Baru Dapat Beli Kad Touch N Go Dinaiktaraf Dengan NFC

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lamaaaaaaa sangat saya tunggu kad Touch n Go ni tau. Ke Kl Sentral, ke pejabatnya di Bangsar South... Jawapan sama yang diterima, SOLD OUT.

Nak beli dekat TNG eWallet pun asyik habis. Apa masalah ntah. Saya pun dah tak kisah sangat sebab dah pakai RFID. Cuma geram time nak ambil anak di Temerloh. Ada 1 tol yang masih belum ada RFID. Mau tak mau, kena top up di kaunter juga Mykad saya tu.

Minggu lepas, waktu nak reload eWallet tu... Saya perasan ada lambang "Buy" dekat TNG Card. Saya cuba lah menekan. Ya, dah available. 

Jadinya, saya pun membeli lah. Harga kad RM10 ditambah caj penghantaran RM4.90. Ingat saya dah merajuk.

Tapi bila dah fikir tol yang masih belum ada RFID tu, terus pejam mata, dan menekan untuk membeli. Saya sangat tak suka benda remeh-remeh ni bila nak keluar berjalan. Hidup di Lembah Klang ni, mana-mana pun ada tol. Tapi kebanyakan di sini dah ada laluan RFID.

Lagipun nak naik MRT/LRT, nak parking pun masih kena ada kad TNG ni haaa.. Masih berkira-kira lagi nak beli ke tak. Akhirnya, beli je la.

"Buy" terus tekan sebab nak sangat kan

Saya order, dalam 2 hari je kad ini dah sampai ke rumah. Mudah sungguh nak top up. Tak perlu lagi nak ke mana-mana kaunter. Suka hati nak top up bila atau di mana-mana je.

Kadnya ada di dalam

Kad ni dah macam kurang zat. Kad debit BigPay & MAE sangatlah cantik

Langkah demi langkah disediakan. Memang senang nak top up. Sentuh kad di bahagian belakang telefon je.

Mudah kan??? Semua mudah kalau berduit😆

Sharhanah 

Nasi Goreng Paling Mudah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Siap!

Pagi tadi agak sibuk di dapur. Dah la lapar. Bila tengok ada nasi sejuk, mulalah mencari idea. Apa yang paling senang? Nasi gorenglah.

Bahan-bahannya,

Sepinggan nasi sejuk (nasi tak habis semalam)

2 biji Telur ayam

1 ulas Bawang merah (hiris)

1 ulas Bawang putih (cincang)

1 batang Kacang panjang (potong pendek-pendek)

Separuh Lobak merah (potong dadu)

1 biji Cili padi (potong kecil - nak bagi rasa pedas-pedas sket)

1 sudu kecil garam

Lada sulah (agak-agak je)

Minyak masak

Caranya,

Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.

Tumis bawang merah. Kacau. Tumis bawang putih. 

Nampak garing, pecahkan telur. Masukkan lada sulah ke atas telur tadi.

Masukkan garam. Kacau.

Masukkan nasi sejuk. Kacau sehingga sebati. Jangan ada nasi yang masih berketul ya.

Masukkan lobak merah dan kacang panjang. Kuatkan api.

Goreng sehingga nampak garing dan sekata. Tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.


Buat rujukan anak-anak ku nanti, 

Sofea, Arissa, Hariz dan Zahra.

Sharhanah

Adab Dengan Mushaf Al-Quran

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Membaca Al-Quran merupakan ibadah yang sangat mulia bagi umat Muslim. Ada banyak keutamaan yang akan diperoleh umat Muslim jika rutin membaca Al-Quran.

Adab-adab ketika membawa mushaf Al-Quran

  • Berwudhu
  • Memegang mushaf Al-Quran dengan tangan kanan
  • Mengangkat mushaf Al-Quran sekurang-kurangnya selepas dada.
  • Berpakaian bersih dan menutup aurat
  • Menjaga Al-Quran dengan cermat

Adab-adab ketika membaca mushaf Al-Quran

  • Membaca dalam keadaan berwudhu dan menutup aurat
  • Memulakan bacaan dengan أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

“Aku berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk.”

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

"Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"

  • Memberi tumpuan ketika membaca
  • Membaca dengan bertajwid dan bertarannum
  • Sujud tilawah selepas membaca ayat yang disunatkan sujud
  • Mengambil iktibar daripada apa yang dibaca

Semoga bermanfaat!

Sharhanah

9 Tanda Yang Menunjukkan Anda Bijak Dengan Wang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Di bawah ini saya senaraikan 9 tanda yang menunjukkan seseorang itu memang bijak dalam menguruskan kewangan dalam kehidupannya.

  1. Anda mempunyai pendapatan yang stabil.
  2. Anda tahu berapa banyak wang yang anda telah gunakan.
  3. Anda boleh membayar bil-bil setiap bulan.
  4. Anda suka bersedekah.
  5. Anda mampu membeli apa yang anda mahu.
  6. Anda mempunyai tabung kecemasan.
  7. Anda merancang perkara yang utama.
  8. Anda menyimpan wang.
  9. Anda melabur untuk meningkatkan wang anda.
Anda mempunyai pendapatan yang stabil
Mereka yang mempunyai pekerjaan yang tetap dan usahawan yang mendapat keuntungan setiap bulan merupakan golongan yang tiada masalah dalam segi kewangan.

