Resipi Koey Teow Goreng

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya ni, asalnya tak pandai masak pun. Bila masak je, rasa tak sedap. Bila dah jadi isteri, baru kalut nak belajar. Selalunya akan telefon mak di kampung. Kalau mak sibuk, saya akan google je. Awal 2000-an payah betul nak ada internet. Almaklumlah, pakai Nokia N73. Mahal kemain kalau guna data. Pakej internet pun belum ada lagi.

Terima kasih blogger yang rajin buat posting resipi. Saya pandai memasak sekarang pun disebabkan kerap google resipi orang. Alhamdulillah, semoga kalian mendapat pahala berpanjangan. 

Petang semalam, selepas restock aiskrim Malaysia perut saya lapar sangat. Nampak ada sebungkus koey teow. Apalagi, bersilat lagi di dapur. 

Anak-anak balik sekolah petang. Semua puji kata sedap. Rating 10 katanya! Perghhh πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Koey Teow Goreng

Bahan-bahannya,

1 bungkus koey teow (saya cuci dengan alirkan air di dalam penapis sambil selawat ke atas Nabi)

3 ulas bawang merah - ditumbuk halus

2 ulas bawang putih - ditumbuk halus

2 tangkai cili kering - rendam dalam air panas, lepas tu baru tumbuk halus

3 sudu sos cili

1 sudu sos tiram

2 sudu sos tomato

2 sudu sos ikan

4 sudu kicap

1 mangkuk kecil udang  (buang semua kulit)

Separuh lobak merah - sagat halus

1 tangkai Cili hijau - potong bulat-bulat

1 biji telur ayam - pecah dan pukul manja. Letak sedikit lada sulah.

5 sudu minyak masak

1 sudu garam halus

Bawang goreng - untuk rasa yang ranggup

Cara-caranya,

1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan sos ikan sehingga nampak pecah minyak.

3. Masukkan udang. Kacau sebentar.

4. Masukkan sedikit garam. Kacau sebentar.

5. Masukkan koey teow. Kacau sehingga sekata (tung tang tung tang) Boleh besarkan api yer. Buat ruang kosong di tepi kuali.

6. Masukkan telur ayam. Nampak separuh masak, baru gaulkan koey teow dengan telur. 

7. Masukkan lobak merah dan cili hijau. Kacau sekejap je. Tutup api.

8. Tabur bawang goreng. Siap.dihidang.

Tadaaaa....

Takde kerang pun... Tauge pun takde. Tapi sedap tau.

Memasak ni kan, kalau bahan remeh-remeh tak cukup jangan la risau. Gantikan atau tak payah letak pun takpe. Yang penting bahan paling utama perlu ada. Contoh koey teow. Takde dia, takde la nama resipi seperti di atas🀭

Maka, jangan takut mencuba. Hari-hari memasak, Insha-Allah, akan pandai juga. Walaupun tak sehebat chef, anak-anak pasti akan merindui masakan air tangan ibu. Suami? Apatah lagi.

Saya perasan, lagi simple bahan, lagi sedap rasanya. Ada yang setuju tak??? (Ke saya malas nak ke kedai) πŸ€” 

Sharhanah

10 comments:

  1. Betul, lama kelamaan kita akan lebih mahir jika selalu memasak atau apa saja kerja pun... Practice makes perfect kan...
    Sy pun sama, asalkan ada bahan utama, yg extra² tu apa yang ada je... Pandai² la adjust kan :)

    ReplyDelete
  2. Practise makes perfect... sy pn suka share hasil masakan sendiri walaupun bahan simple je janji suami dan anak² kata sedap... hehehe

    ReplyDelete
  3. dah mcm padthai sbb ade sos ikan. sos ikan tu mgm sedap sbnrnya. ganti perasa masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya letak sebab ada. Kalau takde, memang tak letak pun. Tak pernah beli sebenarnyaπŸ˜…. Ada kawan bagi tips, untuk goreng-goreng...disarankan letak. Baru ada kick.

      Delete
  4. Setuju dgn ayat Jangan takut mencuba . Hari2 memasak insyaAllah akan pandai ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan modal kalau nak buat kek atau biskut. Kalau tak jadi, rasa nak nangis je.

      Delete
  5. ammi masih mencari2 resepi char keow tiaw chinese style yg ammi mkan di kedai cina halal dulu. susah betul nak dapat yg sama

    ReplyDelete
  6. Saya pernah buat, tak jadi... Huhuhu

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...