Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

Adab Berkenderaan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang  Adab-adab Ketika Menaiki Kenderaan Kenderaan yang digunakan adalah selamat dan sempurna Melangkah masuk ke dalam kenderaan dengan kaki kanan Beratur dan mendahulukan yang lebih tua dan uzur Membaca doa memulakan perjalanan سُبْحَنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبَّنَا لَمُنقَلِبُونَ Maha Suci (Allah) yang menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelum ini tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Tidak bergurau secara melampau ketika di dalam kenderaan Mematuhi peraturan jalan raya Pemandangan di dalam salah satu gerabak keretapi Sharhanah

Pengalaman Pertama Kali Naik ETS, Perkhidmatan Tren Laju Antara Bandar

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Pada cuti sekolah yang lalu, saya bersama suami dan anak-anak telah menaiki ETS. Ini adalah pengalaman kali pertama buat kami semua. (Eh, nada Upin Ipin). Santai betul dia. Trip kami dari Stesen KL Sentral ke Stesen Arau yang mengambil masa 5 jam 15 minit dengan menaiki ETS Platinum. Untuk pengalaman pertama kami, saya memilih untuk merasai koc kelas perniagaan. Antara kelebihan koc ini ialah penumpang dapat menikmati dua kali hidangan di dalam kabin, ada kemudahan skrin video,  sambungan WiFi (sangat perlahan), port pengecasan USB dan tempat duduk berbaring 45 darjah serta kit perjalanan (tak dapat la pula. Maka, layan skrin bisu nampak gayanya). Baru setengah jam perjalanan, kami disajikan dengan welcome refreshment. Ada sandwiches dan air kopi panas. Jom tengok apa ada dalam kotak tu...  Apa ada dalam kotak? Air kotak + Kit Kat + Kacang Oh ya, untuk menaiki ETS di KL Sentral, perlulah ke Tingkat 1. Baratur dan perlu melepasi l

Pengalaman Menggunakan Kereta Sewa Daripada TREVO

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ini adalah pengalaman pertama saya menggunakan perkhidmatan TREVO. Kenapa saya memilih TREVO? Sebenarnya saya adalah pengguna tegar SOCAR. Bila merancang ke Pulau Langkawi baru-baru ni, rupanya tiada perkhidmatan SOCAR di sana.  SOCAR menyarankan saya untuk menggunakan perkhidmatan rakan niaga mereka, TREVO. Maka, saya pun memuat  turun aplikasi Trevo menerusi AppleStore (iOS) atau PlayStore untuk pengguna Android. Daftar sebagai pelanggan baharu dengan mengemukakan lesen memandu atau pasport (jika ada). Lepas tu, boleh pilih lokasi dan tarikh perjalanan untuk dapatkan senarai pilihan kereta. Buat tempahan (pemilik akan mengesahkan tempahan dalam masa 24 jam). Bayaran adalah penuh ye.  Selepas kereta disahkan, tetapkan masa penghantaran atau pengambilan kereta. Waktu ni saya tengah mengira-ngira waktu sampai di Jeti Kuah. Awalnya saya memilih pukul 12 tengahari. Tiket feri saya pada pukul 8 pagi. Macam lewat sangat kereta nak dit

AGLIO OLIO IKAN BILIS

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang  Saje la nak share resipi sihat daripada KKM ni kan. Buatnya belum🤭. Nanti saya share gambar. Agak sibuk minggu ni haaa. AGLIO OLIO IKAN BILIS  Saiz Hidangan: 4 BAHAN-BAHAN : 250 g spaghetti (direbus sehingga masak) 1 biji bawang holand (dipotong dadu) 5 ulas bawang putih (dicincang halus) 2 sudu besar ikan bilis (direndam, bilas dan tos - ditumbuk kasar) 2 sudu besar chili flakes 1 sudu kecil serbuk lada putih 4 tangkai daun parsley segar 1 cawan bayam (dipotong kecil) 3 sudu besar minyak zaiton ½ sudu kecil garam CARA PENYEDIAAN : Rebus terlebih dahulu spaghetti di dalam air mendidih Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana Tumiskan bawang holand dan bawang putih hingga kekuningan Masukkan ikan bilis, chili flakes, lada putih dan garam seterusnya masak hingga kekuningan Masukkan spaghetti dan gaul sebati. Tambahkan sedikit air Masukkan daun parsley dan bayam. Kacau sehingga rata Sedia untuk dihidang KANDUNGAN NUTRIEN : 1 HI