Anda tahu berapa banyak wang yang anda telah gunakan
Jika anda rajin mencatat perbelanjaan anda setiap bulan, anda akan tahu berapa banyak wang yang anda telah habiskan. Saya sendiri mengamalkannya sejak tahun 2020 sehingga sekarang. Nampak la duit tu pergi mana. Saya buat dalam Google Sheets, sangat mudah.

Anda boleh membayar bil-bil setiap bulan
Membayar bil-bil utiliti tanpa sebarang masalah dan dapat membayar hutang pinjaman tepat pada masanya.

Anda suka bersedekah
Ya, anda bukan sahaja bijak di dunia tetapi juga di akhirat. 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

Anda mampu membeli apa yang anda mahu
Nak apa semua dapat tanpa perlu meminjam kepada sesiapa.

Anda mempunyai tabung kecemasan
Tabungan yang sedia dikeluarkan pada bila-bila masa apabila berlaku sesuatu yang tidak disangka seperti bencana alam, kerosakan, kemalangan dan lain-lain.

Anda merancang perkara yang utama
Apa-apa yang melibatkan kewangan, anda suka merancang dan anda tahu risikonya.

Anda menyimpan wang
Anda mempunyai tabiat suka menyimpan wang. Ada banyak tabung mengikut kategori. 

Anda melabur untuk meningkatkan wang anda
Islamic Fixed Deposit,  Money Market, Bon & sukuk, Saham (Ekuiti), Unit trust, Exchange Traded Fund (ETF), Private Retirement Scheme (PRS), Hartanah, Emas, Crude palm oil futures (FCPO) & Crowdfunding / Peer to Peer (P2P)... banyaknyaaaaa!

Sumber foto: Pinterest


Sharhanah

Cara Keluarkan Simpanan KWSP Akaun 2 - Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (Kali Kedua )

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ini adalah permohonan kali ke-2 saya untuk Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Permohonan kali ini lebih mudah. Dibuat secara online tanpa perlu memuat naik apa-apa dokumen.

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP 

2. Klik Pengeluaran 

3. Klik Permohonan Baharu 

4. Pilih Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

 5. Pilih Jenis Institusi & Nama Institusi 

6. Klik Seterusnya & Terima 

7. Isikan maklumat yang diperlukan

8. Klik Seterusnya sehingga permohonan selesai.

Tadaaaa....

Dua hari je, dah lulus

Tiga hari selepas lulus, bayaran terus masuk ke akaun simpanan saya. Ya, Allah.. kemudahan ini sangat bermakna buat kami sekeluarga apabila terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu. 

Bila ada kemudahan ini, saya dapat membayar pinjaman perumahan tepat pada waktunya. Ia dapat mengelak daripada caj pembayaran lewat yang sangat membebankan. Nampak je sikit, tapi kalau darab dengan beberapa tahun... haaa...kira sendiri. Terus sakit hati.

Sudahlah kadar faedah yang tinggi, ditambah pula caj lewat. Tinggal berapa ratus Ringgit je untuk bayar prinsipal rumah. Patutlah slow betul baki nak menurun.

Pada tahun 2021, kerajaan memperkenalkan perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi dengan menawarkan kemudahan moratorium. Saya tak mohon dan tetap terus membayar pinjaman setiap bulan.

Kepada yang tiada masalah seperti saya, ada lagi jenis pengeluaran simpanan KWSP Akaun 2 yang boleh korang keluarkan. Mohonlah jika perlu.

Jenis Pengeluaran

  1. Beli/Bina Rumah
  2. Beli/Bina Rumah Kedua
  3. Pendidikan
  4. Haji (Ahli beragama Islam sahaja)
  5. Hilang Keupayaan
  6. Skim Pelaburan Ahli
  7. Meninggalkan Negara
  8. Kesihatan
  9. Pesara Pilihan
  10. Pekerja Berpencen
Semoga sedikit sebanyak membantu kita dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.

Sharhanah

Itinerari Trip Ke Turkiye - 9 Hari 7 Malam

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani 

Pengalaman berbelas jam di udara, 2 ribu kilometer di atas jalan raya, sejam berada di atas feri menyusuri Selat Bosphorus, sejam melihat keindahan matahari terbit di atas belon udara di Pamukkale dan sejam menaiki kereta kabel di Pier Lotti sangatlah berharga dan tidak mungkin saya lupakan.

Saya kongsikan itinerari trip ke Türkiye. Perjalanan ini agak memenatkan cuma bolehlah kalau ada yang ingin mencuba atau dijadikan sebagai rujukan.

