Hanya Pokok Bunga Jarum Sahaja, Tanaman Hiasan Di Rumah Saya

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hobi saya semasa kecil ialah menanam pokok bunga. Mungkin, terikut-ikut ayah sebab ayah saya adalah seorang pekebun. Kebun ayah besar dan pelbagai tanaman yang ditanamnya di atas sebidang tanah.

Ayah tanam pokok seperti kacang panjang, kacang tanah, tembikai bulat, tembikai hitam, timun, terung, labu... pokok durian kahwin, jambu madu, mangga harum manis.. itu sahaja yang saya ingat.

Saya pernah tanam pokok bunga mawar menggunakan keratan batang. Begitu juga dengan pokok bunga kertas. Pokok kaktus pun saya tanam. Tanah di kampung sangat subur. Pokok jarum di kampung, tinggi dan rimbun. Dah tak jumpa pokok macam tu. Sekarang ni semua renek-renek je.

Keliling rumah ada pokok pala. Ada pokok rambutan yang telah dikahwinkan, pelbagai jenis pokok durian, cempedak, pokok duku langsat dan pokok limau.

Sekarang? Sejak berumahtangga... saya mampu tanam pokok bunga jarum je. 

Saya beli 10 anak pokok bunga jarum dalam polybag. Empat warna (merah, putih, kuning dan merah jambu) di nursery berdekatan dengan rumah.

Nama pokok jarum ni rupanya nama Ixora. Pokok ini renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Saya tanam pokok ini untuk dijadikan tanaman pagar. Al-maklumlah, rumah takde pagar.

Ada 2 jenis iaitu Ixora Jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia manakala Ixora coccinea berasal dari Hindia Timur. Warna bunga untuk kedua-dua spesiss ialah merah, jingga, kuning dan merah jambu.

Nah! Saya sertakan gambar. 

Warna kuning

Warna merah

Sayangnya, pokok jarum warna putih dan merah jambu dah mati. Pokok jenis warna tu rasanya tak tahan lasak. Yang tinggal merah dan kuning je.

Saya tak pasti, samada saya masih berminat lagi ke tak untuk berbudi pada tanah. Segan nak keluar sebab kawasan perumahan saya jenis terbuka. Jiran kiri kanan, depan belakang ada. Kalau rumah jenis berpagar tinggi dan ada tanah luas, mungkin saya akan jadi petani kecil-kecilan. Habuan menanam untuk sumber makanan harian.

Sharhanah

6 comments:

  1. dulu masa kecik2 selalu ambil bunga jarum ni pastu hisap madu manis dia dalam kelopak tu. sekarang dah jarang nampak dah pokok ni. mungkin kawasan sini orang kurang tanam dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sama, saya pun isap bunga jarum nak rasa madunya. Bunganya juga saya sambung-sambung dengan lalang (ala...lupa nama) buat rantai dan mahkota di atas kepala. Cantik dah waktu tu, jadi pengantin pula πŸ˜†

      Delete
  2. pokok ni masa kecik² dlu balik sekolah suka petik tepi jalan pastu cabut jarumnya dan hisap madunya.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Cantik . Kalau pandai trim boleh dijadikan pagar deko² rumah . Teringat zaman sekolah rendah ni dlu selalu petik bunga jejarum ni kt taman sekolah ..sambung2 buat rantai dan gelang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... kalau rimbun, memang cantik buat pagar semulajadi

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...