Cara Bersedekah Sepanjang Bulan Ramadan Tanpa Gagal

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya WFH dan jarang keluar rumah. Macam mana nak bersedekah (wang)? Saya cuba senaraikan 30 nama penerima dan nombor akaun termasuklah pusat tahfiz, yayasan, rumah anak yatim dan badan kebajikan. Selain daripada carian Google, saya juga dapatkan maklumat di media massa untuk lebih terkini.

Dengan menggunakan kemudahan pindahan, saya memasukkan tarikh "Effective Date" bermula 1 Ramadan. Duit simpanan saya akan ditolak pada tarikh yang telah ditetapkan dan akan masuk ke dalam akaun penerima.

Tekan kalendar untuk masukkan tarikh

Sebahagian daripada senarai penerima sedekah
Duit akan ditolak setiap hari sepanjang Ramadan. Effortless dan kita boleh fokus pada kerja dan ibadah yang lain. Asyik duduk rumah jarang keluar. Mungkin inilah sedikit usaha saya untuk turut sama-sama bersedekah di bulan yang penuh berkah. Nak juga pahala berganda-ganda. Ramadan tahun depan ntah sempat ke tak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”.
(Riwayat At-Tirmidzi)

Sharhanah

Takutnya! BILA KITA SOLAT 5 WAKTU TETAPI SOLAT KITA TAK SAH PUN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kadang terfikir samada solat kita setiap hari diterima Allah atau tak. Sah ke? Kita mungkin tak sedar ada 8 kesalahan asas ketika mendirikan solat.

1. TIDAK BERDIRI TEGAK

Berdiri lurus bagi yang berkemampuan. Itu rukun solat paling asas. Jika sakit, seharusnya sebelum terus duduk, kita berdiri dulu atas tikar sejadah, kemudian duduk.


2. TAKBIRATUL IHRAM

Lafaz Takbiratul Ihram adalah RUKUN QAULI. la wajib dilafazkan dengan jelas tanpa meninggalkan satu hurufpun di dalam kalimah, Allahu Akbar!


Melafazkan tanpa didengari oleh telinga sendiri, boleh membatalkan solat. Ini yang kita kena belajar ni.


3. BACAAN AL-FATIHAH YANG TIDAK BETUL

Al-Fatihah adalam RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% dengan makhraj dan tajwid yang betul.


Baca di dalam hati atau tidak didengari oleh telinga sendiri, boleh membatalkan solat.


4. TIDAK BERHENTI SEKETIKA (THOMAKNINAH) DALAM RUKUK DAN SUJUD

Bila nak rukuk/sujud, jeda (tempoh) antara perbuatan tu kena jaga, dalam kadar lafaz "subhanallah".


5. SUJUD YANG TAK SEMPURNA.

Ketika sujud, ada 7 anggota yang wajib kena lantai sujud:

  • Muka (termasuk dahu dan hidung).
  • Kedua-dua tapak tangan.
  • Kedua-dua lutut.
  • Penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)

6. TANGAN BERAYUN KETIKA I'TIDAL

Pergerakan anggota besar yang dilakukan 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Nak I'tidal, angkatlah tangan penuh tertib.


7. DADA BERPALING DARI KIBLAT

Kadangkala, sejadah kita dah letak elok menghadap kiblat, tetapi sedar tak, kadangkala dada kita tak tepat menghadap kiblat. Kalau kiblat menyerong, dada pun ikut menyerong juga.


8. MEMEJAMKAN MATA KETIKA SOLAT

Makruh sebenarnya kita memejamkan mata tanpa keperluan:


Jika kita memejamkan mata sebagai contoh untuk elak gangguan di sekitar kita dan dengan cara menutup mata untuk menambah kekhusyukan, maka ia dibolehkan.


Kawan-kawan,

Kita kena peka bab ini bersama-sama ya. Kadang kita tak sedar, solat kita sendiri jadi tak sah.