HARI PERTAMA     KUALA LUMPUR - TRANSIT MUSCAT - ISTANBUL

Golden Way Hotel


HARI KEDUA      ISTANBUL - BURSA

Tempat lawatan: Bosphorus Cruise/Blue Mosque/Hagia Sophia/Hippodrome

Kirci Hotel

HARI KETIGA          BURSA - KUSADASI

Tempat lawatan: Turkish Delight/Uludag Ski Centre by cable car/Grand Moque

 Belmare Hotel

HARI KEEMPAT      KUSADASI - PAMUKKALE

Tempat lawatan: Leather Fashion Show/Ephesus/Hierapolis & Cotton Castle

Herakles Hotel

HARI KELIMA       PAMUKKALE - CAPPADOCIA

Tempat lawatan/Aktiviti: Sunrise - Hot Ballon/Textile Fabric

Buyuk Avanos Hotel

HARI KEENAM       CAPPADOCIA - BOLU

Tempat lawatan: Pegion Valley/Onyx Jewelery/Uchisar Castle/Turkish Carpet/Underground City/Seramic Fabric

The Sign Hotel

HARI KETUJUH      BOLU - ISTANBUL

Tempat lawatan: Camlica Mosque

Golden Way Hotel

HARI KELAPAN      ISTANBUL

Tempat lawatan:  Eyup Sultan Mosque/Pier Lotti/Grand Bazaar/Spice Bazaar

HARI KESEMBILAN       ISTANBUL - MUSCAT - KUALA LUMPUR

Berangan trip ke Balkan pula. Singgah bahagian Black Sea di Turkiye. Entah bila...

Sharhanah

Ikuti kisah saya di Turkiye;

Cantiknya Turkiye!

Trip ke Turkiye - Bahagian Pengenalan

Trip Turkiye - Day 1: KUL - MCT - IST

Adab-Adab Ketika Makan Dan Minum

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Posting yang lepas, saya ada senaraikan adab-adab makan dan minum. Sekarang, adab ketika makan dan minum pula. Islam mengajar cara hidup yang lengkap dan komprehensif yang membawa kepada cara hidup yang seimbang. Ini baru bab makan okay, belum bab-bab yang lain. 

Adab-adab ketika makan dan minum ialah;

  1. Mengutamakan orang yang lebih tua
  2. Jangan gelojoh ketika makan dan minum
  3. Menggunakan tangan kanan ketika makan
  4. Didahulukan mengambil makanan yang terdekat
  5. Jangan bercakap perkara-perkara tidak elok, kotor dan jijik
  6. Jangan mencaci makanan yang dihidangkan
Mengutamakan orang yang lebih tua
Contoh dalam situasi biasa apabila makan bersama keluarga. Nampak indah bila ibu bapa mengambil makanan terlebih dahulu dan membantu mencedok ke pinggan anak-anak yang masih kecil. Anak yang besar pula mengambil lauk selepas giliran ibu bapa.

Jangan gelojoh ketika makan dan minum
Cubalah makan atau minum dengan perlahan-lahan walaupun dalam keadaan terlampau lapar atau dahaga. Ada yang gelojoh disebabkan mahu mengejar masa. 

Gelojoh boleh menyebabkan senak. Sebab? Kurang mengunyah. Ia boleh menyebabkan perut kembung dan keras. Kita boleh lihat gejala ni sejurus selepas makan. Dalam kes-kes yang teruk, boleh terjadinya pedih ulu hati dan susah bernafas. Fuh!

Menggunakan tangan kanan ketika makan
Ada yang kidal. Tetapi waktu makan, masih boleh makan menggunakan tangan kanan. Saya ada kawan kidal. Okey je dia makan nasi guna tangan kanan. Hebat orang kidal ni.

Didahulukan mengambil makanan yang terdekat
Mentang-mentanglah lauk kesukaan kita terletak nun dihujung meja, disebabkan takut habis, terus nak sambar! Sabar... dahulukan makanan yang dekat dulu yer.

Jangan bercakap perkara-perkara tidak elok, kotor dan jijik
Seeloknya, diam ketika makan. Barulah terhindar daripada bercakap perkara-perkara yang tidak disukai.

Jangan mencaci makanan yang dihidangkan
Kita sebagai muslim perlu redha dengan rezeki dan makanan yang ada.  Kalau tak sedap ke, kurang rasa ke... cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya. Jangan pula dicela makanan tu. 


Tudiaaaa... meriah aih

NOTA

Doa Selepas Makan Dan Minum

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِيْنَ
"Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami daripada kalangan orang-orang Islam."

Bacaan jika terlupa membaca Bismillah sebelum makan dan minum

 بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
"Dengan nama Allah diawalnya dan diakhirnya"

Jangan makan dan minum terlalu banyak yer. Makan berlebihan tidak hanya berpotensi meningkatkan berat badan, tetapi juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan dan mental.

Orang kampung saya kata, you are what you eat.

Sharhanah

Pagi Yang Tenang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pagi semalam, selepas anak-anak semua ke sekolah, saya mengambil kesempatan bersarapan pagi di luar bersama suami. Sebulan sekali, ada la mood swing. Hormon tak stabil. Semua malas! Ekekeke.

