Trip ke Turkiye - Bahagian Pengenalan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Musim sejuk

Sebenarnya dah lama merancang untuk bercuti ke luar negara, tetapi masih menunggu masa yang sesuai. Akhirnya, saya memilih bulan Disember 2022. Ya, agak hujung tahun. Tapi, boleh lah kalau nak merasa musim sejuk di negara orang.

Lagi pula bulan Disember adalah ulangtahun perkahwinan saya, lagi kuat untuk saya memilih bulan tersebut untuk  pergi bercuti bersama suami. Saya menggunakan khidmat agensi untuk memudahkan percutian kami. 

Saya lebih suka melancong tanpa mana-mana agensi pelancongan. Tapi, apakan daya... desakan masa dan sibuk disepanjang hari, memungkinkan saya untuk membuat persediaan ke sana. Bukan senang nak fokus untuk persediaan yang macam-macam kena belajar, kang silap, saya juga dipersalahkan. Kononnya percutian best, sekali bergaduh di tengah jalan. Sambutan ulangtahun perkahwinan lah sangat kan๐Ÿ˜‹

Maka, saya tempah 2 pax untuk percutian ke Turkiye dengan salah satu agen pelancongan yang sudah lama bertapak di Malaysia. Makan masa juga saya memilih agen.  Dah okey dengan itinerari, sekali tarikh tak okey pula. Dah okey tarikh, tak berani pula dengan agensi pelancongan yang baru setahun jagung. Macam-macamlah.

Akhirnya, tawakal je lah dengan memilih TA (travel agent) yang satu ni. Tarikh ditawarkan agak banyak. Mudah untuk saya memilih. Sesuai dengan suami yang agak susah mengambil cuti.

Saya terus membayar deposit RM2K/pax pada Jun 2022. Semua urusan pembayaran sangat mudah. Semua notifikasi dan bukti pembayaran dihantar ke emel. Saya beli sekali dengan insurans yang ditawarkan oleh mereka. Baki nanti, perlu dibayar pada bulan Oktober. 

Lega satu bab. Tak payah fikir-fikir tentang macam mana nak pergi nanti. Hanya bawa diri, pasport dan kelengkapan diri. Semua dah termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, 3 kali makan, insurans, tip dan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Waktu tu, ada masa 6 bulan lagi untuk ke sana, Saya sempatlah baca pengalaman orang ke sana melalui blog dan join group di FB. Banyak info berguna yang saya perolehi.

Alhamdulillah, kepada yang suka berkongsi info berguna, moga dimudahkan urusan dan murah rezeki selalu.

Next entry, tungguuuu....

Sharhanah

Jet lag disorder

Perkongsian teknik mudah dan faedah mewarna

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ini saya dan anak-anak menyertai Bengkel Terapi Mewarna di Kuala Lumpur. Banyak ilmu yang kami perolehi selama 8 jam di sana. Paling tak boleh lupa, saya dan anak bongsu memenangi pertandingan dalam kategori masing-masing. Siap bawa balik hadiah!

Saya akui, inilah pertama kali saya belajar teknik yang betul untuk mewarna. Selama ni, guna teknik bedal je. Itupun, pernah menang beberapa kali pada peringkat sekolah. Kira nasiblah tu.

Anak-anak saya pun, sejak di bangku sekolah memang telah didedahkan dengan pertandingan mewarna. Pernah si kakak sulung jadi juara dan memenangi tempat ke-2. Dapat hadiah berupa wang tunai telah membakar semangat dia untuk menyertai lagi pertandingan ini.

Saya bukan apa, anak-anak saya ada sifat cepat give-up, malas nak habiskan sesuatu kerja dan tiada keyakinan diri. Saya sering memaksa supaya mereka enjoy dengan proses mewarna. Saya tahu, anak-anak saya ada bakat, cuma mereka ni malas. Yer la, telefon pintar lebih menarik.

Rupanya ada teknik mudah untuk mewarna tau.

Pilih 3 warna pensel yang sama geng. Contohnya, biru pekat, biru sederhana dan biru cair.

Bahagikan 3 bahagian. Warnakan 1.5 bahagian dengan warna biru pekat. Lepastu, guna biru sederhana untuk mewarna 2.5 bahagian lagi. Akhir sekali, guna biru cair untuk mewarnakan kesemua bahagian.

Tipsnya, jangan terlalu menekan pensel warna bila mewarna. Sebab? kita akan penat dan cepat berputus asa. Mana taknya, orang sebelah dah nak habis mewarna, kita masih mewarna suku bahagian.

Nak tahu tak apa faedah mewarna?

  • Rasa tenang
  • Kurangkan stress
  • Berfikiran positif
  • Tingkatkan daya fokus
  • Serlahkan kreativiti
  • Kurang bergantungan kepada teknologi
  • Boleh dilakukan di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja
  • Sebagai hobi

Syyyy... Saya nak kongsi 3 petua untuk memenangi pertandingan mewarna;

Pertama, puji-pujian kepada pihak penganjur. Contoh KKM Terbaik!

Kedua, lukis objek tambahan. Contoh gambar awan ada pelangi/burung/kapal terbang

Ketiga, warna dengan bertona.

Sharhanah

Saya yang rindu zaman sekolah!

Pejabat Bagi Pungutan Pasport Cuti Umum, Bagaimana dengan Tarikh Sistem Temujanji Online (STO)?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sudahlah memilih tarikh 18/11/2022 untuk mengambil pasport, sekali kerajaan umumkan cuti daaaa... macam mana Sistem Temujanji Online (STO) yang sudah ada tarikh? Perlu batalkan ke? Perlu buat semula pemilihan tarikh ke di STO?