Bayangkanlah macam manalah kiraan solat-solat yang lepas kalau kita solat sambil lewa. Adakah ibadah kita itu diterima Allah atau sebaliknya?


Sama-sama kita perbaiki solat kita. Perbaiki solat, maka kita sedang perbaiki kehidupan kita.


Sharing is caring!

Sharhanah

GA by Blog The Story of Mommy EEZ

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jalan-jalan jumpa giveaway yang dianjurkan oleh Blog The Story of Mommy EEZ. Ada 3 hadiah untuk 3 blogger bertuah;

  • 1 x Radio Quran dari Baby Pian dan bacaan ayat2 Al-Quran dialunkan oleh Ustaz Fakhrul dari UNIC
  • 1 x Mini Sejadah dari The Prayer Mat
  • 1 x Kurma Ajwa with Gift Box

Tumpang tengah free ni, saya join. Mana tau, bertuahπŸ˜ƒ

Klik banner untuk syarat penyertaan

Giveaway ni bermula dari tarikh hari ni 15hb Mac 2024 sehingga 8 April 2024. So, masih ada masa guys.

Done follow Instagram Kiddie.oasis

Salam 17 Ramadan,

Sharhanah

Cara Defrost Ayam & Daging Yang Betul

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sapa yang selalu buat, letak daging/ayam beku di sinki pada waktu pagi sebelum pergi kerja? Pastu biar seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku mencair. Petang selepas balik kerja baru masak.

Nak tahu, kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah, jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.

Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Public Health Malaysia 

Lambat pula nak gaji,

Sharhanah

Kesihatan Mental Ibu Lebih Penting Daripada Menjadi Supermom

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Mama saya macam harimau! Aaaummmmm"

Ibu adalah nadi sebuah rumah tangga. Mostly dia yang organize semua benda dan lakukannya. Cari barang, kemas barang, beli barang. Dia terpaling berfungsi dalam rumah sebab ia perkara normal yang sering dilakukan dan selalu jadi tempat rujukan bagi suami atau anak-anak.

Sebagai ibu yang punyai anak-anak yang masih di bawah umur, tidak perlu sangat nak uruskan segalanya... kerja di rumah tidak ada titik noktah. Rumah yang dikemas akan kembali semak, kain akan kembali menimbun dan anak-anak ada pelbagai kerenah. 

Ibu tak perlu jadi super mom, super housewife, super professional, super woman. Hentikan normalisasi istilah tidak releven seperti ini. Ibu hanya manusia, bukan watak fiksyen dalam filem.

Jika rasa letih, berehatlah.

Jika rasa ingin berjalan jalan ke taman, tukar kasut dan mula keluarkan peluh.

Jika rasa ingin ke salun, pergi.

Tolonglah sayangi diri sendiri, jangan sampai burn out. Utamakan kesihatan mental ibu.

Ciri-ciri ibu "burn out"

  • Penat dan lesu keterlaluan
  • Cepat naik angin
  • Rasa bersalah keterlaluan
  • Tiada selera makan
  • Mendiamkan diri, hilang kata-kata
Sekiranya keperluan kesihatan mental ibu tidak dipenuhi, ia akan mendatangkan kesan negatif bukan sahaja terhadap ibu itu sendiri, malahan terhadap anak-anak.

Sumber: Public Health Malaysia
Sharhanah

Naik Bas Sepanjang Berada di Turkiye

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Memandangkan mod perjalanan sepanjang berada di Turkiye menggunakan bas persiaran, maka entri ini majoritinya gambar-gambar yang diambil dari atas bas je lah yer. 

Kami tiba di Lapangan Terbang Istanbul (Δ°stanbul HavalimanΔ±) yang berada di bahagian Eropah Istanbul. Kami sampai pun dah malam dan disambut oleh tour leader dari Malaysia (TL) dan tour guide tempatan (TG). Kami berjalan mengekor mereka berdua menuju ke arah bas yang sedang menunggu.

