Trip ke Turkiye - Bahagian Pengenalan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Musim sejuk

Sebenarnya dah lama merancang untuk bercuti ke luar negara, tetapi masih menunggu masa yang sesuai. Akhirnya, saya memilih bulan Disember 2022. Ya, agak hujung tahun. Tapi, boleh lah kalau nak merasa musim sejuk di negara orang.

Lagi pula bulan Disember adalah ulangtahun perkahwinan saya, lagi kuat untuk saya memilih bulan tersebut untuk  pergi bercuti bersama suami. Saya menggunakan khidmat agensi untuk memudahkan percutian kami. 

Saya lebih suka melancong tanpa mana-mana agensi pelancongan. Tapi, apakan daya... desakan masa dan sibuk disepanjang hari, memungkinkan saya untuk membuat persediaan ke sana. Bukan senang nak fokus untuk persediaan yang macam-macam kena belajar, kang silap, saya juga dipersalahkan. Kononnya percutian best, sekali bergaduh di tengah jalan. Sambutan ulangtahun perkahwinan lah sangat kanπŸ˜‹

Maka, saya tempah 2 pax untuk percutian ke Turkiye dengan salah satu agen pelancongan yang sudah lama bertapak di Malaysia. Makan masa juga saya memilih agen.  Dah okey dengan itinerari, sekali tarikh tak okey pula. Dah okey tarikh, tak berani pula dengan agensi pelancongan yang baru setahun jagung. Macam-macamlah.

Akhirnya, tawakal je lah dengan memilih TA (travel agent) yang satu ni. Tarikh ditawarkan agak banyak. Mudah untuk saya memilih. Sesuai dengan suami yang agak susah mengambil cuti.

Saya terus membayar deposit RM2K/pax pada Jun 2022. Semua urusan pembayaran sangat mudah. Semua notifikasi dan bukti pembayaran dihantar ke emel. Saya beli sekali dengan insurans yang ditawarkan oleh mereka. Baki nanti, perlu dibayar pada bulan Oktober. 

Lega satu bab. Tak payah fikir-fikir tentang macam mana nak pergi nanti. Hanya bawa diri, pasport dan kelengkapan diri. Semua dah termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, 3 kali makan, insurans, tip dan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Waktu tu, ada masa 6 bulan lagi untuk ke sana, Saya sempatlah baca pengalaman orang ke sana melalui blog dan join group di FB. Banyak info berguna yang saya perolehi.

Alhamdulillah, kepada yang suka berkongsi info berguna, moga dimudahkan urusan dan murah rezeki selalu.

Next entry, tungguuuu....

Sharhanah

Jet lag disorder

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...