8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri Dan Kekal Hidup Sihat

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pernah ke dengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup kekal sihat.

Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. 

Inilah adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat,

  1. Bangun awal sebelum subuh
  2. Aktif menjaga kebersihan
  3. Sangat pemaaf
  4. Tidak pernah iri hati
  5. Sentiasa optimis dan tidak berputus asa
  6. Tidak pemarah
  7. Gemar berjalan kaki
  8. Tidak pernah makan berlebihan
Barang siapa yang sarapan setiap hari dengan 7 butir kurma jawa, maka tidak akan membahayakannya pada hari itu racun mahupun sihir.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sharhanah


HUJAN LEBAT? JANGAN PASANG LAMPU HAZARD

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Masa guna lebuhraya tempohari, saya nampak ramai pemandu yang memasang lampu hazard ketika waktu hujan lebat. Masa dulu-dulu belum ada lesen, saya ingat itu norma biasa. Rupanya, memang salah! Itu belum yang berkonvoi. Macam nak cari perhatian ke hape? 

Sebenarnya, penggunaan lampu kecemasan (hazard) bertujuan memberi isyarat bahawa kenderaan dipandu sedang menghadapi masalah atau berhadapan bahaya yang mana pemandu perlu memperlahankan kenderaan sebelum berhenti.

Lampu hazard BUKAN untuk

× Kegunaan semasa hujan

× Kegunaan semasa berkonvoi

Tindakan kita menyalahguna lampu hazard menyebabkan pemandu dibelakang keliru dan pening (lampu berkelip-kelip). Fungsi signal juga akan terhenti dan kenderaan belakang tidak tahu kita ingin menukar lorong atau tidak.

So, macam mana kalau dah tak boleh guna lampu tersebut??? Pasangkan lampu kabus (fog light).

Sharhanah

Menginap 1 Malam di Hompton by the Beach, Penang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ni, saya ke Pulau Pinang. Balik kampung ceritanya. Off-day saya setiap hari Rabu. Kebetulan hotel Hompton by the Beach tengah meraikan ulangtahun mereka yang ke-5. Jadinya, dapatlah harga bilik RM290 nett/night termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Saya tempah menerusi website rasmi.

Saya cuba tengok harga di Agoda. Kalau tambah sarapan pagi, dah cecah 3 ratus lebih. Maka, saya tempah terus di website mereka.

Hujung bulan ni tamatlah.

Dari Jambatan Pulau Pinang, kami terus ke hotel yang terletak di Tanjung Tokong. 19 KM juga lah nak sampai. Perjalanannya haruslah melalui kawasan bandar. Syukurlah, saya memilih hari biasa. Takde la jalan sesak.

Hotel ini betul-betul dekat dengan laut. Masa sampai tu, dalam pukul 3.30 petang saya check-in dulu. Tak perlu deposit. Hanya bayar RM3 untuk Fi Hotel. Kemudian, boleh parking kereta di tingkat 2 sehingga 9. Waktu ni, best betul kena angin laut. Rinduuuu. Ya, saya kan orang pulau. Lama tak balik.

Bilik saya di tingkat 19 paling tepi. Tingginya! Dapat pemandangan laut di sebelah kanan dan view kolam renang di sebelah kiri. Bilik bersih, wangi dan luas. Ada banyak kemudahan seperti Wi-Fi, Bathrobes & slippers, Smart TV, Stationery Separate, shower, Electronic safe, Hair dryer, International Direct Dial, Toiletries, Coffee / Tea, Iron & Mini bar fridge.

Malam, boleh lepak di bawah. Cuma, entah kenapa malam tu tak berangin. Dekat sini banyak juga tempat nak cari makan. Saya dah makan nasi waktu balik ke rumah mak. Kiranya, balik ke hotel dah kenyang.

Oh ya, nak habaq... bantal dia best! Tak sakit tengkuk lepas bangun pagi.

