Featured Post

Episod 5: Gema Doa di Baitullah & Makan Malam di Bumi Arafah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Pakej umrah kami didatangkan sekali bersama dengan sarapan pagi di hotel. Seawal pagi, dewan makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan… daripada menu tempatan Arab sehinggalah menu antarabangsa.


senaskah al-quran dengan pemandangan kaabah dari bilik hotel


Episod 4: Langkah Ihram Menuju Baitullah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ada satu rasa berat yang bergayut di sudut hati apabila tiba masanya untuk kami melangkah keluar dari hotel. Sukar sebenarnya untuk meninggalkan Madinah... sebuah kota ketenangan yang dingin, yang telah memberikan sejuta kedamaian kepada jiwa kami sepanjang beberapa hari lalu. Namun, seruan yang lebih agung kini menanti di Kota Mekah untuk kami menunaikan ibadah umrah wajib.

Para jemaah di miqat bir ali

Episod 3: Langkah Kerdil Menyusuri Jejak Kekasih Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Bumi Madinah ni, kalau kita setakat duduk dalam hotel memang takkan cukup untuk selami sedalam-dalamnya gelora sejarah yang ada. Jadi, kami mulakan satu kembara jejak sirah yang sangat padat dengan emosi. Dari kisah keajaiban pertukaran kiblat di Masjid Qiblatain, hinggalah melayan keterujaan anak melihat timbunan coklat dan kurma segar di Kebun Kurma Abu Faisal, semuanya memberikan rasa takjub yang luar biasa.

Salah satu masjid di Madinah

Episod 2: Kebab Madinah & Jejak Raudhah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Hari pertama di Madinah kami mulakan dengan aktiviti santai-santai je. Maklumlah, baru sampai, jadi kami ambil masa untuk ronda-ronda sekitar hotel sambil mengenal jalan. Untung sangat sebab hotel kami dekat betul dengan Masjid Nabawi, kurang 50 meter. Keluar dari pintu hotel, dah nampak masjid. Dekat sangat sampai rasa macam bila-bila masa pun boleh terus melangkah ke sana. Alhamdulillah, memang satu kelebihan.

Bergambar di Madinah