Seminggu sekali je kami dapat keluar bersama. Al-maklumlah, masing-masing cuti sehari je dalam seminggu. Kesian kan? Selepas makan, kami ke empangan. Tempat di mana suami suka memancing.

Tujuan utama bukan datang untuk memancing pun. Saya nak melayan pemandangan dan suasana je. Seminggu terperuk di rumah, rasa lemau. Seronok aih dapat berjalan berdua di luar.

Apa yang saya dapat? Saya dapat keluarkan peluh, segarkan mata, hirup udara segar, ketenangan, mendengar kicauan burung, bunyi unggas dan deruan angin pagi. Aduh, jatuh cinta!

Antara memori yang sempat dirakam;

Pemandangan empangan dari atas jalan raya

Pantulan air tasik menghasilkan pemandangan refleksi.

Kelulut menghisap madu.

Rama-rama cantik!

Semut dan lebah.

Pokok yang condong ke dalam tasik.

Pemandangan dari tempat memancing.

Daun hijau yang masih punyai embun.


Seekor semut melata di batang pokok.

Pagi tu, saya nampak setiap pokok bunga liar akan ada seekor atau dua lebah/serangga di atasnya. Masing-masing mencari rezeki.

Begitu juga burung-burung yang berterbangan. Semua sibuk dengan rezeki untuk hari itu. 

Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki? (An-Naba' 78:11)

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya... (Hud 11:6) 

Saya tersentak. Indahnya aturan Allah. Kenapalah manusia takut benar jika tiada rezeki?

Dalam pukul 10.30 pagi, saya dan suami pun beredar untuk pulang semula ke rumah. Menyambung kerja-kerja hakiki yang terbengkalai sebelum anak bongsu kembali dari sekolah.

Sharhanah

Adab Makan Dan Minum

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari ini nak buat posting berkenaan dengan asas adab-adab sebelum makan dan minum. Nampak macam biasa je kan, tapi eloklah diajar ketika anak-anak masih kecil lagi. Biar jadi amalan sehingga dewasa kelak.

Adab-adab makan dan minum:

  1. Membasuh tangan hingga bersih
  2. Membaca doa makan
  3. Duduk dengan tertib dan menghadap makanan dengan tenang
  4. Berpakaian bersih dan kemas
Membasuh tangan hingga bersih

Sediakan sekali sabun untuk mencuci tangan berhampiran dengan sinki. Mudah juga untuk anak-anak menggunakannya. Sejak pandemik 2020-2022, rasanya ramai dah ambil kisah pasal ini. 

Membaca doa makan

Allah sangat suka kita meminta pada-Nya. Dengan membaca doa dapat menambah keberkatan atas apa yang dimakan dan terhindar dari bahaya yang akan terjadi. Selain itu, doa tersebut juga merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita semua.

“Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka”

Duduk dengan tertib dan menghadap makanan dengan tenang

Duduklah dengan cara yang baik dan sopan di hadapan rezeki walaupun makan sorang-sorang. Kalau lapar sangat, janganlah gelojoh semasa makan. Cuba kunyah makanan secara tenang dan telan perlahan-lahan. Ambillah makanan yang paling hampir dengan kita dulu, baru ambil yang jauh.

Berpakaian bersih dan kemas

Eh, depan makanan pun perlu berpakaian kemas-kemas ke? Perlu la. Ini namanya ADAB. Tanda kita menyukuri nikmat rezeki di depan mata. 

Kita digalakkan beradab kerana ia mencerminkan perwatakan sebenar kita. Orang beradab lebih disukai dan disenangi ramai orang. Percayalah, orang yang tinggi ilmunya, kalau tak beradab... sapa-sapa pun tak suka!

Hidangan tengah hari suami isteri... Ada urusan diluar terpaksa beli. Dalam bekas plastik tu nak bawak balik untuk lauk anak-anak. Yang berbungkus tu, nasi untuk kami berkongsi berdua.

Nanti saya akan senaraikan adab-adab ketika makan dan minum pula ya. Tunggu.

Sharhanah

Nasi Goreng Lagenda

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Maal Hijrah 1445H.

Teringat mak buat nasi goreng zaman saya kanak-kanak. Sedap betul. Walhal, ada cili kering, bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan je pun. Bahan lain, isi ikan goreng yang tak habis, telur ayam dan sedikit minyak untuk menggoreng.

Saya, kalau dah keluarkan lesung batu tu... Maksudnya tengah mood rajin nak masak🤭.

Bahan-bahan yang saya senaraikan di atas tu perlu tumbuk sehingga lumat. Lepas tu panaskan minyak untuk menumis. Tumis sampai garing dan perasakan dengan garam.

Masukkan isi ikan goreng dan 2 butir telur. Tunggu sebentar, baru masukkan nasi putih. Haa... Apalagi, besarkan api sedikit dan mulalah menggoreng. Biar nasi tu nampak garing dan sekata semua, barulah tutup api.

Tadaaaa.... 

Saja letak ayam goreng sebagai umpan untuk  anak-anak.

