Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Pernah Alami?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Petua bantu meningkatkan hayat bateri telefon bimbit

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang "Hello, hello... Ala, bateri phone tinggal 1% je" Semua benda ada jangka hayat yang terhad. Termasuklah bateri litium-ion yang ada di dalam peranti telefon kita tu. Cuma tempohnya boleh tahan lama atau tak. Semua ini bergantung kepada cara kita mengendalikannya. Saya ada mengikuti kelas "Usahawan Cemerlang" yang dianjurkan oleh PERKESO sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020. Cikgu yang mengajar ada menyelit sedikit tips untuk menjaga bateri peranti supaya tahan lebih lama. Tahu tak, bateri pun ada kitaran pengecasan tau. Contohnya, sebuah peranti telefon selepas kira-kira 500 kitaran pengecasan, ia hanya mengekalkan sehingga 80% daripada kapasiti bateri asalnya. Maka, cas sahaja telefon setakat 50% sahaja. Lepas tu tutup suis. Jangan cas semalaman! Semasa mengecas, tanggalkan sarung telefon. Ia adalah untuk mengelak suhu melampau. Haba yang dikeluarkan semasa mengecas boleh terperangkap di dalam sarung

Rabu Yang Bisu - Aiskrim Malaysia

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Aiskrim Malaysia yang belum dibekukan

Kelebihan Kad Debit Visa MAE (Maybank Anytime, Everyone)

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Sekeping kad visa debit MAE Saya telah memohon kad debit visa MAE (Maybank Anytime, Everyone) pada hujung Januari lalu menerusi aplikasi MAE secara online. RM8 akan dicaj pada akaun jika permohonan kad MAE berjaya. Kad ini selamat sampai di depan pintu rumah saya kurang 5 hari dari tempoh permohonan. Kenapa saya aktifkan MAE? Asalnya macam ni, sebab utama adalah untuk memudahkan saya menyemak akaun ASB memandangkan servis itu sudah tidak ditawarkan lagi di dalam aplikasi Maybank. Dengar kata, aplikasi MAE akan menggantikan aplikasi Maybank. Nah, sekaranglah masa untuk membiasakan diri dengan pengalaman baru! Kenapa tak semak je dalam portal ASB? Saya juga pautkan akaun Tabung Haji (TH) ke Maybank2u. Saya hanya perlu buka aplikasi MAE untuk menyemak dua-dua akaun ini di tab Kekayaan (Wealth) tanpa pergi ke setiap portal. Baki akaun wealth saya juga kini diambil kira dalam pengiraan aset dan liabiliti. Kenapa mohon kad MAE jika dah

Keropok lekor yang sedap

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Baru sampai dari Terengganu  Anak buah yang duduk di Terengganu ada hantarkan keropok lekor. Dia borong banyak pek. Dia inform, keropok ni la yang selalu dia beli kalau teringin nak makan. Ya betul, keropok ni saya goreng 1 pek dengan anak-anak pun puji cakap sedap. Bagi dekat saudara mara di utara pun cakap sedap. Sampai ada yang nak lagi🀭. Memang boleh buat berniaga. Cuma itulah, jauh sangat kalau nak restock. Kos agak tinggi untuk penghantaran mengguna syarikat kurier tempatan. Yang best keropok ni, goreng tak meletup, isi ikan banyak bukannya banyak tepung, tiada tulang, warna cantik dan bersih je, lepas goreng dia akan rangup di luar dan lembut di dalam, sos pencicahnya sedap sangat! Peminat keropok lekor ganu. Sharhanah

Ice skating di Putrajaya

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Cuti sekolah yang lalu bawa anak-anak ke Icescape di Tingkat 1, IOI City Mall Putrajaya. Inilah adalah pengalaman pertama kali bagi anak-anak saya. Alhamdulillah, ada basic main rollerblade, maka... Mudahlah mereka meluncur di atas ais. Oh ya, bayaran adalah RM35/pax. RM5, kalau nak masuk dan tak nak main. Saya masuk sekejap sebab nak tumpang solat, lepas tu saya tinggalkan mereka untuk membeli keperluan dapur di pasaraya Lotus's berdekatan.  Lepas membeli-belah dan hampir Maghrib, saya ambil anak-anak untuk pulang dan sempat singgah di surau mall untuk menunaikan solat Maghrib. Seronok anak-anak bila kita bawa diorang berjalan. Selalunya duduk rumah je. Itu pun si bongsu tak puas, ajak datang lagi. Yer la nakkkk, tunggu hasil jualan aiskrim Malaysia kita banyak nanti, kita datang lagi yerr... Iceberg di Greenland semakin mencair. Pusat peranginan ski ditutup. Semuanya akibat daripada pemanasan global. Eh, si kecik tu faham

