Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saya merancang membawa keluarga (6 pax) menaiki Electric Train Service (ETS) memandangkan kami semua belum pernah merasai pengalaman menaiki pengangkutan awam tersebut. Ini masa terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi si bongsu yang membesar di zaman pandemik. Banyak masa dihabiskan di rumah dan saya jarang bawa dia bercuti.
Ya, kami akan ke Perlis Indera Kayangan. Negeri terkecil dan negeri paling hujung di utara Semenanjung Malaysia. Lagipun, anak-anak saya semua belum pernah menjejaki bumi Perlis. Suami setuju je.
Perkara pertama yang saya buat ialah mencari tarikh yang sesuai. Mohon cuti siap-siap untuk suami (menerusi sistem) dan isi borang online untuk majikan saya. Lepas tu, saya mencari-cari promosi oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM). Setakat google, memang jenuh nak jumpa. Perlu ke media sosial mereka.
Terjumpa posting KTM berkenaan promosi Travel Sama-Sama di Facebook. Apa lagi, saya membaca satu-satu terma dan syarat untuk melayakkan saya mendapat diskaun 25%. Elok sangatlah, kami lebih daripada 4 orang!
Cepat... dah ramai yang tempah |
Wah ada diskaun 25% tue . Welcome tue perlis .. Boleh tengok nature view aje lahhh kalau datang sini ..enjoyyy view kehijauan
ReplyDeleteDtg sini jejalan jgn lupa singgah view poin wang kelian , dusun nakawan (bfast) , warung tepi sawah (bfast), anjung keli (lunch), warung kak eta (lunch) , api2 ikan bakar (dinner), nyiru klasik (dinner)
Tmpt menarik
Tasoh lake, gua kelam, view point wang kelian, pdg besar, jambatan tunku syed putra. Kampung warna warni, bukit chabang
Enjoy your bacation .
Terima kasih Cik Cappuccino Latte. Saya akan masukkan dalam list. Aha, view bumi Perlis awesome. Mana nak dapat dekat lembah klang ni. Saya memang nak santai-santai je trip ni. Yang pastinya, rindu betul dengan suasananya, orangnya dan muka buminya.
DeleteMasa tgk promo ni di inbox hari tu... waaaa bestnya murahnya... selamat bercuti nnt ya
ReplyDeleteTerima kasih Kakmim.
DeleteWah menarik ni ...
ReplyDeleteTeringin juga nak bawa anak⁴ naik ETS ni...
Jom, marilah kita ambil kesempatan waktu promosi macam ni :D
Deleteteringin nak ke Perlis lg. Dulu cuma singgah di jeti Kuala Perlis masa nak pi Langkawi. Tu pun dah lama...thn 2005.
ReplyDeleteLama sangat dah tu Abam Kie. Kena pusing 1 Perlis, baru best.
DeleteWah..besnya..
ReplyDeleteSaya belum ada pengalaman naik ETS jauh2..
Siap ada diskaun tu
.menarik
Uncle pernah naik ets ni... tapi masa tu janggut hitam lagi.... hehehehe
ReplyDeleteUncle kena naik lagi ni...
Delete