Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

Menang Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Pakej satu family dapat merasa Dingggg dongggggg! Parcel dihulurkan. Berteka-teki kami anak beranak... Rasanya takde pun kami beli online. Kalau beli pun semua dah selamat terima.  Anak-anak pakat merebut nak membuka. Macam tu lah selalu, dah jadi kebiasaan kalau ada barang sampai, mesti bergaduh. Sampai kena buat giliran lah turn sapa boleh buka. Sekali tengok.... Oh ya, ini hadiah giveaway daripada Syazni Rahim . Saya tersenarai dalam ramai-ramai pemenang tu🀭. Memang rezeki, Alhamdulillah. Ini adalah pertama kali saya menang sejak buat blog baharu. Blog lama dulu (2008) pernah 3 kali menang. Kali  ini saya sangat teruja memandangkan agak lama saya pencen berblogπŸ˜™. Orang kata, pembakar semangat untuk saya aktif kembali. Terima kasih Syaz. Saya sangat berbesar hati dapat hadiah ni. Tak sangka, banyak pula isinya... Kain batik, tudung, minyak wangi, tepung kek strawberi, minuman 3-in-1, kain microfibre dan Tam Tam. Kemas betu

Kenangan Paling Tak Best 2021

Kisah ini akan menjadi kenangan saya sampai bila-bila. Waktu pandemik Covid-19 sedang rancak merebak menjangkiti ramai orang dan bila semua takut dengan virus cilik ini. Pada masa yang sama saya masih bekerja. Dah setahun lebih dah. P ermulaan yg tak berapa nak happy. 31/1/2021 (Ahad) suami disahkan positif Covid. 2/2 (Selasa) baru tau diri tu positif. Walhal.. Dah merata berjalan. 3/2 (Rabu) warded di Hospital Sungai Buloh. 6/2 (Sabtu) discaj. Suami stage 4. Terpaksa menggunakan bantuan oksigen.   6/2 juga la saya dan anak-anak buat swab selepas update di MySejahtera. 5/2 lewat petang tu, saya terima panggilan kerana perlu hadirkan diri ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk buat swab test. 6/2 juga adalah pengalaman paling tak best. Kami smp agak awal di KKS. Jarak rumah ke sana hampir 40km! Hanya klinik kesihatan tu saja yg beroperasi pada hari Sabtu. Yang paling dekat 2km tutup. Sesi jam 9.30 pagi tapi kami sampai 8.45 pagi. Saya pergi mengikut bantuan  Waze. Alhamdulillah. Waze bawa

Restock Ketupat Palas Utara

Alhamdulillah, stok ketupat daun palas telah mendarat. Jauh dia mai. Dari Penang nuuu. Kali ini saya ambil lebih sikit untuk persediaan Hari Raya. Semuanya dibuat oleh kakak sulung. Dia memang pandai bab membalut ketupat. Tidak seperti adiknya, gagal sehingga ke sudahπŸ˜… Saya menjual pada jiran-jiran dan juga di platform online. Sebenarnya saya baru bermula berniaga ketupat ni. Orang kata test market jer pun. Tak sangka, ada permintaan. Siap ada yang ulang beli. Ketupat palas utara frozen Kakak-kakak saya yang 6 orang tu, majoriti pandai memasak. Sayangnya, mereka tak pandai nak pasarkan. Saya jer yang tak pandai masak. Tapi bolehlah tolong pasarkan. Sebab tu saya ambil inisiatif untuk menjual ketupat ini di lembah Klang. Lagipun kakak sulung saya dah bersemangat nak kumpul duit berniaga ni untuk menunaikan umrah. Niat yang baik. Moga impian kakak tercapai. Kepada penggemar ketupat palas original mai daripada utara nuuu, boleh hubungi saya untuk dapatkannya. Makan dengan rendang atau s

Wordless Wednesday - Sambal Hitam

 

Tugas Seorang Suri Rumah / Homemaker

Hehehe… tajuk macam la ada orang nak cari πŸ˜† Eskrem ni tak semanis senyuman mu. Kalau ada yang menggunakan enjin pencarian Google dan boleh sampai ke sini, saya ucapkan tahniah! Tugas suri rumah nampak remeh, tapi kalau tak buat je sehari, rumah dah tunggang langgang. Semak dan duduk rumah pun rasa tak selesa.  Ya, hampir setahun saya jadi suri rumah, buat keje yang sama setiap hari untuk memastikan kehidupan keluarga sempurna di rumah. Suami pun rasa cepat je nak balik setelah penat bekerja. Begitu juga dengan anak-anak. Maka, benarlah kata pepatah "rumah ku syurga ku". Pergi mana-mana pun, rumah sendiri juga yang terbaik. Rumah saya kecil dan simple. Sejak kena banjir, saya menukar semua perabot berasaskan besi. Kawan-kawan anak selalu cakap yang rumah kami macam orang kayaπŸ˜‚. Rupanya mereka tak tahu, saya hanya memastikan susun atur yang betul dan kemas serta rumah dalam keadaan bersih sentiasa. Nak tahu tugas saya sebagai suri rumah sambil berniaga online? Tugas tak perna

