zaman kanak-kanak masa membesar di kampung... Punyalah best hidup, sebab takde masalah nak fikir ... Hahahaha... Keje main je, pusing satu kampung naik basikal. Redah hutan, mandi sungai sambil main tuju selut, habis badan kotor. Panjat pokok jambu air, congkak dalam tanah, main pondok-pondok, tangkap anak ikan dan udang....eh, banyaknya mainnnnn!

Kalau dapat buku ni, memang akan menggamit memori zaman 80-90an lah. Elok untuk anak-anak saya tahu bagaimana zaman kecik maknyer. Rugi zaman derang sebab banyak masa hanya pada gajet sahaja... Rugi.

Sharhanah (anak zaman 80-an)

Pertama Kali Berniaga Di Platform Pada Bulan Ramadan

Alhamdulillah. Sudah 3 Ramadan. Saya tetap buka “Dapur Apron Hijau” seperti biasa. 

Shopeefood dan Foodpanda boleh beroperasi 24 jam sehari. Saya buka setakat 1 tengahari hingga 7 malam sahaja. Penatlah kalau nak buka 24 jam. Masuk dua order pun saya tak menang tangan. Mana nak masak menu untuk berbuka lagi.

Lagipun, buat bisnes kecil-kecilan jer di rumah. Stok dah ada. Hanya masak. Ini semua dapat isi masa lapang dan serba sedikit dapat ringankan beban suami. Saya lah bos, saya lah tukang masak, saya juga kerani!… hahaha. Lainlah kalau ada restoran. Memang kena ada staf, boleh la bos rileks sikit.

Menu paling banyak pelanggan order ialah karipap pusing dan patin masak tempoyak. Semua ni senang nak disediakan. Cuma leceh dapur saya hanya ada duaπŸ˜…. Bila ada yang order ketupat palas utara sekali, tempoh penyediaan akan jadi lambat. Mesti bara si rider bersidai menunggu. Kalau tak bulan puasa, boleh la hulur air. Sejuk hati dia.

Saya mula memasak menu berbuka untuk keluarga seawal pukul 3 petang. Rileks sikit sebab lepas Asar jer, order akan mula masuk. Kalau tak buat macam ni, kang merebut dapur pula. Letih juga la berdiri. Syukur, lepas Zohor anak saya dah balik sekolah. Dia lah yang akan membantu saya di dapur jika ada order masuk. Lagi sorang dah balik asrama. Kurang staf saya.

Paling suspen, notifikasi Grabfood masuk di smartphone tapi tak perasan. Tau-tau rider dah sampai depan rumah. Apalagi, kalut cek phone. Kalau order aiskrim Malaysia, lega la hati… hanya packing sahaja. Cuba kalau order yang masuk tu patin … seram oiiii

Kalau ShopeeFood okey sikit, notifikasi menjerit SHOPEE!!! Kalut la tengok phone. Tak macam Foodpanda, ada device siap boleh print resit. Bunyi pun satu taman boleh dengar. Ekekeke.

Apa-apapun saya suka berniaga macam ni di rumah sahaja. Rasa macam dah takde hati nak cari keje lain. Seronok tengok anak bongsu saya membesar depan mata. Untung laaaa… saya sentiasa di sisinya... 

Sharhanah 

Pengeluaran Wang Simpanan Tabung Haji secara dalam talian melalui M2U

Rasanya dah lama Maybank sediakan kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan untuk akaun Tabung Haji sendiri atau pihak ketiga di Maybank Automated Teller Machine (ATM) dan Cash Deposit Machine (CDM). Cuma saya jarang guna sejak menggunakan website THiJARI sebab selalu masukkan duit jer.

Cuma time nak buat pengeluaran, terpaksalah guna Maybank2u. Pastu blurr nak buat macam mana. Terpaksalah entri ini dibuat untuk saya yang mudah lupa.

Sekarang dah boleh menikmati lebih banyak lagi perkhidmatan dalam talian Tabung Haji di Maybank2u! Hanya pautkan akaun Tabung Haji kita yang sedia ada (serta akaun anak-anak) dengan akaun Maybank2u. Kita akan dapat membuat transaksi yang lancar, menyemak baki akaun dengan mudah dan banyak lagi. Untuk melihat semua ciri TH, boleh gunakan di Maybank2u, klik di sini.

Kalau nak keluarkan duit TH dari Maybank2u, tapi belum daftar…. Meh kita daftar dulu akaun Tabung Haji ke kad ATM Maybank melalui ATM, caranya mudah tapi kena pergi ke ATM berdekatan dulu lah dengan membawa nombor siri buku simpanan TH. Susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekali je buat, pastu tak payah dah.

Cara daftar :

  1. Masukkan kad ATM Maybank
  2. Pilih "Tabung Haji"
  3. Pilih "Daftar akaun Tabung Haji ke kad ATM"
  4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
  5. Pilih "Ya" untuk pergi ke skrin seterusnya
  6. Masukkan nombor siri buku simpanan Tabung Haji
  7. Pilih "Ya" untuk pengesahan

Sistem memproses permintaan dan slip korang dihasilkan.

Cara pindahkan duit simpanan TH ke akaun Maybank


Yup, nak keluarkan simpanan TH kita perlu pindahkan ke akaun Maybank dulu yer. Login Maybank2u. Kalau nak pindahkan amaun yang banyak, perlu tukarkan had pengeluaran tu dulu. Boleh rujuk entri INI.

Lepas tu, barulah klik PAY & TRANSFER

Klik TABUNG HAJI

Tukar Pay From : Akaun Tabung Haji

Pay To : Akaun Maybank

Masukkan amaun yang kita nak. Lepas tu request TAC dan masukkan nombor TAC dan pindahkan seperti biasa.

Moga saya tak lupa lepas ni… 

Sharhanah

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...