Kebanyakan bas persiaran di Turkiye berwarna putih. Jangan salah naik bas sudah. Kalau boleh ingat muka driver pun okey. Awal-awal saya nak ingat agak sukar, muka TG dan muka driver pun boleh tertukar. Maka, ingatlah nombor perdaftaran bas. Lagi mudah kot.

Saya namakan bas tersebut sebagai EMY, sebab no plat pendaftaran bermula dengan huruf-huruf tersebut. Ya, EMY akan bawa saya dan yang lain menjelajah bumi Turkiye sehinggalah hari ke-7.

Malam tu, EMY bawa kami bermalam di Hotel Golden Way Giyimkent yang masih terletak di bahagian Eropah. Dalam 32 minit juga nak sampai. Pemandangan semasa perjalanan saya tak sempat snap. Al-maklum lah, dengan letih badan duduk berbelas jam di dalam kapal terbang. Mood bergambar ke laut dalam.
Memperkenalkan... EMY besar macam ikan paus
Itu bukan EMY, tetapi kepala bas group lain. Jangan tersalah naik!

Dalam perut EMY. Total kami dalam 42 pax rasanya termasuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Perjalanan dari bahagian Eropah ke Asia Turkiye dalam setengah jam. Jalan agak sesak pagi tu untuk ke Bosphorus Cruise. Layan gambar di bawah untuk lebih feeling!
Ramai pemancing di atas jambatan

Gegar kalau snap dalam bas
Untuk mengelak kesesakan jalan raya di kota Istanbul, pemandu bas kami (lupa nama dia) menggunakan laluan shortcut. Masuk lorong-lorong jalan sehala. Sudahnya, tersilap masuk lorong. Nak reverse tu, dengan saya-saya sekali tekan break. Hahaha. Seram bila bahagian bumbung yang hampir dengan cermin tingkap bas bergesel dengan dinding bangunan sebelah. Bayangkan lah!

Sesak nafas bila masuk ikut lorong kecil. Bahu jalan penuh dengan kenderaan persendirian
Premis perniagaan pun rapat-rapat betul dengan jalan raya.
Pakcik ni membantu pemandu. Saya dalam bas, nampak sipi je kan kereta di sebelah ni?

Bila berjaya undur, semua isi perut EMY bersorak gembira. Mana taknya, memang membuang masa betul bila "terperangkap" di lorong tikus. Kononnya nak elak kesesakan lalu lintas, sekali tersekat. Masa hadap jem sama dengan masa tersekat di lorong🀣. Dekat sini kita dapat beberapa point; 

Hadap jem (1 jam) - Malas nak fikir. Follow the flow.
Cari alternatif jalan lain (kurang sejam) - Siapa yang jenis adventure, akan pilih ini. Tapi, bila ada masalah... masa tetap akan jadi  sejam. Sabar je lah.

Dalam menikmati perjalanan di bumi Turkiye ni kan, "nyawa" yang penting untuk pelancong ialah soket pengecas telefon bimbit. Sekarang dah banyak bas persiaran/ekspress tersedia dengan kemudahan ini di setiap tempat duduk penumpang.

Talian hayat... charger USB suami, tu pun suruh staf hotel belikan. 

Pemandangan bentuk muka bumi akan berubah bila memasuki lebuhraya. Saya sajikan beberapa keping gambar dari dalam bas untuk tatapan pembaca. Cuma ia tidak tersusun mengikut perjalanan asal.
Dapat zoom setakat ini je...
Kincir angin di atas bukit, pemandangan biasa di sepanjang perjalanan kami.
Signboard arah bandar

Plaza tol... perjalanan pulang dari Bolu ke Istanbul
Perjalanan ke Bursa, Turkiye

Bursa, Turkiye

Apartments di Bursa.

 Sport shoe pink… sapa punyalah ni

Masih di Bursa lagi. Pokok pun dah takde daun. Sampai pun waktu musim peralihan luruh ke sejuk

Saya dalam bas, dia di luar bas waktu kami berhenti di R&R area BalΔ±kesir.
Masjid/surau merata-rata di pelusuk tempat
Kediaman di sini kelihatan padat dan rapat

Pamukkale Travertenieri

Suasana pekan

Cappadocia
Semasa bas nak reverse...