Pagi 1 Muharam yang mendung,

Sharhanah

Permohonan Balik Baki Kad Touch 'n Go

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

April lalu saya ada memohon untuk mendapatkan semula baki kad Touch 'n Go (TNG) yang telah tamat tempoh. Saya buat dalam portal TNG je.

Tak lama selepas tu, saya terima emel untuk memuat turun beberapa dokumen sokongan untuk tujuan pengesahan. 

Dokumen agak renyah, lagi-lagi kalau siapa yang kehilangan kad TNG. Auto lemah dan malas nak mohon. Saya ni pun sebab kad tu masih ada dengan saya lagi. Tu yang buat juga. (Kad TNG gambar saya teman anak lelaki yang sedang ambil Nebulizer di klinik kesihatan) Rare kan? Suami la yang tempah kad TNG pakai gambar tu. Takde gambar lain ke???😵

Ada beberapa perkara yang perlu dibuat;

1. Gambar selfie dengan Mykad

2. Gambar kad TNG yang telah tamat tempoh (kalau hilang, perlu muat turun laporan polis)

3. Maklumat bank


Agak lama juga lah prosesnya sebab saya tak perasan pula ada emel masuk. Bila dah submit semua, akan terima emel memberitahu yang proses pemulangan balik mengambil masa 14 hari dan tidak lebih daripada 30 hari.



20 hari macam tu, akhirnya permohonan saya telah berjaya. Walaupun jumlah pemulangan tak banyak, tetapi bolehlah buat duit makan tengahari.😅

O


Tengah sabar menunggu WTD pula. Orang penyabar memang macam ni eh?🤔

Sharhanah

OneNote - Nota Yang Lebih Tersusun Dan Mudah Dicari

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sudah lama saya menggunakan aplikasi OneNote dalam telefon pintar saya. Ia banyak membantu dalam kerja seharian. Saya suka sebab dalam 1 nota ada banyak seksyen dan halaman. Mudah betul nak cari.

Ia sebenarnya aplikasi pengambilan nota digital yang menyediakan satu tempat untuk menyimpan semua nota, penyelidikan, pelan dan maklumat. Semua yang kita perlu ingat dan uruskan dalam kehidupan di rumah, tempat kerja atau sekolah.

Selalunya saya simpan resipi, doa, pendidikan anak-anak, catatan harian dan satu-satu perjalanan. Siap boleh lukis dan tinggalkan rekod suara. Lagi best kalau boleh letak video macam aplikasi Freeform tu.

Macam saya buat sekarang ni, membaca doa-doa yang sudah disusun ketika sebelum tidur. Nak hafal tua-tua ni, memang lambat. Saya jadikan amalan. Lama kelamaan, kita boleh membaca tanpa melihat nota. 

Nota saya untuk seksyen DOA

Alhamdulillah... wirid lepas solat tak perlu tengok nota dah. Banyak lagi yang perlu saya amalkan. Hari-hari kena buat secara istiqamah. Baru mudah masuk ke dalam minda. 

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan OneNote ni. Lagi-lagi kalau dalam satu-satu organisasi. Masing-masing boleh berkolaborasi berkongsi idea dalam satu halaman.

😏 Saya masih dalam proses menghasilkan nota pelajaran untuk bacaan anak-anak menggunakan aplikasi ini. Susahnya nak cari masa yang betul-betul boleh fokus. Huhuhu. Doakan saya.

Sharhanah

Berminat nak cuba? Imbas di sini.




Cara Aktifkan Kad Debit Untuk Pembelian Dalam Talian (eCommerce)

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya kerap kali menerima aduan daripada pelanggan yang tidak dapat membuat pembayaran menerusi kad  debit mereka ketika membuat transaksi pembelian dalam talian. Kebanyakannya masalah disebabkan oleh tidak mengaktifkan kad debit untuk transaksi tersebut.


Di bawah adalah langkah demi langkah cara untuk aktifkan;


1. Log in via www.maybank2u.com.my.

2. Go to your 'Settings'. (Tekan butang profil, paling atas sebelah kanan) 





3. Click on 'Cards'.

4. Click 'Manage Debit Cards'.

5. Click 'Debit Card E-Commerce Activation'.

6. Click 'Activate'.



Masalah lain ialah tidak menetapkan had yang sewajarnya bila memerlukan pembayaran lebih daripada yang sepatutnya. Yang paling win, baki tidak mencukupi. Memang saya tak dapat nak bantu la😅


Sharhanah


Bila Bajet Bulanan Tak Cukup!

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Bulan ni, terasa betul duit kurang. Rupanya ada 2 sumber kewangan mengalami masalah. Syukur saya masih ada 2 pendapatan tetap.

Bukan masalah tu je,  ditambah pula kereta minta tukar tayar, minta tukar steering rack. Al-maklumlah, umur dah 11 tahun. Minta dibelai dan disayangi pula. Terbang dalam RM1.2K.

Maka, terpaksalah pecah salah satu tabung online (kecemasan).

Inilah kelebihan menyimpan duit di tabung online. Entrinya ada di SINI. Tak perlu nak meminjam pada adik-beradik, saudara-mara atau kawan-kawan. Cukuplah kita susah sendiri tanpa kacau duit orang lain.