Surau MRT - Kemudahan Terbaik

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Kerap saya outing bila off-day. 6 hari terperap dalam rumah buat keje je kan, sesekali nak la berjalan juga ambil angin luar.  Saya prefer naik pengangkutan awam kalau nak ke bandar. Paling mudah naik MRT lah. Kadang ada perjumpaan dengan kawan-kawan lama satu tempat keje dulu. Minggu lepas, ikut sorang kawan jalan-jalan ke KL Eko Park (Hutan Simpan Bukit Nanas). Turun MRT, naik Monorail pula. Berjalan 1.4 kilometer untuk sampai di destinasi. Selalunya, saya akan jumpa kawan-kawan. Sebelum Asar dah sampai ke rumah. Takde kuasa nak lama-lama di luar. Sebab anak-anak akan balik sekolah dalam pukul 6 lebih. Selalunya, saya akan solat Zohor di surau stesen MRT. Turun daripada MRT, terus menuruni escalator. Surau terletak di bawah. Tak perlu keluar.  Melangkah masuk pun, dah wangi. Saya nyalakan lampu dan pendingin hawa. Letak beg, ambil wudhu. Tempat wudhu pun bersih dan kering. Ruang ambil wudhu. Dalam surau. Kemas dan bersih. Hanya

View Point Wang Kelian - Destinasi Unik!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Seusai kami solat Subuh di homestay, kami bergerak terus ke Wang Kelian. Perjalanan mengambil masa kurang setengah jam untuk sampai ke sana. Ramai juga pengunjung. Harga tiket masuk ialah RM2 untuk dewasa manakala kanak-kanak hanyalah RM1. Ada pilihan untuk ke view point dengan berjalan kaki atau menaiki "buggy" yang dikenakan bayaran sebanyak RM3/pax. Kami memilih untuk berjalan. Perjalanan dalam 50 meter dan sedikit mendaki. Eloklah untuk senaman di pagi hari. Biar bersemangat sikit anak-anak ni. Baru je berjalan naik, pandang sebelah kiri, kami dihidangkan dengan pemandangan "awan karpet". Subhanallah, inilah pertama kali dalam sejarah hidup dapat menyaksikan pemandangan sebegini. Pernah mencuba di Bali pada tahun 2014, tetapi hampa. Bagaimana ia terbentuk? Gerakan perlahan wap udara sejuk dari permukaan bumi membentuk gabungan kepulan kabus mampat menghasilkan fenomena ‘awan karpet’ yang memutih. Sama sepe

IKAN CENCARU SAMBAL CILI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang  Ikan cencaru masih ada di dalam freezer. Apalah sangat yang boleh dimasak dengan ikan ni kan... Apa-apapun, saya suka masak berasaskan cili ikan jenis ni. IKAN CENCARU SAMBAL CILI Saiz Hidangan: 4 BAHAN (A) : BAHAN UTAMA 4 ekor ikan cencaru 2 sudu makan marjerin BAHAN (B) : DIKISAR HALUS 4 batang serai 8 biji cili merah 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 biji buah keras 1 sudu kecil gula ½ inci halia 1 sudu kecil udang kering 1 sudu kecil garam 4 biji limau kasturi (air perahan) 1 cawan air CARA PENYEDIAAN : Sumbat bahan (dikisar halus) ke dalam ikan yang telah dibersihkan Tambahkan majerin pada bahan Balut ikan dengan daun pisang Bakar ikan hingga masak Sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan sayur-sayuran kegemaran Sedia untuk dihidang KANDUNGAN NUTRIEN : 1 HIDANGAN : 1 EKOR IKAN 625 mg sodium / hidangan Kalori (kcal) : 120 Karbohidrat (g) : 6 Protein (g) : 19 Lemak (g) : 2 Sumber: KKM Sharhanah

Pengalaman naik SkyCab dan SkyBridge

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, tamatlah sudah percutian saya bersama keluarga di Perlis dan Pulau Langkawi, Kedah selama 5 hari 4 malam. Kami ke sana menggunakan pengangkutan awam je. Banyak yang nak diceritakan, tapi awal-awal ni biar saya fokuskan dulu pengalaman menaiki "cable car" bersama suami dan anak-anak. Ya, 6 pax. Saya membeli tiket secara online di web rasmi semasa dalam perjalanan pergi ke Oriental Village, di kaki gunung Machincang di mana terletaknya stesen pangkalan kereta kabel tersebut. Sebenarnya saya dah beli tiket Skycab di Shopee (sebulan awal) dengan harga RM295.90 untuk 6 pax. Cuma, tiket tidak termasuk dengan SkyBridge pulak (bila dah balik, mahal betul harga seller ni letak). Waktu ni memang agak blur. Baca pun tak faham-faham keadaan di atas macam mana. So, saya cancel pembelian dengan seller tersebut. Biarlah beli waktu dah sampai Langkawi. Bila dah sampai, kalut pula nak beli tiket. Yer, membeli sambil jadi

NASI GORENG CINA

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang  Sekarang ni kan, saya buntu untuk mencari idea menu makanan sihat. Dengan kenaikan harga barang makanan, apa pilihan yang ada? Perasan tak, bahan-bahan yang sihat lebih mahal daripada bahan-bahan yang tidak sihat. Maka tidak hairanlah, orang kita tidak kisah untuk menjaga pemakanan. Asalkan, lapik perut dan kenyang. Sayalah tu. Kesian betul dekat murid-murid bila kerajaan tidak pantau pemakanan yang dijual di kantin sekolah. Anak bagitau, menu makanan asyik sama. Lebih banyak makanan diproses dijual (nugget, sosej & jajan). Untung anak-anak yang mana ibu bapa bekalkan makanan dari rumah. Anak saya? Pernah bekalkan, balik sekolah, baki bekalan masih banyak. Bila tanya, dia cakap dia tak suka makan makanan yang dah sejuk. Adoiii la anak. Kalau lapar, bedal je la makan. Saya sangat suka makanan di wad. Dulu masa anak-anak masih kecil, saya kerap menemani anak bila mereka dimasukkan ke dalam wad. Wad kerajaan ke, swasta ke... me

