Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Minggu lepas, saya dan suami ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan. Tujuannya, tidak lain tidak bukan untuk mengeluarkan wang simpanan Akaun 2.
Ini adalah kali ke-2 pengeluaran daripada akaun tersebut. Pertama akaun saya, dan sekarang akaun suami pula.
Kenapa saya nak cepat habiskan baki perumahan? Sebab saya penat membayar bunga. Bila tengok penyata, 2/5 sahaja wang bayaran saya ditolak untuk baki pinjaman. 3/5 pergi dekat bunga. Rasa penat dan rasa nak menangis bila tengok baki. Tak luak-luak pun. Begitulah, perjanjian yang perlu kita ikut.
Saya hanya ada pinjaman perumahan. Tiada hutang lain. Maka, saya dan suami bercadang untuk mengurangkan baki pinjaman dengan menggunakan kemudahan yang disediakan.
Baki hutang pinjaman perumahan tinggal 50k selepas ini. Alhamdulillah. Saya beria-ria nak bayar semua guna wang simpanan saya sendiri. Tapi, saya tak berani disebabkan ekonomi sekarang teruk. Melabur dalam unit trust pun, sedih... asyik rugi je (merah sokmo). Pelaburan dalam emas, belum membuahkan hasil keuntungan. Huhuhu. Perlu ada simpanan untuk kecemasan. Mana tau, suami hilang pekerjaan.
Rupanya sekarang ni, tak perlu ke pejabat KWSP. Boleh mohon secara online je. (Laaaa... buat penat je ke sana). Kurang dalam 7 hari iaitu mohon Jumaat, Rabu dapat notifikasi untuk pengesahan cap jari di kaunter KWSP. Kalau saya yang dah pernah mohon, tak perlu lagi dah untuk pengesahan tersebut.
Rumah suami (waktu bujang, dia beli rumah lelong secara tunai), kami sewakan sejak beli rumah ke-2 ni. Duit yang kami dapat itulah kami simpan memandangkan gaji bulanan kami berdua yang sedikit. Hasilnya? saya dapat habiskan bayaran pinjaman kereta 2 tahun lebih awal (2018) dan dapat menunaikan umrah (2020).
Doakan saya cepat habiskan hutang perumahan ini.
It's okay, biar lambat asal selamat.. Janji bayar setiap bulan.
ReplyDeleteApa yang LZ belajar, bayar loan bank guna duit simpanan bukan keputusan tepat. Guna kemudahan spt KWSP ni lebih baik. Untuk investment pula, jangan risau memang adat pelaburan ada masa turun naik.. Lagi pun investment untuk long term period kannn so jangan upset okay.. Just trust the process and go with the flow.. :)
Alhamdulillah... lega baca komen daripada LZ. Terima kasih sangat-sangat. Hilang rasa kecewa tu bagai awan mendung berarak pergi.
DeleteBetul..bila tengok bunga untuk pinjaman rumah rasa penat kan...macam bayar tak luak luak..
ReplyDeleteApapun kalau untuk beli rumah masih berbaloi untuk jangka panjang
Berbaloi kalau dah jadi 100% hak milik kita kan. Bestnya waktu tu.
ReplyDelete