AGLIO OLIO IKAN BILIS

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Saje la nak share resipi sihat daripada KKM ni kan. Buatnya belum🀭. Nanti saya share gambar. Agak sibuk minggu ni haaa.


AGLIO OLIO IKAN BILIS 
Saiz Hidangan: 4

BAHAN-BAHAN :

250 g spaghetti (direbus sehingga masak)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar ikan bilis (direndam, bilas dan tos - ditumbuk kasar)
2 sudu besar chili flakes
1 sudu kecil serbuk lada putih
4 tangkai daun parsley segar
1 cawan bayam (dipotong kecil)
3 sudu besar minyak zaiton
½ sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN :

Rebus terlebih dahulu spaghetti di dalam air mendidih
Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
Tumiskan bawang holand dan bawang putih hingga kekuningan
Masukkan ikan bilis, chili flakes, lada putih dan garam seterusnya masak hingga kekuningan
Masukkan spaghetti dan gaul sebati.
Tambahkan sedikit air
Masukkan daun parsley dan bayam.
Kacau sehingga rata
Sedia untuk dihidang

KANDUNGAN NUTRIEN :
1 HIDANGAN : 1 PINGGAN
400 mg sodium / hidangan
Kalori (kcal) : 255
Karbohidrat (g) : 47
Protein (g) : 14
Lemak (g) : 9

Jom cuba!

Sharhanah


Surau MRT - Kemudahan Terbaik

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kerap saya outing bila off-day. 6 hari terperap dalam rumah buat keje je kan, sesekali nak la berjalan juga ambil angin luar. 

Saya prefer naik pengangkutan awam kalau nak ke bandar. Paling mudah naik MRT lah. Kadang ada perjumpaan dengan kawan-kawan lama satu tempat keje dulu.

Minggu lepas, ikut sorang kawan jalan-jalan ke KL Eko Park (Hutan Simpan Bukit Nanas). Turun MRT, naik Monorail pula. Berjalan 1.4 kilometer untuk sampai di destinasi.

Selalunya, saya akan jumpa kawan-kawan. Sebelum Asar dah sampai ke rumah. Takde kuasa nak lama-lama di luar. Sebab anak-anak akan balik sekolah dalam pukul 6 lebih. Selalunya, saya akan solat Zohor di surau stesen MRT.

Turun daripada MRT, terus menuruni escalator. Surau terletak di bawah. Tak perlu keluar. 

Melangkah masuk pun, dah wangi. Saya nyalakan lampu dan pendingin hawa. Letak beg, ambil wudhu. Tempat wudhu pun bersih dan kering.

Ruang ambil wudhu.

Dalam surau. Kemas dan bersih. Hanya ada 3 helai telekung yang bergantung. Kuantiti sikit, mudah untuk kita handle. Takdelah banyak sampai berbau. Saya suka macam ni.


MRT dah start sediakan koc untuk wanita. Saya rasa sangat selesa bila outing secara solo.

Benda yang elok, apa salahnya diwar-warkan. Gantunglah sejadah dan telekung selepas guna. Jika tiada pengguna selepas anda, sila matikan suis lampu dan penghawa dingin juga ya. Sekian, terima kasih.


Sharhanah

View Point Wang Kelian - Destinasi Unik!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Seusai kami solat Subuh di homestay, kami bergerak terus ke Wang Kelian. Perjalanan mengambil masa kurang setengah jam untuk sampai ke sana.

Ramai juga pengunjung. Harga tiket masuk ialah RM2 untuk dewasa manakala kanak-kanak hanyalah RM1. Ada pilihan untuk ke view point dengan berjalan kaki atau menaiki "buggy" yang dikenakan bayaran sebanyak RM3/pax.

Kami memilih untuk berjalan. Perjalanan dalam 50 meter dan sedikit mendaki. Eloklah untuk senaman di pagi hari. Biar bersemangat sikit anak-anak ni.

Baru je berjalan naik, pandang sebelah kiri, kami dihidangkan dengan pemandangan "awan karpet". Subhanallah, inilah pertama kali dalam sejarah hidup dapat menyaksikan pemandangan sebegini. Pernah mencuba di Bali pada tahun 2014, tetapi hampa.

Bagaimana ia terbentuk?

Gerakan perlahan wap udara sejuk dari permukaan bumi membentuk gabungan kepulan kabus mampat menghasilkan fenomena ‘awan karpet’ yang memutih.