Alhamdulillah, tak pernah berhutang dengan orang melainkan dengan bank😅

Sharhanah

BELI TIKET ETS TANPA TUNAI - DISKAUN 25%!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya merancang membawa keluarga (6 pax) menaiki Electric Train Service (ETS) memandangkan kami semua belum pernah merasai pengalaman menaiki pengangkutan awam tersebut. Ini masa terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi si bongsu yang membesar di zaman pandemik. Banyak masa dihabiskan di rumah dan saya jarang bawa dia bercuti.

Ya, kami akan ke Perlis Indera Kayangan. Negeri terkecil dan negeri paling hujung di utara Semenanjung Malaysia. Lagipun, anak-anak saya semua belum pernah menjejaki bumi Perlis. Suami setuju je.

Perkara pertama yang saya buat ialah mencari tarikh yang sesuai. Mohon cuti siap-siap untuk suami (menerusi sistem) dan isi borang online untuk majikan saya. Lepas tu, saya mencari-cari promosi oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM). Setakat google, memang jenuh nak jumpa. Perlu ke media sosial mereka.

Terjumpa posting KTM berkenaan promosi Travel Sama-Sama di Facebook. Apa lagi, saya membaca satu-satu terma dan syarat untuk melayakkan saya mendapat diskaun 25%. Elok sangatlah, kami lebih daripada 4 orang! 


Cepat... dah ramai yang tempah

Alhamdulillah, dah selamat membeli. Caranya sangat mudah. Jangan lupa masukkan Kod Promo sebelum membuat pembayaran ya. Contoh; nak pergi bulan Disember, masukkan TRAVEL12SAMASAMA. Kalau bulan Ogos, masukkan TRAVEL8SAMASAMA.

Sekarang ni saya sibuk mencari kereta sewa, penginapan dan tempat-tempat menarik di sana. Kalau ada sesiapa yang boleh cadangkan, sila komen ya. Terima kasih siap-siap :)

Saya yang dah berbelas tahun tak jejak Perthlis,

Sharhanah


Update terkini: 50% diskaun untuk bulan Julai. Pemberian diskaun melibatkan tarikh-tarikh tertentu khusus bagi tiket kategori dewasa dengan menggunakan kod promo mengikut tarikh iaitu pada 11 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY11), 12 Julai (TRAVELLOKALJULY12), 13 Julai (TRAVELLOKALJULY13), 18 Julai (TRAVELLOKALJULY18).

Bagi tarikh 19 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY19), 20 Julai (TRAVELLOKALJULY20), 25 Julai (TRAVELLOKALJULY25), 26 Julai (TRAVELLOKALJULY26) dan 27 Julai (TRAVELLOKALJULY27).

Mengurangkan Baki Pinjaman Perumahan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, saya dan suami ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan. Tujuannya, tidak lain tidak bukan untuk mengeluarkan wang simpanan Akaun 2.

Ini adalah kali ke-2 pengeluaran daripada akaun tersebut. Pertama akaun saya, dan sekarang akaun suami pula.

Kenapa saya nak cepat habiskan baki perumahan? Sebab saya penat membayar bunga. Bila tengok penyata, 2/5 sahaja wang bayaran saya ditolak untuk baki pinjaman. 3/5 pergi dekat bunga. Rasa penat dan rasa nak menangis bila tengok baki. Tak luak-luak pun. Begitulah, perjanjian yang perlu kita ikut.

Saya hanya ada pinjaman perumahan. Tiada hutang lain. Maka, saya dan suami bercadang untuk mengurangkan baki pinjaman dengan menggunakan kemudahan yang disediakan.

Baki hutang pinjaman perumahan tinggal 50k selepas ini. Alhamdulillah. Saya beria-ria nak bayar semua guna wang simpanan saya sendiri. Tapi, saya tak berani disebabkan ekonomi sekarang teruk. Melabur dalam unit trust pun, sedih... asyik rugi je (merah sokmo). Pelaburan dalam emas, belum membuahkan hasil keuntungan. Huhuhu. Perlu ada simpanan untuk kecemasan. Mana tau, suami hilang pekerjaan.

Rupanya sekarang ni, tak perlu ke pejabat KWSP. Boleh mohon secara online je. (Laaaa... buat penat je ke sana). Kurang dalam 7 hari iaitu mohon Jumaat, Rabu dapat notifikasi untuk pengesahan cap jari di kaunter KWSP. Kalau saya yang dah pernah mohon, tak perlu lagi dah untuk pengesahan tersebut.

Rumah suami (waktu bujang, dia beli rumah lelong secara tunai), kami sewakan sejak beli rumah ke-2 ni. Duit yang kami dapat itulah kami simpan memandangkan gaji bulanan kami berdua yang sedikit. Hasilnya? saya dapat habiskan bayaran pinjaman kereta 2 tahun lebih awal (2018) dan dapat menunaikan umrah (2020). 

Doakan saya cepat habiskan hutang perumahan ini.

