Adab-Adab Ketika Makan Dan Minum

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Posting yang lepas, saya ada senaraikan adab-adab makan dan minum. Sekarang, adab ketika makan dan minum pula. Islam mengajar cara hidup yang lengkap dan komprehensif yang membawa kepada cara hidup yang seimbang. Ini baru bab makan okay, belum bab-bab yang lain. 

Adab-adab ketika makan dan minum ialah;

  1. Mengutamakan orang yang lebih tua
  2. Jangan gelojoh ketika makan dan minum
  3. Menggunakan tangan kanan ketika makan
  4. Didahulukan mengambil makanan yang terdekat
  5. Jangan bercakap perkara-perkara tidak elok, kotor dan jijik
  6. Jangan mencaci makanan yang dihidangkan
Mengutamakan orang yang lebih tua
Contoh dalam situasi biasa apabila makan bersama keluarga. Nampak indah bila ibu bapa mengambil makanan terlebih dahulu dan membantu mencedok ke pinggan anak-anak yang masih kecil. Anak yang besar pula mengambil lauk selepas giliran ibu bapa.

Jangan gelojoh ketika makan dan minum
Cubalah makan atau minum dengan perlahan-lahan walaupun dalam keadaan terlampau lapar atau dahaga. Ada yang gelojoh disebabkan mahu mengejar masa. 

Gelojoh boleh menyebabkan senak. Sebab? Kurang mengunyah. Ia boleh menyebabkan perut kembung dan keras. Kita boleh lihat gejala ni sejurus selepas makan. Dalam kes-kes yang teruk, boleh terjadinya pedih ulu hati dan susah bernafas. Fuh!

Menggunakan tangan kanan ketika makan
Ada yang kidal. Tetapi waktu makan, masih boleh makan menggunakan tangan kanan. Saya ada kawan kidal. Okey je dia makan nasi guna tangan kanan. Hebat orang kidal ni.

Didahulukan mengambil makanan yang terdekat
Mentang-mentanglah lauk kesukaan kita terletak nun dihujung meja, disebabkan takut habis, terus nak sambar! Sabar... dahulukan makanan yang dekat dulu yer.

Jangan bercakap perkara-perkara tidak elok, kotor dan jijik
Seeloknya, diam ketika makan. Barulah terhindar daripada bercakap perkara-perkara yang tidak disukai.

Jangan mencaci makanan yang dihidangkan
Kita sebagai muslim perlu redha dengan rezeki dan makanan yang ada.  Kalau tak sedap ke, kurang rasa ke... cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya. Jangan pula dicela makanan tu. 


Tudiaaaa... meriah aih

NOTA

Doa Selepas Makan Dan Minum

ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุงู„َّุฐِู‰ْ ุงَุทْุนَู…َู†َุง ูˆَุณَู‚َุงู†َุง ูˆَุฌَุนَู„َู†َุง ู…ُุณْู„ِู…ِูŠْู†َ
"Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami daripada kalangan orang-orang Islam."

Bacaan jika terlupa membaca Bismillah sebelum makan dan minum

 ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَูˆَّู„َู‡ُ ูˆَุขุฎِุฑَู‡ُ
"Dengan nama Allah diawalnya dan diakhirnya"

Jangan makan dan minum terlalu banyak yer. Makan berlebihan tidak hanya berpotensi meningkatkan berat badan, tetapi juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan dan mental.

Orang kampung saya kata, you are what you eat.

Sharhanah

2 comments:

⚠️๐ƒ๐ข๐ฌ๐œ๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ซ Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post ๐Ÿฅ•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...