Perjalanan waktu malam, memang tak boleh snap apa lah. Tak nampak view luar. Hanya guna mata kasar ni je menikmati lampu-lampu di sepanjang jalan menuju ke hotel. Pukul 6 setengah dah macam pukul 9 malam. Beginilah kalau nak melancong waktu nak masuk winter. Siang pendek bebenor. Nak lelap awal pun sayang sangat nak lepaskan pemandangan malam walaupun terhad. Bukan senang nak sampai lagi.

Pukul 6.34 petang😳
Seminggu perjalanan kami begitu. Sampai di satu-satu hotel, mesti dah malam. Lepas check-in, kami menikmati dinner yang pihak hotel sediakan. Mereka terpaksa menunggu kami. Nak buat macam mana kan, mereka dah biasa menyambut tetamu di musim begini. 

Pernah nak sampai hotel di Kusadasi malam tu, hujan turun selebat-lebatnya. Pemandangan luar tingkap bas memang nampak air hujan dan sedikit cahaya kenderaan lain je. Tapi, kita dah biasa kan dengan hujan lebat ni. Kalau turun salji lebat, memang jakun sekejap kot.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Entri ini dah lama terperap dalam draft. Sayang pula tak publish. Walaupun dah basi, ia kekal relevan bila rindu datang menerpa.

Nah, belanja simit berlatarbelakangkan hujung tayar EMY
Ikuti kisah saya di Turkiye
@sharhanahanafiah #anniversary #turkiye #fishing ♬ original sound - Sharhanah Hanafiah
Sharhanah

Cegah nasi goreng beracun!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jangan tak percaya, nasi goreng juga boleh menyebabkan kita keracunan makanan. Ia bukan daripada hidangan nasi goreng berkenaan, tetapi disebabkan oleh cara mengendalikan nasi tu sebelum digoreng. Itu pointnya.

Sebenarnya, semua beras yang belum dimasak ada spora kuman bacillus cereus. Walaupun beras telah menjadi nasi, spora boleh survive jika nasi tersebut terdedah pada suhu bilik melebihi 4 jam. Ini kerana masa itu sudah cukup menyediakan satu persekitaran yang selesa untuk spora ini aktif. Contohnya kelembapan, suhu, pengudaraan dan nutrisi.

Mungkin kita sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK. Dalam tempoh 1-5 jam kita makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul.

Jadi, apa tips simpan nasi supaya nasi selamat untuk dimakan?

Nasi yang telah dimasak atau kalau tak abis dimakan, boleh terus simpan dalam bekas yang bertutup di dalam peti sejuk (tidak lebih daripada tempoh 24 jam ye). Lepas tu boleh panaskan secara sekata dan menyeluruh. Ingat, nasi goreng yang tak habis jangan dipanas berkali-kali tau!

Bismillah.

Hati-hati membeli nasi goreng yang dijual,

Sharhanah

◦Berapa Ramai Kawan-kawan Yang Korang Kerap Berhubung Sekarang?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dalam senarai kawan Facebook (FB) yang terdiri daripada kawan kampung, kawan masa belajar, kawan masa kerja, keluarga terdekat dan jauh, hampir mencecah ribuan. Sekarang saya sudah merasakan bilangan kawan-kawan yang selalu berhubung atau berjumpa menurun secara konsisten sepanjang meningkat dewasa.

Mungkin, inilah yang dikatakan kehidupan. Lingkungan semakin mengecil disebabkan masing-masing sudah ada tuntutan dan tanggungjawab masing-masing. Keutamaan kita sudah berubah arah. Dulu kecik-kecik, berjanji beria dengan kawan BFF nak sekolah menengah sama, universiti sama, membesar sama-sama. Heeee

Zaman belajar, di mana kita terlalu banyak kawan. Beratus kawan kot time ni.

Sewaktu belajar.

