Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2022

MRT KAJANG LINE - Stesen Bas Jalan Pekeliling

Sudah 2 tahun saya tidak aktif menaiki keretapi πŸ˜‚ dan tiba-tiba terpaksa pula mengajar anak. Sudah pula masa diberi kurang daripada sejam! Kalau tak, anak saya akan tertinggal bas. Sebelum pergi, saya Google dulu. (Eh, dah ada PUTRAJAYA LINE. Sayangnya, belum beroperasi secara rasmi. Kalau tak, saya perlu tukar train di Stesen MRT TRX dan naik PUTRAJAYA LINE untuk turun di Stesen MRT TITIWANGSA) Sampai di kaunter saya tambah nilai Mykad anak saya sambil bertanya pada kakitangan yang bertugas untuk kepastian. Risau juga, sudahlah masa suntuk... Saya buat pula bodoh sombong, memang cari pasal lah! Malu bertanya, sesat jalan weh. Saya perlu turun di Stesen MRT MALURI/MRT MERDEKA dan tukar ke LRT AMPANG LINE. Ya, ini adalah pengalaman pertama kali nak ke Stesen bas tersebut. Pernah dengar, sampai jer belumπŸ˜…. Kalau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) saya tahu lah. Semasa berjalan ke LRT AMPANG LINE, kena pastikan kita di platform yang benar. Ya, tunggu train yang menghala ke Sentul Timur ok