Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

Mangsa Banjir Lari Balik Kampung

Malam ke-2 pun kami terpaksa tidur di rumah jiran memandangkan kerja pembersihan rumah belum siap. Rupanya, bukan senang nak membersih. Banyak lagi yang belum siap. Baru dapat kumpul pakaian 6 plastik XXL yang perlu dibersihkan. Nak ke dobi berdekatan, semua tak boleh pakai. Out of service. Patah hati. Lagi pula hari ke-3 bekalan air tiada. Dengar kata loji dibersihkan. Sudah. Mati akal nak buat keje mencuci. Hanya tinggal air dalam tangki jer. Kena lah berjimat. Kami hanya dapat bersihkan satu jer bilik anak untuk dibuat tidur. Ada sedikit ruang di ruang tamu yang agak bersih. Bolehlah buat tempat tidur dan solat. Suami cuti 10 hari  untuk habiskan cuti tahunan sebab nak balik kampung. Sejak dah boleh rentas negeri, kami simpan jer hasrat nak jenguk mak ayah. Nak tunggu hujung tahun, baru dapat kumpul cuti.. Sebab suami bukan senang-senang boleh apply cuti sesuka hati. Mula tu macam tak jadi balik jer, dah la kena hadap banjir. Macam kebetulan pula suami tengah cuti benda ni nak jadi.

Banyak Perabot Serbuk Kayu Rosak

Dalam pukul 12 tengahari, air banjir surut.  Alhamdulillah... Kami dah bersiap-siap nak balik ke rumah. Semua teruja. Salah satunya, anak-anak nak turun nak main air banjir. Memang saya tak kasi lah. Sebab air banjir sangat kotor. Anak-anak mengintai dari tingkap Masa kami turun dari rumah jiran, air paras paha. Habis barang jiran yang letak di bawah bergelimpangan. Terfikir macam manalah rumah kami pula. Kami sekeluarga meranduk air banjir. Keadaan air banjir yang berminyak dengan warna teh susu membuatkan saya terfikir lagi. Habislah... Kena baju jenuh nak menyental. Sejuk betul air banjir ni. Ingatkan dah tengahari air akan rasa suam macam air lautπŸ˜…. Punyalah tak pernah merasai air banjir. Macam manalah mangsa yang tak dapat berpindah, menunggu bantuan dalam keadaan macam ni. Allahhu. Kami sampai di rumah, bot ada di tepi. Itu pun, ramai jer budak-budak yang naik main. Kemain nakal derang yer. Punyalah happy main air banjir. Hurmmm... Pintu nak masuk rumah pun tak boleh buka. Rupan

Gelisah

Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Memang tidur-tidur ayam je. Saya menjenguk ke luar jendela, melihat keadaan rumah kami. Tiada tanda air banjir nak surut pun. Sorang-sorang anak saya bangun. Semua tak mampu nak tidur nyenyak. Akhirnya, nampak suami depan rumah kami. Tengah menyembang dengan jiran sebelah. Saya apalagi, cari nombor contact dalam group WhatsApps dan terus call jiran tersebut. Saya minta nak cakap dengan suami. Waktu tu dah lega sangat. Suami masuk ke rumah ambil telefon bisnes yang tertinggal. Maka, senanglah kami nak berhubung nanti. Lebih kurang sejam kemudian, hujan masih turun. Ya, Allah... Paras air semakin meningkat. Banyak kereta yang tenggelam berbunyi tanpa henti. Memang teruslah tak boleh tidur. Jiran bangun dan mengatakan kalau air masih naik, kami terpaksa minta bantuan. Paras air banjir dah paras pinggang. Saya dah mula panik. Sah! PC, tilam, TV, buku2, peti sejuk, mesin basuh di rumah dah tenggelam!  Bila panik, terus sakit perut.  Kak June dah bangun dan