Zaman pekerjaan,  berpuluh kawan.  Hanya yang satu kepala je yang boleh masuk. Yang lain, boleh la sembang-sembang setakat kerja.

Geng sekepala masa kerja

Zaman berumahtangga, kurang 10 kawan. Ada beberapa kerat je yang kadang-kadang berjumpa. Kadang-kadang ada la sebulan sekali, setahun sekali. Tapi, masih boleh berjumpa.

Kawan-kawan saya sekarang ni ialah.... Arissa, Zahra, Hariz dan SofeaπŸ˜‹

Bukan apa, sekarang ni terasa nak hidup tenang-tenang je sambil membesarkan anak-anak. Tak perlu nak jaga hati kawan-kawan. Orang tak ajak, kita diam je. Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa-siapa. Suka hati lah orang lain nak buat apa pada kita. Nak mengata? Kita dapat pahala percuma. Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita. Tanpa perlu nak sentap.

Kawan yang ada sekarang... walau sedikit, kita jaga dan hargai satu sama lain. Jadilah kawan yang baik, jujur dan ikhlas.  Hidup ini singkat, tidak mengapa kalau kawan kita cuma sedikit asalkan bermanfaat di dunia hingga akhirat.

Kelak di alam kubur, "kawan sejati" yang sentiasa menemani kita hanyalah amalan kebaikan kita di dunia sahaja.
Sharhanah

Kenali Simbol Label Pada Pakaian Untuk Elak Fabrik Rosak

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya pernah masukkan baju dan tudung ke dalam dryer. Lupa nak asingkan fabrik jenis voile dan kain halus. Bila keluar je, berkedut dan melekat-lekat. Sudahnya, tudung tu saya buat alas dan baju pula saya hantar ke pusat kitar semula.


Simbol Penjagaan Cucian Pakaian dan maksudnya

Kerap kali label simbol yang tertera pada pakaian kita diabaikan. Patutlah pakaian kita tak tahan lama, nampak lusuh dengan cepat. Kalau dicuci ikut cara yang disarankan, pasti pakaian kita tahan lebih lama. Memang jenis tak kisah, akan belasah je la. Rosak kita beli baru.

Saya pernah dapat pakaian preloved untuk kanak-kanak semasa bantuan banjir 2021. Baju semuanya elok dan cantik. Wangi pula tu. Sah, orang yang derma ni jenis sangat menjaga pakaian. Bila masih elok, boleh disedekahkan. Moga si pemberi mendapat pahala yang berpanjangan.

Terdapat dalil yang jelas berkenaan keutamaan menyedekahkan pakaian berdasarkan kepada satu riwayat daripada Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian yang baharu hendaklah dia mengucapkan: “Segala puji bagi ALLAH yang telah memakaikan aku sesuatu yang aku dapat menutup auratku dengannya dan aku memperindahkan diri dengannya di dalam kehidupanku”. Kemudian dia pergi kepada pakaian yang telah ditanggalkannya itu (pakaian lama), lalu dia menyedekahkannya, maka dia berada di bawah lindungan ALLAH, pemeliharaan-NYA, dan ditutup (keaibannya) semasa hidup dan selepas meninggal dunia.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad)

Ambil kisah,
Sharhanah

WFH: Rutin Harian - Kerja Tak Banyak Bulan Puasa Ni

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sesambil boleh blog walking

Sempena bulan puasa ni, kerja-kerja hakiki saya tak banyak. Sistem tempahan pun berehat. Cuma ada juga beberapa inquiries yang perlu dilayan juga. Saya tahu, beban kerja akan naik mendadak semula selepas Raya Aidilfitri nanti. Maka, bersedialah! 