Sama seperti mereka yang mencintai dan menghargai keunikan ‘kerja’ Maha Pencipta, saya terkesima menyaksikan keindahan dunia yang sukar digambarkan menerusi kata-kata. Sebaik ia dirakamkan di minda, kemudian sematkan di hati.

Dengar kata, ada pengunjung dari Kuala Lumpur yang datang 3 hari berturut-turut untuk melihat keindahan ini tetapi awan tersebut tidak terbentuk. Rupanya rezeki kami sekeluarga dapat melihat fenomena ini. Alhamdulillah.

Pemandangan bagai di atas kayangan.


Embun pagi dapat dilihat di setiap permukaan daun-daun yang menghijau. 

Kami menapak sehingga ke tempat tinjau. Konon kami yang terawal, rupanya sudah ramai pengunjung berada di sini. Masing-masing mengambil peluang bergambar untuk dijadikan kenang-kenangan.

Cantik sangat panorama dari sini. Disebabkan berawan karpet, hanya kelihatan puncak-puncak bukit. Saya bayangkan, kami berkhemah sambil menikmati sarapan pagi dengan view indah macam ni. Malam pula layan milky way. Perghhh!

Dalam ralit melayan view, tiba-tiba ramai pengunjung yang beralih arah ke sebelah hutan. Betul-betul sebelah dengan Wang Kelian landmark signboard.

Dari jauh nampak sepasang burung hantu yang sangat besar bertenggek di atas dahan pokok. Saya rasa saiz anak bongsu saya yang berumur 8 tahun. Pemerhati burung memang tak akan lepaskan peluang untuk merekodkan spesis burung jenis ini. 


Beberapa minggu dah balik ke rumah, barulah terbaca ada berita mengenai burung hantu ni.

Pemerhati burung dari Singapura dan Hong Kong sanggup datang kerana Perlis mempunyai banyak spesies burung yang unik dan jarang ditemukan di tempat-tempat lain. Tujuan mereka merekodkan gambar burung itu adalah sebagai hobi, pemantauan, analisis, kerjaya dan sebagainya dengan mencari kelainan di negeri ini.


Si sulung dan si bongsu. Sepasang burung hantu bertenggek di dahan pokok tinggi belakang mereka.

Tak pernah jemu.... Boleh nampak Bukit Chabang.

Pemandangan ke arah Empangan Timah Tasoh pada pukul 7.30 pagi. Masih berawan guys.

Awan karpet semakin menipis.

View mengadap cahaya matahari. Tanda arah beberapa negara

Keempat-empat anak saya. Sayang betul nak tinggalkan view macam ni. Mari kita snap satu kali!

Semakin lama semakin ramai pengunjung tiba. Kami pun beransur untuk pulang. Masih ada sehari lagi untuk kami explore bumi Perlis. Ternyata percutian ini meninggalkan kenangan yang paling indah untuk dikenang.

❤️ Perlis

Sharhanah 

Pengalaman naik SkyCab dan SkyBridge

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, tamatlah sudah percutian saya bersama keluarga di Perlis dan Pulau Langkawi, Kedah selama 5 hari 4 malam. Kami ke sana menggunakan pengangkutan awam je.

Banyak yang nak diceritakan, tapi awal-awal ni biar saya fokuskan dulu pengalaman menaiki "cable car" bersama suami dan anak-anak. Ya, 6 pax.

Saya membeli tiket secara online di web rasmi semasa dalam perjalanan pergi ke Oriental Village, di kaki gunung Machincang di mana terletaknya stesen pangkalan kereta kabel tersebut.

Sebenarnya saya dah beli tiket Skycab di Shopee (sebulan awal) dengan harga RM295.90 untuk 6 pax. Cuma, tiket tidak termasuk dengan SkyBridge pulak (bila dah balik, mahal betul harga seller ni letak). Waktu ni memang agak blur. Baca pun tak faham-faham keadaan di atas macam mana. So, saya cancel pembelian dengan seller tersebut. Biarlah beli waktu dah sampai Langkawi.

Bila dah sampai, kalut pula nak beli tiket. Yer, membeli sambil jadi co-pilot. Mana nak tengok jalan, mana dengan anak-anak membising. Sekali terbeli double. Hambikkk!

Alhamdulillah, bila beli di website rasmi, memang mudah nak dapat refund. Saya emel je. Walaupun lambat (3 minggu) tapi full refund. Lega.

Harga tiket 2 pax kanak-kanak ialah RM66, manakala 4 pax dewasa berharga RM172. Total RM238.