Jiran Yang Baik

Dalam kepala masih berfikir, air paras mana yer nak kena selamatkan diri??? Bot dah standby .  Air dalam rumah baru paras buku lali waktu tu. Sebenarnya saya masih ada masa untuk alihkan PC all-in-one saya tu ke tempat yang tinggi. Hanya ada beberapa tempat yang saya kira selamat seperti di atas katil double decker anak, tabletop , rak atas TV dan atas bumbung almari. Disebabkan panik, saya lupa tu semua. Syukur, anak yang balik asrama aritu, dia langsung tak kemas luggage . Semua pakaian dari asrama masih dalam luggage , mudah bagi dia selamatkan luggage tersebut dengan meletakkan di atas katil double decker sekali humban jer. Settle . Cuma buku teks sekolah masih di rak buku aras paling bawah. Itu pun tak teringat langsung nak ubah. Hurmmm. Saya bersama backpack keluar dari rumah dengan suami dan anak-anak hanya sehelai sepinggang. Dalam kepala fikir nak ke surau je. Kebetulan surau memang terletak di kawasan tinggi. Fikir pula, orang taman sebelah dah ramai ke situ memandangkan t

Banjir Pertama Kali

Genap sebulan 3 hari pengalaman merasai banjir pertama kali dalam hidup. Sekejap masa berlalu tetapi penatnya sampai ke hari ini. Sebenarnya, memang daerah kami setiap tahun dilanda banjir. Paling terjejas adalah di kawasan rendah seperti Sungai Serai, Nanding, Dusun Tua dan beberapa tempat lagi. Maka, tidak hairanlah kalau penduduk yang sudah pernah merasai pengalaman banjir, sudah biasa dengan situasi ini. Diorang tahu apa perlu buat kalau hujan berterusan. Tak seperti kami yang pertama kali ini. Kawasan perumahan kami berada di kawasan tinggi walaupun berdekatan dengan sungai. Mungkin tebing sungai yang tinggi membuatkan kami sebagai penduduk taman tidak terfikir langsung tentang banjir. Sehinggalah pada 18 haribulan Disember 2021. Hujan turun seharian walaupun tak lebat. Purata penerimaan air hujan sangat luar biasa pada hari tersebut. Paras air empangan pula melepasi paras bahaya.  Malam kejadian, lepas Isyak saya terus masuk bilik untuk tidur. Si bongsu menumpang tidur di sebelah

Pengalaman pakai RFID

Duduk Lembah Klang ni, nak keluar je banyak kena lalu tol. Daftar masa RFID mula diperkenalkan 3 tahun lalu. Senang aku nak pi keje. Top up semua dalam Touch n Go e-Wallet. Mudah.  Waktu tu, tak ramai yang pakai lagi. Kiranya lane RFID tak banyak kenderaan lalu. 1 ja pun laluan dia. Hat lain touch n go dan smart tag. Seronok Saya rasa... lalu lane RFID dengan tenang tanpa nak Q panjang2 mcm lane lain. Saya ada smart tag tapi leceh kalau habis bateri. Kelemahan RFID awal-awal tu, tak detect... Kena reverse balik. 2, 3 kali gak. Saya sabar sebab masih dalam kajian perintis. Kadang bukan kita, orang depan reverse dengan kita2 sekali kena reverse. Lemah Sticker RFID kalau dah pi tanggal, memang xleh pakai dah. Sangat manja. Time saya pasang tu..masih percuma.. Kena daftar online, dapat tarikh janji temu dan bawa geran kete untuk mudahkan urusan melekat. Semua depa yang buat. Ni kalau cermin pecah, dengar kata kena beli sendiri dan pelekat sendiri lah. Saya link kad touch n go aka mykad den

Kata-kata Motivasi Diri

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani Terimalah hakikat bahawa setiap pilihan yang kita pilih akan datang bersama pakej penat lelah. Tenang sahaja hadapi semuanya. Bila sudah mula berniaga, usah toleh ke belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala. Ombak itu tidak besar... hanya perahu yang kecil - Ustaz Pahrol Berlapang dada. Apa pun yang terjadi dalam hidupmu pasti ada pelajaran yang tersembunyi buat diri kita muhasabah. Seburuk apa pun masa lalu mu, mereka telah berlalu. Berusaha yang terbaik saat ini untuk persiapkan masa depan yang lebih baik. Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita. Tuhan tidak berjanji siapa berniaga akan kaya raya. Tetapi Tuhan berkata, siapa yang bertawakal kepada-Nya pasti dicukupkan keperluannya. Buat sajalah dengan berani. Ti