Rutin harian saya di bulan puasa:

4.30 pagi: Bangun tidur - mandi - solat sunat Tahajjud 2 rakaat
4.45 pagi: Masuk dapur dan sediakan makan minum
5.30 pagi: Kejut semua bangun untuk bersahur
5.50 pagi: Kemas sinki dan masuk pakaian dalam mesin basuh
6.15 pagi: Solat Subuh
6.45 pagi: Menyapu 1 rumah
7.00 pagi: WFH sambil layan Islamic Channel
8.00 pagi: Melipat pakaian - solat sunat Dhuha - baca Al-Quran
9.00 pagi: Sidai pakaian, menyapu di luar rumah, sirap pokok
10.00 pagi: WFH
12.50 tengahari: Tidur - Mandi - solat zohor
2.00 petang: WFH
4.45 petang: Solat Asar - Baca Al-Quran
5.00 petang: Memasak
6.30 petang: WFH
7.00 petang: Persiapan berbuka - berbuka - Kemas sinki - solat Maghrib - Baca Al-Quran
8.40 malam: Solat Isyak - Solat sunat Tarawih - Solat sunat Witir
10.00 malam: Tidur
(Ulang)

Tak sempat nak boring.
Sharhanah

Bangunlah Untuk Bersahur

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cuba tanya kepada diri sendiri, mengapakah sunnah mengalakkan kita bersahur? Kalau tak sahur pun tak ada salahnya kan? Cuma kita rugi untuk menikmati rahmat, nikmat dan barakah waktu itu. Jika kita tidak mahu menjamah makanan, setidak-tidaknya kita minum seteguk air.

Daripada Amru bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ada yang sahur pukul 12 tengah malam. Lepas tu tidur sampai subuh. Itu bukan sahur, tetapi supper. Terlepas keberkatan waktu sahur, dimana waktu ini adalah antara waktu paling mustajab untuk berdoa. Bangun awal juga dapat melatih kita untuk mengerjakan solat sunat tahajud dan amalkan zikir dan doa seperti di bawah;

Banyakkan istighfar;

Minta ampun kepada Allah;

Mohon hajat semasa di dunia (kebahagiaan rumahtangga, anak-anak yang soleh dan solehah, etc);

Minta urusan kematian kita dalam keadaan baik dan mudah (meninggal ketika solat, etc);

Minta lapangkan dan mudahkan kita di alam kubur sana. Jauhi fitnah kubur;

Minta urusan kita dimudahkan di akhirat (masuk syurga tanpa dihisab); dan 

Minta urusan orang lain dimudahkan (rakyat Palestin, saudara-mara & sahabat)

Allah berfirman:

“Siapakah yang berdoa kepadaKu, pasti Aku memperkenankan doanya. Siapa yang meminta daripadaKu, pasti Aku akan berikannya. Dan siapakah yang beristighfar memohon ampun padaKu, pasti Aku ampuni dia." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Muslim)

Selain itu juga, bersahur juga dapat membantu menguatkan tubuh badan serta memberi tenaga pada siang hari di samping aktiviti yang perlu dilaksana pada masa berkenaan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib).” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

Jelaslah di sini, maka beruntungnya orang yang bersahur. Kita pilih yang mana??

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua!

Sharhanah

Roh Yang Sihat

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon  yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Belajarlah menerima satu bebanan kesakitan itu dengan sebaiknya. Allah mendatangkan kesakitan itu bukan sebagai satu beban, pasti kita boleh bertahan kerana Allah tahu kita mampu hadapi kesakitan itu dan juga kerana Allah sayang akan hamba-hamba-Nya.

Setiap kesakitan yang kita hadapi akan mengkifarahkan dosa kita. Cuba kita perhatikan kehidupan Firaun, yang mana dia tidak pernah sakit. Allah memberikannya nikmat kesihatan, bersin pun tak pernah. Orang lain selalu sakit, Firaun tidak, sehinggakan dia menjadi angkuh dan mengaku diri sendiri tuhan. Dengan nikmat sihat itulah, Allah membinasakannya.

Kadang-kadang kesakitan yang Allah bagi adalah untuk meningkatkan martabat kita disisi-Nya.