Tabung Haji melalui Maybank2u & MAE

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Pengumuman Kemas Kini Berkenaan Tabung Haji Pindahan ke akaun Maybank lain melalui laman web Maybank2u telah ditamatkan mulai 24 Jun 2023. Pindahan ke akaun Maybank lain melalui aplikasi MAE telah ditamatkan mulai 1 Julai 2023. Pindahan ke akaun-akaun melalui Maybank Favorites juga akan ditamatkan pada tarikh-tarikh di atas. Nikmati pelbagai perkhidmatan dalam talian Tabung Haji (TH) di aplikasi MAE dan Maybank2u! Pautkan akaun Tabung Haji dan anak-anak anda dengan Maybank untuk transaksi yang lancar, semakan baki yang mudah dan banyak lagi! Faedah dan perkhidmatan yang tersedia Mudah: Lakukan transaksi Tabung Haji anda menggunakan perkhidmatan dalam talian kami, melalui aplikasi MAE dan Maybank2u Pantas: Anda boleh melakukan transaksi dalam talian dengan cepat dan mudah Mampu milik: Caj berpatutan dikenakan ke atas transaksi yang terpilih Perkhidmatan & Butiran Papan Pemuka ‘Digital Wealth’  Akaun Tabung Haji anda kini terda

Mi Goreng Ala Mamak

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Lama tak beli mi kuning. Budak-budak dan bapak budak kurang sangat nak makan mi. Tetapi disebabkan lama tak makan, sengaja saya masak. Cari nahas betul la... Hehehe Tapi, saya masak ala-ala mamak. Yang ni, diorang suka. Kalau mi biasa tu, sampai ke petang tak habis-habis. Sedih. Ke saya tak pandai masak? Huhuhu. Alhamdulillah, mi ni jadi suka sejak jiran hantar sepinggan. Tapi dah lama la. Saya siap minta resipi. Berani betul kan? Waktu tu mak jiran dari kampung datang sini. Diorang masak banyak gamaknya. Disedekahkan pada jiran yang tersayang. Ekekeke Bahan-bahannya pun takde la sebijik macam resipi mi kedai mamak tu. Nak kena ada cucur, tauhu goreng... Yang ni sangat simple. Tambah dua sudu rempah kari daging semasa menumis. Saya letak sebijik kentang dipotong kecil. Wajib letak telur ayam waktu menggoreng. Tadaaaa... Mee goreng ala mamak Alhamdulillah... Mi macam ni memang laku kalau masak dekat rumah. Tak sampai tengahari dah

Cara Yang Betul Mencuci Rambut

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Nak tahu cara betul mencuci rambut? Jom baca tips di bawah ini; Urut kulit kepala dengan lembut semasa bersyampu. Mengurut kulit kepala, dapat merangsang folikel rambut untuk membantu ia tumbuh lebih cepat. Jangan letak syampu terlalu banyak! Ia akan menanggalkan minyak semula jadi rambut. Apabila membilas, pastikan membilas dengan teliti supaya buih syampu tidak ada pada rambut. Jangan letak perapi terus di kepala. Sapukan perapi pada hujung rambut terlebih dahulu. Gunalah syampu yang sesuai dengan rambut anda. Jika anda mempunyai rambut berminyak, tidak masuk akal untuk menggunakan syampu ultra-pelembap. Kita mungkin hanya perlu mencuci rambut sekerap 3x seminggu, bergantung pada jenis rambut juga. Mencuci berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan rambut kita menghasilkan lebih banyak minyak. Sharhanah

Rabu Yang Bisu

 

Jaga Satu Dapat Lima

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Anak bongsu selalu bagi makan dekat sekor kucing jalanan ni. Entah dari mana dia datang. Sejak kehilangan Kiko hampir setahun, merayu-rayu si anak ni nak bela kucing lagi. Rindu gamaknya. Saya hanya beli makanan dan kucing melepak di luar. 3 bulan macam tu, nampak gemuk pula kucing ni. Asyik curi masuk ke dalam rumah. Dia tido dengan kakak. Tak tidur pula dengan si bongsu. Kami namakan "Keyyah". Selalu kena bawa tidur luar rumah. 8.8 terkejut bila Keyyah beranak dalam almari  luar. Patutlah dia asyik cari tempat. Nak halau tak tergamak. Duduklah dia dalam tu selama 5 hari. Kali ni, Keyyah bawa masuk anak-anak ke dalam bilik saya. Chewah diaaa... Kemain pilih bilik paling besar😂. At last, saya belikan sangkar. Empat ekor anak kucing Keyyah sedang tidur Moga dimudahkan urusan dan kebajikan anak-anak kucing Keyyah terjaga. Sharhanah