Sharhanah

Resipi Koey Teow Goreng

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya ni, asalnya tak pandai masak pun. Bila masak je, rasa tak sedap. Bila dah jadi isteri, baru kalut nak belajar. Selalunya akan telefon mak di kampung. Kalau mak sibuk, saya akan google je. Awal 2000-an payah betul nak ada internet. Almaklumlah, pakai Nokia N73. Mahal kemain kalau guna data. Pakej internet pun belum ada lagi.

Terima kasih blogger yang rajin buat posting resipi. Saya pandai memasak sekarang pun disebabkan kerap google resipi orang. Alhamdulillah, semoga kalian mendapat pahala berpanjangan. 

Petang semalam, selepas restock aiskrim Malaysia perut saya lapar sangat. Nampak ada sebungkus koey teow. Apalagi, bersilat lagi di dapur. 

Anak-anak balik sekolah petang. Semua puji kata sedap. Rating 10 katanya! Perghhh 🤔🤔🤔

Koey Teow Goreng

Bahan-bahannya,

1 bungkus koey teow (saya cuci dengan alirkan air di dalam penapis sambil selawat ke atas Nabi)

3 ulas bawang merah - ditumbuk halus

2 ulas bawang putih - ditumbuk halus

2 tangkai cili kering - rendam dalam air panas, lepas tu baru tumbuk halus

3 sudu sos cili

1 sudu sos tiram

2 sudu sos tomato

2 sudu sos ikan

4 sudu kicap

1 mangkuk kecil udang  (buang semua kulit)

Separuh lobak merah - sagat halus

1 tangkai Cili hijau - potong bulat-bulat

1 biji telur ayam - pecah dan pukul manja. Letak sedikit lada sulah.

5 sudu minyak masak

1 sudu garam halus

Bawang goreng - untuk rasa yang ranggup

Cara-caranya,

1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan sos ikan sehingga nampak pecah minyak.

3. Masukkan udang. Kacau sebentar.

4. Masukkan sedikit garam. Kacau sebentar.

5. Masukkan koey teow. Kacau sehingga sekata (tung tang tung tang) Boleh besarkan api yer. Buat ruang kosong di tepi kuali.

6. Masukkan telur ayam. Nampak separuh masak, baru gaulkan koey teow dengan telur. 

7. Masukkan lobak merah dan cili hijau. Kacau sekejap je. Tutup api.

8. Tabur bawang goreng. Siap.dihidang.

Tadaaaa....

Takde kerang pun... Tauge pun takde. Tapi sedap tau.

Memasak ni kan, kalau bahan remeh-remeh tak cukup jangan la risau. Gantikan atau tak payah letak pun takpe. Yang penting bahan paling utama perlu ada. Contoh koey teow. Takde dia, takde la nama resipi seperti di atas🤭

Maka, jangan takut mencuba. Hari-hari memasak, Insha-Allah, akan pandai juga. Walaupun tak sehebat chef, anak-anak pasti akan merindui masakan air tangan ibu. Suami? Apatah lagi.

Saya perasan, lagi simple bahan, lagi sedap rasanya. Ada yang setuju tak??? (Ke saya malas nak ke kedai) 🤔 

Sharhanah

Hanya Pokok Bunga Jarum Sahaja, Tanaman Hiasan Di Rumah Saya

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hobi saya semasa kecil ialah menanam pokok bunga. Mungkin, terikut-ikut ayah sebab ayah saya adalah seorang pekebun. Kebun ayah besar dan pelbagai tanaman yang ditanamnya di atas sebidang tanah.

Ayah tanam pokok seperti kacang panjang, kacang tanah, tembikai bulat, tembikai hitam, timun, terung, labu... pokok durian kahwin, jambu madu, mangga harum manis.. itu sahaja yang saya ingat.

Saya pernah tanam pokok bunga mawar menggunakan keratan batang. Begitu juga dengan pokok bunga kertas. Pokok kaktus pun saya tanam. Tanah di kampung sangat subur. Pokok jarum di kampung, tinggi dan rimbun. Dah tak jumpa pokok macam tu. Sekarang ni semua renek-renek je.

Keliling rumah ada pokok pala. Ada pokok rambutan yang telah dikahwinkan, pelbagai jenis pokok durian, cempedak, pokok duku langsat dan pokok limau.

Sekarang? Sejak berumahtangga... saya mampu tanam pokok bunga jarum je. 

Saya beli 10 anak pokok bunga jarum dalam polybag. Empat warna (merah, putih, kuning dan merah jambu) di nursery berdekatan dengan rumah.

Nama pokok jarum ni rupanya nama Ixora. Pokok ini renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Saya tanam pokok ini untuk dijadikan tanaman pagar. Al-maklumlah, rumah takde pagar.

Ada 2 jenis iaitu Ixora Jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia manakala Ixora coccinea berasal dari Hindia Timur. Warna bunga untuk kedua-dua spesiss ialah merah, jingga, kuning dan merah jambu.

Nah! Saya sertakan gambar. 