Cuba kita perhatikan kisah Nabi Ayub a.s yang mana diberikan ujian kesakitan dan baginda tetap sabar menghadapi ujian tersebut. Dalam keadaan dirinya yang sakit ditambah pula dengan isteri dan anak-anaknya menjauhinya. Baginda tetap sabar menempuh kesakitan tersebut sehingga Allah menyembuhkannya dan meninggikan kedudukan Nabi Ayub disisi-Nya.

Kepada sahabat-sahabat yang sedang sakit, perbanyakkan selawat syifa’

“Ya Allah , berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat berselawat ke atas baginda, akan menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakan juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda”.

Biar susah sedikit kerana Allah, untuk menghindar kesusahan yang besar…

Sharhanah

Amalan Doa Untuk Anak

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Amalan doa untuk anak
Anak-anak telah mula bersekolah hari ini. Selepas solat subuh, Sofea sudah siap sedia untuk ke sekolah. Zahra pula teruja dengan beg dan kasut baharu untuk ke sekolah agama. Tahun inilah, dia baru dapat beg baharu yang lebih berkualiti. Semalam, hantar Arissa dan Hariz balik ke asrama. Berjauhan beratus kilometer. Rindu tapi itulah.... Tetiba rasa sunyi dan kosong rumah ni.

Ya Allah, Yang Maha Pengasih permudah dan lancarkan urusan anak-anak di sekolah. Lindungilah mereka demi mendalami ilmu. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu saya bertawakal dan berserah.
Sharhanah

Petai: Baik Beli Yang Papan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari tu teringin benar nak makan sambal petai udang. Maka saya dan anak berjalan kaki menuju ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah. Nak beli apa? Nak beli udang dan petai sikit. Wang tunai langsung saya tak bawa. Hanya berharap pada kad debit sahaja.

Arissa: Mama, beli la petai depan taman kita tu. Situ kan banyak.

Mama: Malaslah nak berjalan area sana. Lagipun mama tak bawa cash.

Kami terus berjalan masuk ke pasaraya paling belakang. Di situ terletaknya sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil laut. Saya menarik plastik jernih yang elok tergantung di bahagian bawah. Tengok harga udang saiz sederhana sekilo, boleh tahan ya. Telan air liur sekejap. Satu, dua, tiga, empat....

Arissa: Mama, kalau macam ni ok ke? Mama nak berapa ekor?

Mama: Pilih yang kenyal-kenyal. Jangan ambil yang lembik. Dalam 15 ekor je dik.

Saya memberi arahan kepada Arissa sambil sama-sama memilih udang. Dah cukup, saya hulur pada Arissa untuk ke kaunter timbang.

Berjalan ke sudut, di situ ada peti ais besar. Saya membuka pintu peti ais untuk mengambil satu bekas kecil biji petai. Besar-besar mata petai ni. Memang puas makan ni. Harganya RM13.99. Boleh tahan eh. Arissa datang bersama 1 plastik udang dengan harga tertera RM10.32. Boleh lah dapat semangkuk sambal udang petai.

Arissa: Mama, ok ke petai macam ni.

Mama: Ok je. Lagipun tak payah nak kupas kulit dah. Keje mama pun senang dan masa pun jimat.

Lepas tutup pintu peti sejuk, terus ke kaunter untuk membayar. Hati girang tidak terkata, sebab akan dapat makan menu yang sudah lama dihajati. Berjalan pulang kami dua beranak sambil sembang-sembang kosong sementara nak sampai ke rumah.

Disebabkan mata petai besar macam duit lima ploh sen lama, saya belah dua untuk dapatkan petai yang banyak. Alangkah sedihnya bila belah sebiji petai, ada seekor ulat. Uwaaa... banyak busuk rupanya. Saya terus rendam air garam. Rasanya dalam 1/4 juga lah yang tak elok. Terpaksalah saya potong yang rosak dan berlubang.

Untuk mengelakkan kerugian, inilah teknik perniagaan yang sering dibuat oleh peniaga. Nak jual yang papan, senang nampak rosaknya. Maka, sebagai alternatif... peniaga akan kopekkan biji daripada kulitnya. Wrap cantik-cantik, memang boleh letak harga mahal. Sebab, harga pasaran campur harga upah kopek.

