Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

Kiko Menjerit!

  Assalamualaikum, Tadi santai-santai di ruang tamu, dengar bunyi kucing menjerit kuat. Waktu tu suami nak pergi keje. Aku ingat kucing Oren bergaduh nak merebut awek. Rupanya suara Kiko. Ya, Allah! Terus aku rasa seram sejuk.  Suami keluar daripada kereta cari Kiko. Rupanya Kiko lari lepas dia kena langgar. Aku tak pasti, teruk ke tidak. Kiko lari masuk bawah kereta jiran. Dia takut. Suami panggil Kiko, tapi Kiko taknak dekat. Suami rangkul Kiko, takde kesan luka atau berdarah. Suami bawa masuk rumah. Kiko lari masuk bilik anak. Dia menyorok bawah katil. Aku nampak dia jalan macam sedikit lain. Huhuhu..risaunya! Kami semua ikut Kiko. Kiko taknak keluar daripada bawah katil tu. Suami panggil Kiko... Kiko kelihatan sangat takut. Suami angkat dan periksa kaki Kiko. Takde patah. Aku duk ingat mesti terseliuh. Kiko duduk dalam bilik anak. Dia tidur situ sampai tak nak keluar. Aku dah rasa sedih sampai sekarang entri ini dikarang. Aku harap Kiko okeylah. Cian dia. Aku berjam tengok perkemba

Orang Perempuan Bila Dia Sedar Dia Makin 'Menua'....

MENITI SENJA... Perjalanan pulang ke rumah selepas hantar anak ke asrama 1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga. 2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa. 3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi. 4. Dia malas layan drama. "Ikut kau lah Bedah". Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu. 5. Dia

Demi Masa Depan

Assalamualaikum, Sekarang asal petang jer hujan,  rezeki FP agak kurang. Syukur juga jiran-jiran dan cikgu-cikgu ada yang order karipap pusing. Yer la, makan hujan-hujan sedap kot. Hehehe. Kadang ingat eskrem tak laku, rupanya ada jer yang beli. Rezeki tu biar Allah yang aturkan. Kita sebagai hamba -Nya, berusaha dan berdoa. Bersyukur dengan apa yang diperoleh. Insha-Allah, Allah tambah lagi. Aku pula nak mengarang blog. Banyak benda nak taip. At last, satu benda pun tak jadi. Masih dalam draft. Betullah, dulu masa keje, idea melimpah ruah.. Asal ada masa terluang, jari jemari aku bebas menari atas papan kekunci. Chewah. Sekarang blurr.  Sabtu lepas aku ke Temerloh, Pahang. Antar anak ke-2 balik asrama. Dia dah lewat seminggu daftar masuk disebabkan selsema dan batuk yang ringan. Aku tak berani nak hantar waktu tu... Kang tak pasal-pasal kena balik. Rugi masa, tenaga dan wang. So, aku hantar minggu lepas tu. Alhamdulillah... Dia pun dah sihat betul waktu tu.  Kali ni, hantar memang pas

Setel-kan Dalam Kereta Jer Dulu

Assalammualaikum, Pernah pergi isi minyak kete sorang-sorang tak? Lepas tu, dekat kaunter Q panjang dan nak beratur pula. Pernah sekali tu, aku terus lupakan hasrat nak isi minyak kete. Padahal, kete dah dalam petak pam minyak pun. Cakap dalam hati, esok pagi jer la... atau suruh suami tolong isikan nanti. Hehehe Sekarang tidak lagi, sejak aku pakai SETEL pada aplikasi telefon pintar... dah rajin nak bubuh minyak kete. Aku mula pakai dah lama sebenarnya. Dulu kan kena drive pergi keje sehingga ke Bangsar, Kuala Lumpur. Naya lah, kalau minyak tinggal 20% nak redah ke ofis. Layan jem, agak²lah. Nak tak nak, kena la isi juga. Lagipun, stesen minyak depan rumah je. Banyak membantu aku sebenarnya. Kalau aku berdua dengan suami, aku kat sebelah hanya perlu buka applikasi Setel. Lepas tu, pilih nombor pam minyak. Bila minah saleh cakap "your may start fuelling now", aku thumbs up je kat suami aku, dia akan angkat nozel minyak dan terus isi. Habis isi, masuk dalam kete... teruskan de

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

Assalammualaikum,  Ini adalah penyertaan pertama aku menyertai GIVEWAY sepanjang aku aktif di blog baharu aku ni. Moga-moga ada rezeki, manalah tahu... kalau menang, bagi aku lebih semangat dalam dunia blog ni kan. Tapi takpe, mencuba memang tak salah daripada tak cuba langsung. Dapat juga kawan baharu at least... betul tak Mummy Ayu?😊 (salam kenal) Kalau nak join, klik jer pada gambar di bawah ini. Aku memang suka planner comel² neh Aku suka sangat birthday giveaway macam ni. Syarat pun mudah sangat. Hanya buat entry bertajuk "Mummy Ayu's Birthday Giveaway" dan link balik. Pastu pergi ke blog Mummy Ayu, tinggalkan komen. Itu jer... padanlah dengan aku ni yang sibuk memanjang. Tadi pun, tengah syiok menaip buat entry ni, on call masuk "opis".. berlari aku siapkan order. Hahaha. Okey, ni sambung balik. Flexible kan keje dari rumah? Bhehehehe. Sharhanah

Tambah Barang Kiko

Assalammualaikum,  Update pasal Kiko lagi. Hahaha, dah macam blog kucing pula.  Alkisahnya, aku bukan pandai pun nak memelihara kucing. Last ada kucing masa aku sekolah rendah. Itu pun kucing kampung. Gaul nasi dengan lauk pun, kucing boleh makan habis. Tak macam kucing sekarang, bagi nasi terus larik. Tadi aku ke Kuala Lumpur atas sedikit urusan. Dapat rezeki lebih, beli la sikit untuk Kiko. Lagi pula anak pesan suruh beli penapis untuk mudahkan pembuangan najis Kiko. Sempat bapaknya grab makanan kesukaan Kiko dan mainan untuk dia. Happy la budak tu dapat mainanπŸ˜‚ Semoga anak-anak happy melayan Kiko ni sesambil belajar sayangkan haiwan. Banyak perkara yang mereka boleh belajar. Contoh belajar rasa tanggungjawab, belajar menguruskan masa, belajar jaga kebersihan dan paling penting semangat kerjasama adik-beradik menjaga kucing kesayangan Rasulullah ni. Suatu hari nanti mereka akan mengadaptasi dalam kehidupan mereka bila aku sudah tiada. Sharhanah

Kiko lebih suka ayam daripada ikan

  Assalamualaikum, Sudah 3 minggu kami menjaga KIKO. Alhamdulillah, sihat dan aktif.  Aku belikan makanan Kiko, bekas makanan dan pasir di Shopee. Seronok anak-anak melayan karenah si Kiko. Si kakak rajin pula melayan. Nanti dia balik asrama, yang lain take over la pulak. Kami letak di depan pintu rumah jer. Buat pintu kecik dekat dia. Senang nak masuk dan keluar. Sharhanah