Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan lagi coretan perjalanan secara terperinci di dalam Google Slide untuk simpanan peribadi dek kekangan masa. Namun, saya tetap ingin berkongsi di blog secara ringkas. Tetapi jangan jemu pula melayan gambar-gambar terpilih sepanjang saya di sana. Laluan trip saya ISTANBUL - BURSA - KUSADASI - PAMUKKALE - CAPPADOCIA - BOLU - ISTANBUL (lebih kurang 2,000 KM) Rasanya, rata-rata penulis di blog sudah banyak berkongsi mengenai sejarah Turkiye. Kisah perjalanan dari satu tempat ke suatu tempat dan daya tarikan yang ada. Kalau nak details, boleh Google. Padanlah saya yang sibuk ni, mampu setakat ringkasan. Disebabkan saya pergi dengan agensi pelancongan, maka... ikut je lah apa yang telah diaturkan dalam itinerary. Saya nak cerita satu per satu, rasa sama je. Siang melawat, malam check-in hotel, pukul 8 pagi check-out, teruskan ke destinasi berikutnya. Ulang

Trip Turkiye - Day 1: KUL - MCT - IST

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Pemandangan Istanbul waktu malam dari tingkap kapal terbang Sinopsis hari pertama adalah perjalanan bermula pada pukul 10.20 pagi dari KLIA dan tiba di IST pada pukul 7.20 malam waktu tempatan. Bermakna, 12 jam penerbangan. Transit di Airport Muscat (2.10-2.45 petang waktu tempatan) sekejap sangat (sempat pergi tandas je) disebabkan penerbangan dari KLIA lewat setengah jam daripada jadual penerbangan asal. Bagai anak ayam kehilangan ibu (pertama kali saya merasa transit, tidak pada ahli kumpulan yang lain), follow direction yang telah diberi awal sehari oleh ketua kumpulan di dalam group WhatsApp. Beliau telah sampai 3 hari awal disebabkan penuh, dan menunggu kami di IST. Makan dalam penerbangan Oman Air 3 kali je. Berbeza naik Saudia Airlines. Penerbangan 6 - 7 jam pun dapat makan dalam 5 kali. Mewah betul. Kami sampai di IST dalam pukul 7.30 petang waktu tempatan. Awalnya blur juga, sebab timing dekat telefon dah pukul 12.30 te