Warna kuning

Warna merah

Sayangnya, pokok jarum warna putih dan merah jambu dah mati. Pokok jenis warna tu rasanya tak tahan lasak. Yang tinggal merah dan kuning je.

Saya tak pasti, samada saya masih berminat lagi ke tak untuk berbudi pada tanah. Segan nak keluar sebab kawasan perumahan saya jenis terbuka. Jiran kiri kanan, depan belakang ada. Kalau rumah jenis berpagar tinggi dan ada tanah luas, mungkin saya akan jadi petani kecil-kecilan. Habuan menanam untuk sumber makanan harian.

Sharhanah

SIFAT SUKA MENGHITUNG-HITUNG REZEKI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada hemat kita, sifat suka menghitung-hitung rezeki nampak macam biasa. Rupanya, sifat Mazmumah ini tidak disukai oleh Allah (SWT). Ia adalah perbuatan yang berdosa.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Nahl 16:18)

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim 14:34)

Kalau kita rasa kita ada sifat ini, kita tak tahu, terlajak perbuatan... maka beristighfarlah. Sebab itu Allah (SWT) menyatakan sunguh-sungguh, Allah (SWT) Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Kita sebagai hamba-Nya patut bersyukur bukan asyik mengira berapa banyak nikmat dan rezeki yang Allah (SWT) telah berikan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?(Ar-Rahmaan 55:13)

Kita perlu faham sehingga ke kalbu tadabbur ayat-ayat Al-Quran ini. Allah menempelak orang yang mengira-ngira rezeki atau nikmat yang diberi. Tidak cukup??? Apatah lagi hamba-Nya memang tidak mampu pun menghitung pemberian Allah (SWT).

Pernahkah kita merasai situasi dimana orang yang rapat dengan kita atau siapa-siapa yang kita kenal kerap betul meminta-minta. Kali pertama, okey... kali ke-2, boleh lagi... kali ke-3, rasa semacam je.

Ya, kita manusia. Kita akan berasa marah kepada mereka yang kerap meminta-minta. Sebab sifat kita bukan Maha Memberi. Berbeza pula dengan Allah (SWT). Berasa murka kepada mereka yang tidak meminta kepada-Nya.

Justeru, mintalah dengan Allah (SWT) supaya merasa cukup dan syukur dengan segala nikmat yang telah diberikan. Sesungguhnya sifat Qanaah, rasa cukup dan redha merupakan sifat Mahmudah (terpuji).

Rasa cukup dan redha,

Sharhanah


Pokok-pokok ratusan tahun yang terdapat di Taman Botani Pulau Pinang

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sahaja saya sekeluarga balik ke kampung. Al-maklumlah, kena kira cuti suami, cuti sekolah dan bajet juga. Kalau saya, Insha-Allah, kerja secara remote ni... saya mampu bekerja di mana-mana sahaja. Cuma kena pastikan, ada capaian internet.

Anak-anaklah yang paling seronok kalau balik kampung. Cuma mereka tak suka duduk dalam kereta lama-lama. Duduk di kampung, mereka bebas. Dah tak hairan dah dengan bebelan saya ni. Lagi pula, mak dan ayah saya masih ada. Nak bebel lebih-lebih pula dekat anak-anak, takut Tok dan Tok Wan terasa hati. Layankan je la. Bukan selalu balik.

Tarzan.... Anak lelaki saya kalau balik kampung

Musim buah durian pun kami tak dapat balik. Tengok adik beradik dan saudara mara pula naikkan posting di media sosial. Haaaa... tak boleh jadi ni. Saya dan suami ke Cheras mencari durian malam tu juga. Makan tak puas pun, beli sekadar melepaskan rindu.

Dengar kata, musim dah nak habis. Mak beritahu saya yang dia simpankan isi durian di dalam freezer untuk saya sekeluarga. Lagi sedap. Macam makan aiskrim dalam bekas plastik. Sejuk-sejuk ditambah dengan rasa yang lemak berkrim.

Keluarga saya, anak sulung je yang tak suka sangat durian. Elok sangatlah. Bahagian dia, bagi dekat hantu durian ni. Insha-Allah, kami akan balik ke kampung waktu kenduri anak buah nanti. Cuti dah lama pohon. Doakan dimudahkan urusan kami nanti.

Sekarang dah lain banyak kampung tu, saya merindu zaman 90-an.

Sharhanah

Lirik Lagu : It's Not You

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

It's Not You
In my life, in my mind
Where I make up stories all the time
And I pretend that I am not someone
Left to face the world alone
Lately I'm not the same
I've found a stranger calling out my name
Have a feeling you would be so proud
And he's gon' need me now
But he's not you
He's not you
He will never be you
Photobook with my mistakes
Promises that we never got to make
All the things I wanna talk about
Hard to say it to myself
Wintertime, once again
In the snow I can see just where I've been
How far I've made it in the world so cold
Where I have everything
But he's not you
He's not you
He will never be you
But he's not you
He's not you
He will never be you
Source: Musixmatch
Meredah hujan pagi bersama suami

Sharhanah

⚠️𝐃𝐢𝐬𝐜𝐥𝐚𝐢𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post 🥕

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...