GIVEAWAY 2022 : HAPPY 1ST ANNIVERSARY CCL & HUSBAND

Buat CCL & Suami, Genap setahun sudah melayari bahtera perkahwinan kalian, Percayalah, perjalanan masih panjang, Ujian dan tekanan berumah tangga pasti datang, Datang untuk menjadikan kalian lebih matang, lebih bahagia, Semoga Allah memelihara rumahtangga kalian berdua, Moga Allah juga limpah usia perkahwinan dengan sakinah, mawaddah wa rahmah Hingga ke syurga…. Kepada yang nak sertai giveaway daripada CCL , klik jer gambar di atas tu tau. Moga ada rezeki kalian. Sharhanah  

Ulasan Filem Animasi Turning Red

Hujung minggu baru-baru ni, saya melayan filem animasi karya kolaborasi antara Walt Disney Pictures dengan Pixar Animation Studios bersama anak-anak sambil melipat kain. Cerita ni best, sesuai sangatlah untuk kami. Women to women. Tengok gambar kartun ni pun comel, penuh warna, tekstur serta gaya animasi yang menonjolkan ekspresi. Orang kata tak jemu. Boleh layan sampai habis lah. Tak hairanlah, saya dah ulang tengok 2 kali. Turning Red ni mengisahkan tentang Meilin Lee (suara oleh Rosalie Chiang), seorang budak perempuan yang sedang meningkat remaja di Toronto. Dia adalah pelajar ceria, pandai, memiliki rasa percaya pada diri yang tinggi, semangat setia kawan dan anak yang taat pada ibu bapa. Sekilas, boleh dikatakan Meilin adalah seorang yang sempurna sehingga semuanya tahu bahawa kehidupan remaja tidaklah seperti tu. Sebab dia adalah anak tunggal harapan keluarga, ibunya (suara oleh Sandra Oh) yang tegas tersangatlah melindungi Meilin. Segala kehidupannya dikawal rapi oleh ibunya. S

Baucar Foodpanda Mac 2022

Untuk para pelanggan Foodpanda, sepanjang bulan ini.. Korang boleh gunakan baucar diskaun di SEMUA RESTORAN Foodpanda dengan nilai diskaun yang berbeza mengikut masa.  Letakkan kod BRUNCH (sehingga pukul 2.30 ptg)  / HIGHTEA (3 petang sehingga 6.30 petang) / DINNER (pukul 6 petang ke atas) Jangan lepaskan peluang tau. Sebab dengarnya Foodpanda sudah melabur banyak untuk tujuan pemasaran mereka. Jom menyokong perniagaan orang kita. Hanya duduk rumah, biar rider yang hantarkan. Sharhanah  (Vendor Foodpanda juga)

Berani atas dasar keyakinan

Saya mula berdikari bila dapat sambung pelajaran ke universiti. Semester pertama sahaja saya rasa agak menyusahkan keluarga. Semester berikutnya, saya dah ada PTPTN🀭. Untungnya, saya ada 4 sahabat daripada sekolah yang sama belajar di universiti yang sama. Balik kampung pun kami travel sama-sama. Perasaan takut dan malu sedikit-sedikit hilang. Saya dah pandai menyesuaikan diri di kampus. Saya punyai teman-teman di setiap negeri di Malaysia. Best kan? Serius saya katakan, jika saya masih di kampung, saya tetap sama macam dulu. Tak yakin, penakut dan pemalu tak bertempat. Rasa macam katak bawah tempurung. Syukurlah, Allah beri rezeki saya sambung belajar, dapat kenal dunia luar.  Waktu tu saya dapat 2 tawaran tempat sambung belajar... Samada di lembah Klang atau Utara... Dan majoriti keluarga saya memilih utara sahaja disebabkan lebih dekat. Cuma ayah jer yang beria-ria nak saya belajar jauh-jauh.  Huhuhu. Saya masuk Kelab Rekreasi dan beberapa kelab di Universiti. Semester pertama, say

CETAK TERUS DARIPADA MESIN PENCETAK (PRINTER)

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani  Baru-baru ini saya perlu mencetak borang untuk kemasukan anak ke Darjah Satu. Gelabah sebab dua-dua komputer di rumah tak boleh guna. Membebel jugalah saya pun. Kebetulan urgent nak cetak Shopee AWB juga. Printer Canon E410 pula tak support wireless. Kalau support senanglah. Maka saya terpaksalah guna android smartphone anak saya. Oh ya, untuk mencetak pada printer tanpa wifi, saya perlukan OTG adapter cable . Sambungkan dari smartphone ke printer. Install dulu aplikasi NokoPrint di Google Play . Nak setting tu, kena pilih jenis printer tu betul-betul. Macam saya, kena pilih canon > Pixma > E410 . Lepas tu, pilih dokumen apa yg nak dicetak, set saiz kertas dan bilangan. Tekan "print" Alhamdulillah... Selesai masalah. Sharhanah