Kami sampai dalam pukul 11 lebih di Oriental Village. Pengunjung sangat ramai. Semua perlu beratur untuk ambil giliran naik. Sebelum beratur, perlulah redeem gelang di kaunter terlebih dahulu ya. Lepas tu, sila bertabah dan bersabar.

Barisan akan bergerak sedikit demi sedikit. Dari bawah perlu naik tangga pula. Banyak maklumat dikongsi untuk para pengunjung membaca sementara menunggu tu kan...

Sejarah Skycab di Langkawi

Antara alat-alat yang digunakan untuk kabel. Konfiden tak?

Barisan jadi lambat tu salah satunya perlu melalui photography checkpoint. Nak tak nak, kena layan jugak. Hehehe.

Kotak bernombor 1 sehingga 6

Hampir sejam, barulah kami sampai di stesen Skycab. Ada staf  yang akan guide. Family pax kami cun-cun 6, senanglah masuk dalam kotak masing-masing.

Kereta kabel sampai, pintu terbuka terus kena melangkah masuk dan duduk. Rasanya inilah pengalaman pertama bagi  anak-anak saya. Saya dan suami masih teringat-teringat naik ni waktu di Pier Lotti Disember lepas.

Disaat SkyCab bergerak naik, anak-anak teruja! Ini adalah pengalaman yang unik merentasi hutan-hutan tebal yang berusia 550 juta tahun menuju ke bahagian tertua di Asia Tenggara iaitu gunung Machincang.

Dari atas, kami dapat melihat sekilas flora dan fauna yang mengelilingi kawasan ini. Subhanallah! Indah betul ciptaan Allah. Nampak pemandangan pulau-pulau, lautan luas berwarna biru turqoise dan hutan tebal berwarna hijau.

Perjalanan dari stesen pangkalan ke stesen pertengahan, menempuh jarak sejauh 1,700 meter. Kami turun dan berjalan ke platform tinjauan. Tingginya 650m dari paras laut.

Cuaca agak panas tetapi berawan. Maka, takde la istilah panas lit-lit. Kami menaiki tangga ke platform tinjauan. Sebelum tu, kena hadap lagi photography checkpoint.

Kami menggunakan kemudahan teropong untuk melihat pemandangan 360 darjah yang indah. Ada pemandangan pulau utama serta pulau-pulau di sekitarnya yang meliputi kepulauan Langkawi dan Selatan Thailand yang menakjubkan selain pemandangan dramatis dari celahan yang berbukit pada puncak terpencil.

Kemudian kami sambung perjalanan dengan menaiki semula kereta kabel ke stesen puncak. Di sini terletaknya SkyBridge.

Maklumat yang sangat berguna

Kalau nak ke SkyBridge, perlulah beli tiket lain. Inilah yang saya blur awal-awal pembelian di Shopee. Sekarang baru faham. 

Kerana minat meredah, kami memilih untuk berjalan sahaja ke SkyBridge. Nak beli tiket, haruslah beratur. Sementara berdiri menunggu giliran, meh kita ambil tahu dulu apa itu SkyBridge.

Kanan: Barisan pengunjung nak beli tiket SkyBridge. 
Kiri: Barisan pengunjung untuk naik SkyCab ke stesen pangkalan 

SkyBridge, berukuran 125m panjang. Struktur ini berada di antara jambatan gantung lengkung terpanjang di dunia.

Untuk membinanya bukanlah suatu pencapaian yang mudah kerana untuk menyiapkannya pelbagai cara dan elemen kritikal perlu diambil kira, seperti berikut; 
  • Pengimbangan struktur dari satu titik (bahagian atas tiang)
  • Pengurusan berat badan dan pengagihan beban yang optimum
  • Pra-fabrikasi jambatan dan pemasangan di lokasi. 
Seluruh jambatan, barang-barangnya harus diangkat ke puncak gunung dengan menggunakan helikopter dan kemudian dipasang ke posisi sekarang.

Hebat bukan?

Tiket untuk kami berenam ialah RM32. Saya prefer bayar guna kad. Dapatlah gelang yang perlu dipakai. Dah 2 gelang okeh.

Berpeluh juga bila berjalan nak ke sana. Tapi, perjalanan sangat cantik dihiasi dengan flora. Suasana pun nyaman dipayungi dahan-dahan pokok.

Unknown.... Jarang nampak



Bunga kuning ni selalu ada...

Mari kita bakar kalori.