Arissa: Baik kita beli dekat acik yang berniaga depan rumah tu ma...konpem-konpem petai dia fresh dan boleh pilih. 3 papan RM10 je mama.

Saya hanya terdiam. Tak nak kopek sangatkan... tak nak kuku kena getah petai konon...hihihi.. Sekali beli biji petai datang sekali dengan pakej ulat.

Hilang mood nak makan sambal petai
Nak snap ulat petai, geli la pulak,
Sharhanah

Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tahukah anda? Taman Botani Perdana adalah taman awam yang paling luas dan terbesar di Kuala Lumpur. Saya kerap ke sini daripada bujang sampailah dah tua bangka macam ni. Kalau dah duduk di hutan batu, mana lagi nak cari kawasan hijau atau "green lung" di kawasan bandar dan kawasan berkepadatan penduduk ni kan? 

Tahun 2013, pernah buat mini reunion di sini bersama kawan-kawan UiTM (women only) yang tinggal di lembah klang. Seronok anak-anak sebab ada taman permainan yang banyak untuk dipilih.

Taman awam ni fungsinya adalah untuk mengekalkan keperluan ruang hijau sebagai medium interaksi sosial, terapi dan ketenangan serta untuk tujuan rekreasi. Taman ni antara taman awam yang paling saya suka dan kerap datang.

Baru-baru ni, saya dan suami bawa sorang je anak ke sini. Sengaja nak bawa dia jalan-jalan masuk hutan. Lepas dia bermain di taman permainan, kami brisk walk pula sebab nak keluarkan peluh sambil menghirup udara segar.

Saya suka taman awam ni sebab rasa macam berada di dalam hutan hujan tropika.

Taman Botani Perdana dibahagikan kepada 9 zon utama yang merangkumi kawasan pokok hutan, kawasan pokok buah-buahan, kawasan konservatori, laman perdana, rumah permainan buluh serta taman-taman tema khas iaitu Taman Herba dan Rempah-ratus, Taman Haruman dan Laman Pengantin, Taman Rusa, Taman Etnobotani, Taman Orkid dan Taman Bunga Raya. 

Jom layan gambar... Gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang brisk walk.

Rasanya dia tua daripada sayaπŸ˜‹

Anda telah sampai.... Datanglah sekali ke sini untuk merasa berada di dalam hutan hujan tropika di tengah-tengah kota.

Lepas parking kereta, dia menuju ke sini dulu ok. Saya layankan aje. Sian dia, sorang-sorang pun ok.

Mama dulu-dulu panjat pokok...lagi best.

Ruffled Fan Palm

Dia dan pokok.

"Awak belum cukup besar untuk hidup sendirian"

 Pecah peluh.

Flaming Torch 

Pokok berusia lebih seratus tahun pun ada di sini. Keep walking...

Peace Lily

Parakeet Flower

Agak-agaklah nak sesat, atau tak tahan ke tandas... Boleh refer papan tanda arah ni ya. Waktu sampai di sini, dia ngadu lapar.

Laman Perdana. Bawa kasut roda atau papan luncur memang best.

Waktu ni hujan turun. Memang jadi tempat berteduh.

Jumpa juga pokok bunga yang saya minat.

View daripada bawah.... 

Cantik... 

Tunggu hujan reda... Lapar la pulak.

Cantik

Bunyi air di sini sangat menenangkan. Lepas makan, hujan pun berhenti. 

Tak tahu pula nama pokok ni.
Habis berjalan, jumpa playground lagi. Sakanlah nak main. Waktu ni semua permainan masih basah.

Syurga kanak-kanak 

Reti pulak nak balik...moh ler kita beransur pulang.

Jalan lurus, jalan yang benar menuju jalan pulang.
Tak habis pusing sebenarnya. Terpaksa balik disebabkan masa mencemburui. Lagi pula nak menyinggah pasaraya untuk beli barang dapur.

Sharhanah 

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...