Wordless Wednesday - Patin Pekasam

 

Review: Biskut Mazola Paling Agong

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Saya memang peminat biskut Mazola. Pernah buat entry biskut ni sebab teringin sangat nak makan. Lagipun biskut ni senang sangat nak buat. Bahan pun tak banyak. Kalau susah, memang saya tak buat aih.... Dasar pemaaaa...lasss! Sejak jadi follower Bapa Biskut Kebangsaan  FB: khairul hakimin muhammad , saya teringin betul nak rasa biskut Mazola yang diusahakan menggunakan resipi ibunya. Tengok gambar pun dah terliur. Terliur kan🀀🀀🀀 (kalah orang mengidam) Saya beli dekat agen berdekatan. Hanya PM di WhatsApp, petang tu juga biskut mazola ni sampai ke rumah saya dengan kos penghantaran RM3 sahaja.  Biskut ni bukan jenis boleh pos-pos... Kang sampai nanti, makan serdak je. Saya beli sebalang jer habuan nak merasa.  Harga RM30 (45 biji tersusun tersangatlah cantik). Makan puas kalau awak makan sorang-sorang. Tekstur : Sangat gebu dan lembut Saiz anggaran : Diameter duit syiling 20 sen lama dan tebal setengah inci. Rasa : Sedap. Cai

Keyakinan Di Atas Sifat Takut Dan Malu?

Sebenarnya saya seorang yang penakut dan pemalu. Takut untuk beri pendapat, takut untuk meluahkan dan malu untuk menonjol. Disebabkan sifat ini, saya sering disisihkan dalam pelbagai hal. Masa sekolah rendah, cikgu panggil saya untuk lantik menjadi Penolong Ketua Darjah. Saya diam keras membatu tiada reaksi. Hahaha. Terus cikgu lantik Mas Ayu, budak cantik bertahi lalat dan berambut kerinting jadi penolong ketua darjah. Disebabkan pemalu sangat, saya tidak terpilih untuk masuk persembahan boria di sekolah. Apatah lagi nak masuk pertandingan bercerita pada Hari Kanak-Kanak. Saya hanya terpilih mewakili sekolah apabila cikgu menyedari saya tinggi, ada bakat melukis dan mewarna. Disebabkan saya tinggi dan lemah lembut, cikgu jadikan saya pemain bola jaring sebagai GS. Duduk je dalam kawasan D dengan tugas menjaringkan gol. Daya tumpuan kena tinggi. Paling best, bila bola masuk ke dalam jaring, semua orang akan tepuk tangan. Malu! Alhamdulillah, sifat saya ni tak terkesan dalam pembelajara

Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

Alhamdulillah, hari ini ada banyak masa untuk blog walking. Sekali ke rumah SR, ada giveaway sedang dianjurkan beliau. Dah sampai ke sana tak kan lah saya tak join kan, mestilah join. Memandangkan SR tawarkan 5, 6 pemenang... Peluang nak menang tu agak cerah. Maka, jom lah kita memeriahkan segmen giveaway beliau. Mana lah tahu rezeki... SYARAT-SYARAT  Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1 adalah seperti berikut: 1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1! 2. Follow Blog Syazni Rahim . 3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway beliau. 4. Kalau nak bagi panjang sikit, bolehlah ceritakan entry SR yang mana yang kalian paling ingat? Dan kenapa? (Tak wajib) 5. Selepas selesai semua, bolehlah publish dan submit link entry kalian itu ke ruangan komen di entry giveaway beliau. 6. Tarikh akhir untuk submit link penyertaan ke ruangan komen entry giveaway ini adalah pada 20 Mac 2022! Apa-apapun tahniah SR kerana blog sudah

Cara Aktifkan PayDirect

Semoga bermanfaat! Sharhanah

Fenomena Alam - Pelangi Pada Awan Kumulonimbus

Subhanallah... dapat tengok awan yang jarang berlaku Petang 28 Februari lalu, anak 10 tahun bergegas masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan telefon pintar saya. Kenapa tergesa-gesa? Rupanya dia hendak  tunjukkan awan yang pelik kepada saya.  "Awan apa ni mama? Cantik, macam pelangi", tanya anak bersungguh-sungguh. Rupanya ini ialah Iridescent cloud atau fenomena optik berwarna-warni yang menyerupai pelangi pada awan tingkat menengah seperti Kumulonimbus. Ia fenomena biasa tapi jarang berlaku. Fenomena ini terjadi bila serakkan cahaya matahari oleh titisan air di atmosfera dengan ukuran yang cukup seragam. Rasanya, melihat dengan mata sendiri lebih cantik daripada gambar di atas. MasyaAllah! Tidak terungkap dengan kata-kata. Moga anak-anak berfikir betapa berkuasanya Allah SWT dalam mencipta alam ini dan betapa lemahnya kita sebagai manusia. Sharhanah

Wordless Wednesday