Anak Adalah Perhiasan Kehidupan Dunia

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Masa berlalu dengan pantas sekali. Sekejap je, masing-masing (anak-anak dalam gambar) dah bersekolah dan tidak lama lagi akan punyai kehidupan sendiri. Saya redha melepaskan mereka selepas selesai tanggungjawab saya sebagai ibu. (Mod menaip pun berlaku waktu rumah sunyi ketika semua anak-anak ke sekolah).

2018: Anak-anak saya mengadap Laut Selat Melaka dengan cuaca sebelah petang yang agak suram.

Dah macam melepaskan anak-anak penyu ke laut je. Pandai-pandailah berdikari. Apa yang diajar dan dibentuk dari rumah sejak kecil moga membantu dalam kehidupan mereka nanti. Selalu saya pesan, jaga solat dan lakukan banyak kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran.

Sebagai ibu, buat masa sekarang saya ingin mencipta saat-saat indah dengan mereka. Ya, anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Ada mereka, rumah tak sunyi dengan gurau senda, hilai tawa dan tangisan. Bergaduh adalah perkara biasa, yang penting bagaimana mereka berbaik semula. Semua proses pembelajaran berlaku tanpa sedar.

Mungkin, 20 tahun lagi saya akan baca semula posting ini.

Sharhanah

2 comments:

  1. Entri ini mengembalikan kenangan saya bersama anak-anak. Sekarang mereka sudah besar dan bekerja kecuali si bongsu baru tahun empat. Apabila terkenang anak-anak di perantauan hanya mampu kirim doa, sementara di hati selalu berasa tidak cukup bekalkan ilmu dunia dan akhirat buat bekal anak-anak.... kerana mereka amanah Allah yang dipertanggungjawabkan untuk kita jaga sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah, apa yang kita usaha untuk bekalkan ilmu dunia dan akhirat sejak mereka kecil sudah tentu dipandang Allah. Sekarang ni doa banyak-banyak kerana doa seorang ibu itu tiada hijab.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...