Takde la jauh sangat nak menapak. Dalam 10 minit. Tapi dengan kudrat yang semakin tua, rasa juga lelahnya. Banyak betul saya minum air. Eh, bawa air dari bawah? Tak boleh. Kena beli di stesen puncak. Harga haruslah memuncak jugaπŸ˜…

Kebetulan esok hari merdeka, haruslah pasang bendera.

Jalan-jalan di atas Skybridge, terserempak dengan ustaz selebriti bersama anak isterinya. Bercuti macam kami juga lah ya. Ambil peluang bonding waktu cuti sekolah.

Agak puas melayan panas, anak bongsu saya sudah mengeluh katanya dah penat. Dia dan si kakak nombor 2, beransur dulu turun. Saya terfikir, nak balik sah-sah melayan naik anak tangga.

Kami sampai di stesen puncak dan beratur untuk mendapatkan kereta kabel. Kali ni, perjalanan turun tiada henti di pangkalan pertengahan. Kami keletihan dan kelaparan sambil melayan pemandangan yang cantik di bawah.

Alhamdulillah, perjalanan semua selamat dan anak-anak semua happy. Lagi-lagi masuk pula 3D Art Langkawi lepas turun cable car. Yang ini saya tak cerita. Kang panjang entri saya kali ni.

Total harga tiket SkyCab + SkyBridge untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak = RM236.
Dengan cashback saya hanya perlu bayar RM218 sahaja. (RM295.90 harga dekat Shopee. Nasib baik saya cancel)

Psttt... Saya jejak ke Langkawi pada tahun 1997 dan terkini 2023. Agak-agaklah kan....hihihi

Sharhanah

NASI GORENG CINA

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Sekarang ni kan, saya buntu untuk mencari idea menu makanan sihat. Dengan kenaikan harga barang makanan, apa pilihan yang ada? Perasan tak, bahan-bahan yang sihat lebih mahal daripada bahan-bahan yang tidak sihat.

Maka tidak hairanlah, orang kita tidak kisah untuk menjaga pemakanan. Asalkan, lapik perut dan kenyang. Sayalah tu.

Kesian betul dekat murid-murid bila kerajaan tidak pantau pemakanan yang dijual di kantin sekolah. Anak bagitau, menu makanan asyik sama. Lebih banyak makanan diproses dijual (nugget, sosej & jajan).

Untung anak-anak yang mana ibu bapa bekalkan makanan dari rumah. Anak saya? Pernah bekalkan, balik sekolah, baki bekalan masih banyak. Bila tanya, dia cakap dia tak suka makan makanan yang dah sejuk. Adoiii la anak. Kalau lapar, bedal je la makan.

Saya sangat suka makanan di wad. Dulu masa anak-anak masih kecil, saya kerap menemani anak bila mereka dimasukkan ke dalam wad. Wad kerajaan ke, swasta ke... menunya, sangat sedap. Kalau bubur ayam, kalah McD. Hihihi.

Saya pula ada gastrik, bila duduk meneman anak di wad... perut saya ok je. Mana taknya, menu disediakan secara sihat dan makan teratur mengikut waktu. Kalaulah menu hospital disediakan di sekolah... agak-agak?

Eh, panjang pula membebel. Jom layan resipi di bawah. Diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Nasi Goreng Cina versi saya

Hidangan menu di hospital swasta.. Ringkas dan sedap

NASI GORENG CINA

Saiz Hidangan: 4


BAHAN-BAHAN :

4 cawan nasi putih

1 ketul dada ayam (dipotong kecil)

½ batang lobak merah (dipotong dadu)

4 tangkai kacang buncis (dihiris)

1 cawan kobis (dihiris halus)

2 biji telur

4 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2 sudu besar minyak masak

1 sudu besar minyak bijan

1 sudu kecil serbuk lada putih

1 sudu kecil garam

Sedikit bawang goreng


CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak

2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan

3.Masukkan ayam. Masak sebentar

4. Masukkan lobak merah, kacang buncis dan kobis. Kacau sebentar

5. Pecahkan 2 biji telur

6. Masukkan nasi putih dan gaul rata

7. Perisakan dengan garam, lada putih dan minyak bijan

8. Taburkan bawang goreng sebagai hiasan

9. Sedia untuk dihidang


KANDUNGAN NUTRIEN :

1 HIDANGAN : 2 SENDUK

600 mg sodium / hidangan

Kalori (kcal) : 285

Karbohidrat (g) : 30

Protein (g) : 16

Lemak (g) : 11.5

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...