Telur Masak Lemak Lada Hitam

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hasilnya... Semangkuk telur masak lemak lada hitam Setiap hari kena masak. Kadang sampai kering idea. Masak untuk tengahari pula perlu cepat, sebelum pukul 11 pagi. Sebab tu, sesudah subuh saya sudah mula mengemas rumah. Siap kemas, baru mula memasak. Sekali stok semua habis daaa. Ada telur ayam je. Jenuh nak fikir nak masak apa. Kari, sambal dan masak kicap selalu duk masak. Jemu lah! At last , dapat la ilham nak buat masak lemak lada hitam. Lama sungguh saya tak makan. Tiba-tiba rindu masakan mak di kampung. Mak kalau masak menu ni, simple je... Tapi sedap yakmattt. Bahan utama: 4 biji telur ayam Santan sesetengah cawan asam keping 1 Bahan-bahan ditumbuk: 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih Halia sebesar ibu jari Kunyit  separuh ibu jari 1 sudu lada hitam Cara memasak: 1. Tumis sampai garing 2. Masukkan sedikit air. Mendidih, masukkan santan. 3. Perlahankan api. 4. Masukkan telur sebutir sebutir. 5. Biarkan sehingga telur m

Air panas tahan 8 jam!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ada sesiapa yang nak bercuti semasa musim sejuk? Jangan lupa bawa termos air panas tau. Sangatlah berbaloi. Lagi-lagi yang ikut agensi pelancongan dan nak jimat. Setiap pagi sebelum check-out, saya akan masukkan air botol mineral (complimentary) ke dalam cerek elektrik untuk dididihkan. Lepas tu, tuang je ke dalam termos. Memandangkan jadual perjalanan ni, setiap hari malam check-in dan awal pagi dah check-out (hotel ni tempat mandi dan tidur lebih kurang 12 jam), tidak ada masa nak menikmati secawan kopi di luar jendela sambil melayan pemandangan indah. Saya ambil semua hotel room complimentary refreshments tea, coffee, sugar, milk dan paper cup terus masukkan ke dalam sling bag suami. Kalau dah rasa sejuk dan dahaga, dalam bas pun boleh jadi kerja. Tuang air panas ke dalam cawan kertas, koyak 1 sachet kopi dan gula, lepas tu kacau. Nikmat yang tidak terperi menikmati air panas di waktu musim sejuk! Kalau kita kat sini, cuac

Nak Beli Mesin Basuh, Tapi Tahu Nak Pilih Jenama Apa

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Nampak gayanya, saya terpaksa membeli mesin basuh yang baharu memandangkan mesin 10kg sekarang dah rosak. Dahsyat betul kesannya pada kehidupan, membawa saya kepada kemurungan. 7 tahun bertahan... sekarang sedang rosak. 7 tahun dia berkhidmat (dalam 2, 3 kali kena tukar spare part), akhirnya "sakit". Sakitnya bertambah teruk bila kena musibah banjir pada Disember 2021 (butang power perlu tekan pakai siku). Tapi, masih dapat diselamatkan lagi. Itulah suami saya. Prinsip selagi boleh guna, dia akan pergunakan. Suami saya sendiri yang betulkan mesin basuh tu. Cuma, ada kesan bunyi bising bila mesin tu menjalankan tugasnya. Setahun jugalah mesin ini dapat berkhidmat selepas pulih daripada banjir. Hebat betul! Dah patah pun, nak pebaik lagi ke?πŸ˜… Pada penghujung Januari 2023, mesin ini dah tak mampu membasuh apatah lagi nak mengeringkan pakaian. Dah jadi kepada kurang upaya. Dia beroperasi seperti biasa daripada wash - rinse

Hak-hak Pengguna

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Baru-baru ini, saya ada buat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai barang (waranti 5 tahun) yang saya beli. Ia berfungsi dengan baik dan mengalami kerosakan setelah sebulan lebih saya menggunakannya. Pihak penjual menyuruh saya menghantar semula untuk diganti baharu. Malang sekali, sehingga sekarang saya masih tidak menerimanya. Berkali-kali saya bertanya penjual di ruangan chat selepas saya menghantar semula barang itu kepada mereka. Mesej saya hanya dibalas oleh auto reply chat. Sudah 3 bulan tiada jawapan. Maka, saya mengambil keputusan untuk meminta pertolongan pihak ketiga untuk membantu saya. Imbas untuk aduan Alhamdulillah, Jumaat saya berjumpa dengan pegawai KPDNHEP dan hari Rabu saya telah menerima panggilan daripada pihak penjual. Barang saya akan diganti dan dihantar semula. Lega rasanya. Walaupun harga barang itu di bawah RM100 (saya beli 2-unit, cecah juga ratusan