Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sahaja saya sekeluarga balik ke kampung. Al-maklumlah, kena kira cuti suami, cuti sekolah dan bajet juga. Kalau saya, Insha-Allah, kerja secara remote ni... saya mampu bekerja di mana-mana sahaja. Cuma kena pastikan, ada capaian internet.

Anak-anaklah yang paling seronok kalau balik kampung. Cuma mereka tak suka duduk dalam kereta lama-lama. Duduk di kampung, mereka bebas. Dah tak hairan dah dengan bebelan saya ni. Lagi pula, mak dan ayah saya masih ada. Nak bebel lebih-lebih pula dekat anak-anak, takut Tok dan Tok Wan terasa hati. Layankan je la. Bukan selalu balik.

Tarzan.... Anak lelaki saya kalau balik kampung

Musim buah durian pun kami tak dapat balik. Tengok adik beradik dan saudara mara pula naikkan posting di media sosial. Haaaa... tak boleh jadi ni. Saya dan suami ke Cheras mencari durian malam tu juga. Makan tak puas pun, beli sekadar melepaskan rindu.

Dengar kata, musim dah nak habis. Mak beritahu saya yang dia simpankan isi durian di dalam freezer untuk saya sekeluarga. Lagi sedap. Macam makan aiskrim dalam bekas plastik. Sejuk-sejuk ditambah dengan rasa yang lemak berkrim.

Keluarga saya, anak sulung je yang tak suka sangat durian. Elok sangatlah. Bahagian dia, bagi dekat hantu durian ni. Insha-Allah, kami akan balik ke kampung waktu kenduri anak buah nanti. Cuti dah lama pohon. Doakan dimudahkan urusan kami nanti.

Sekarang dah lain banyak kampung tu, saya merindu zaman 90-an.

Sharhanah

12 comments:

  1. balik kampung memang seronok la...
    yezza, sama..zaman 90 an paling best & happening kan
    salam jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat mummy_ayu. Betul... best sangat zaman tu. Kalau ada gambar-gambar, nak jer buat posting untuk tatapan anak-anak generasi sekarang. Sayangnya, kamera kodak pun keluarga saya tak mampu nak beli.

      Delete
  2. ini kalau saya pun suka kak. hahah dapat balik kampung berkubang dalam sungai. nak2 pulak musim panas sekarang. plus jarang ke tempat2 macam ni. kalau pergi pun allahu ramai macam itu sajalah tempat yang ada untuk healing. rimas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungai di kampung saya. Syukur, bukan tempat pelancongan. Tempat mandi-manda orang-orang terdekat je ni.

      Delete
  3. Cantiknya pemandangan di kampung.
    Memang ada yang tak makan durian. Anak saya dua orang tak makan durian.
    Saya hantu durian.... hehehee kita gang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat paling tenang. Cuma kalau nak beli barang, kedai jauh. Stesen minyak pun jauh. Terus tak tenang. Hihihi... dulu masa mengandung, seharian saya tak makan nasi. Asyik makan durian je. Memang hantu!

      Delete
  4. Uncle kalau buat aksi tarzan macam tu... mau malam kena urut... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan, uncle lepak atas batu je sambil kira berapa ekor ikan yang sedang berenang. 😁

      Delete
  5. Teringat zaman n kanak² dulu, mandi tali air ada juga aksi tarzannya :)
    Seronok masih ada mak ayah di kampung. Bezanya sangat terasa bila tiada lagi mak ayah di kampung macam sy. Walaupun seronok ada saudara mara tapi jauh di sudut hati terasa hambarnya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aksi tarzan tu wajib.. hehehe. Alhamdulillah, saya masih ada mak ayah, cuma ayah dah tak sihat😒

      Delete
  6. Seronok bila balik kampung dapat teroka dusun .dapat mandi sungai . Memang healing sangat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... sayangnya, anak perempuan saya ni jenis tak adventure macam maknya. Rugi betul.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...