Awal pagi esoknya, saya dan suami brisk walk di pantai. Kalau keluar lewat, memang dapat panas je lah. Sekarang ni kan, pukul 9 pagi pun dah panas. Kalau pukul 10 pagi, dah macam rembang. Tak sangguplah!
Pemandangan hotel dari pantai
Lepas puas berjalan di pantai, barulah kami balik ke hotel untuk sarapan pagi di tingkat 11. Banyak jenis juga menu disediakan. Puas makan. Makan pun mengadap pemandangan laut. Mana tak berselera.

Balik ke bilik, lepak-lepak dulu sebelum mengemas. Waktu ni saya dah keje. Saya tak ambil cuti pun disebabkan balik kampung hanyalah 1 malam. Hanya melayan pertanyaan pelanggan thru smartphone. Chromebook pun saya tak bawa. Kalau balik kampung banyak hari, memang saya kena usung juga.

Pukul 11.30 pagi, saya sudah bersiap untuk check-out. Jangan lupa bawa sekali resit parking. Urusan pun mudah dan cepat. Al-maklumlah, hari biasa. Tak ramai orang. 

Walaupun hanya 1 malam menginap, saya rasa sangat selesa menikmati percutian yang tenang sepanjang Pantai Tanjung Tokong yang strategik. Cuma pantai tersebut, di sebelah atasnya ada sampah yang melekat pada akar-akar pokok. Kalaulah takde sampah, rasanya memang lokasi terbaik untuk melepak di bawah pokok rendang sambil menikmati bunyi ombak menghempas ke pantai.

View dari tingkat 2 

Pemandangan daripada tingkap bilik level 19

Dia tengah buat apa tu?

Pagi lagi

Dekat akar-akar pokok ni la, banyak sampah yang melekat

Sempat snap makanan kegemaran saya je

Jubah mandi

Sharhanah

Pilih Untuk KETENANGAN Dalam Kehidupan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Mengadap Laut China Selatan

Memilih Ketenangan mendahului segalanya dinamakan kematangan dalam emosi. Kita diam bukan bermakna kita tewas atau kalah. Kita tidak membalas kejahatan bukan bermakna kita lemah.

Pilih untuk ketenangan jiwa kerana bila kita asyik marah jer, berdendam, bermusuhan dan bertikam lidah hanyalah sia-sia & menghabiskan tenaga kita.

Pilih tenang dalam kehidupan seperti berikut;

  • Elakkan pertengkaran dan pergaduhan
  • Tidak perlu membalas kejahatan & berdendam
  • Usah bazir tenaga dengan memarahi orang lain
  • Tidak perlu komen & ulas jika tidak perlu
  • Tidak perlu bertindak balas atas semua perkara
  • Tidak perlu melayan drama
  • Tidak perlu menang untuk semua perkara
Hidup lebih tenang!
Sharhanah

Not RM50 Mungkin Tidak Laku Di Waktu Pagi

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Mungkin, petang nanti baru ada orang nak awak.

Memang lah. Peniaga pun tak sempat nak kumpul duit kecik. At last, saya bayar guna kod QR. Alahai, betapa pentingnya telefon pintar ni kan. Kalau tertinggal dia je, sanggup berpatah balik.

Kisah terjadi di medan selera AEON BIG pada pukul 9 pagi. Saya hanya ada wang kertas RM50. Nak beli air, peniaga takde duit kecik. Nak beli sizzling mi pun, peniaga takde duit kecik. Aduh, semua tak nak duit RM50 saya ni. Kesian.

Sharhanah

Probiotik, Bakteria Baik Untuk Penghadaman Yang Baik

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Probiotik adalah bakteria yang baik yang menghuni usus kita. Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus kita.

Makanan kaya probiotik sebahagian daripada diet harian, termasuklah produk makanan tradisional kita yang ditapai seperti;

  • Tempe
  • Tapai Ubi Tempoyak
  • Acar Timun
  • Budu
  • Cencaluk
“Anda harus berterusan menambah bakteria baik dalam usus anda untuk mengekalkan mikrobiota usus yang seimbang.” - Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali adalah Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi.

Peminat makanan yang kaya dengan probiotik,
Sharhanah

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...