Saya terus ke laman website mereka. Tiada pengumuman. Saya terus ke socmed mereka pula. Tiada juga posting berkenaan pemberitahuan mengenai STO bertarikh 18/11/2022. Cuma saya perasan ada sorang je pengguna Twitter yang bertanya soalan yang sama kes dengan saya. Tapi tiada reply. Arghhh... 

Tanya pada pakcik Google. Tiada pula maklumat carian yang saya nak. Tiada siapa yang buat entry berkenaan STO.

Belek emel yang hari tu pihak imigresen antar. Jumpa nombor telefon di bahagian bawah. Saya menghubungi berkali-kali talian 03-8892 6000 & 03-8892 6037 untuk kepastian. Nampaknya, panggilan saya tidak dijawab. Saya menghubungi pula nombor ini 03-8000 8000. Alhamdulillah, ada respon. Cuma tidak membantu menyelesaikan pertanyaan saya.

"Puan boleh menghubungi pejabat sana, samada perlu batalkan STO lama dan buat yang baharu," seorang kakitangan khidmat pelanggan melayan pertanyaan saya.

"Oh, baik", balas saya pendek.

"Puan, saya beri nombor pejabat cawangan itu ya..." 

"Sekejap, saya salin...", sambil mencapai satu lagi smartphone. Dalam kepala ingat nak google je.

Selepas mengucapkan terima kasih, saya cuba menghubungi nombor tersebut. Talian sibuk. Hubungi semula, ada yang mengangkat tapi macam talian saya disambung-sambung ke tempat lain.

"Assalammualaikum... Puan Atikah ke ni?" tanya kakitangan yang menjawab panggilan saya tadi.

"Eh, bukan. Saya yang call sebentar tadi", macam pelik pula... saya call dulu ke, dia yang call dulu? bahahaha... adoila.

"Maaf ye puan, saya ingat Puan Atikah, sorry, sorry", dia meminta maaf. Terus meletakkan gagang telefon.

"Errrr... saya nak taaa...nya", mati dekat situ je soalan saya. Hurm... pasrah je la.

Malas sungguh saya nak menelefon lagi. Sudah berkali-kali. Buang masa. 

Saya terus menerjah semula ke website mereka. Kali ni, saya nak cari bahagian pertanyaan. Hantar soalan saya dekat situ. Nyawa paling akhir yang saya ada.

JUMPA! Sistem Pertanyaan Online. Terus saya isi maklumat yang diperlukan dan saya sertakan sekali soalan pendek saya tu. Moga-moga ada jawapan.

Dua hari, baru saya terima emel. Ya, Allah... jawapan terjawab.

MAKLUMBALAS:

selamat sejahtera. semua pejabat imigresen di seleruh negara ditutup berikutan cuti umum yang dimaklumkan kerajaan. anda boleh hadir di pejabat imigresen ****** dengan sto bertarikh 18.11.2022 tanpa perlo buat sto baru. terima kasih. 

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Alhamdulillah. Tak kisah la salah eja ke (laju cara dia taip).. ayat tak rasmi ke.. janji jawapan dah dijawab. Lega satu bab.

Tengah fikir, nak pergi hari apa pula? Habis plan nak keluar esok. Bertabahlah.

Sharhanah

Tempoh Memperbaharui Pasport Secara Online

Tempoh memperbaharui pasport secara online memakan masa 11 hari! Nak mohon tu cepat je, nak menunggu siap tu je... lamberttt. Tambah lagi 10 hari untuk dapatkan hari yang kita free nak pergi ambil. Maknanya, pada hari ke-21, baru dapat seketul pasport.

Maka, jangan berlengah kalau bab nak berurusan dengan jabatan kerajaan ya. Awal tak kalut!

28/10/2022 (Jumaat)

10 pagi: Pergi ke kedai gambar untuk dapatkan softcopy gambar berukuran pasport dengan caj sebanyak RM13 dikenakan. Hanya sertakan alamat emel yang aktif.

4 petang: Permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Isi maklumat dengan betul. Ambil masa kurang 20 minit.

8/11/2022 (Selasa)



12:29 tengahari: Terima notifikasi melalui emel dengan tajuk "myONLINE PASPORT - Keputusan Permohonan Pasport"

Terus saya tekan pada pautan yang diberikan untuk membuat temujanji secara atas talian.

13:02 petang: Terima notifikasi melalui emel dengan tajuk PERMOHONAN TEMUJANJI (STO) DI PEJ IMI XXXXXX

18/11/2022 (Jumaat)

Saya pilih hari Jumaat, sebab tuan badan off day setiap hari Jumaat

Slot 8:00-9:00 pagi: Hadir ke pejabat IMI yang telah didaftarkan semasa membuat permohonan.

Awal tu saya ingat hari ini mohon online, paling cepat esok dah boleh ambil. Rupanya, sangkaan saya meleset sama sekali. Patutlah sahabat saya menggesa saya untuk memperbaharui pasport awal sedikit. Lambat rupanya ya๐Ÿ˜‚

Kalau tak, hujung November baru nak renew. Pertengahan Disember baru nak guna. Berani sungguh makcik sorang ni, cari nahas waktu kecederaan! Memang makcik fly soranglah tanpa pakcik di sisi… sebab cerita ini berkenaan passport dialah๐Ÿคญ

Sharhanah

Nak Tukar Windscreen? Bagaimana RFID Saya??

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Gambar sekadar hiasan. Waktu ke Lanai Anggun @Ecosky.

Masih bertagak (buat rileks) bila cermin hadapan kereta retak. Bukan apa, tag RFID belum beli lagi. Malas rasanya nak walk-in ke kedai cermin kereta. Bila cermin depan dah ganti baru, tag RFID yang manjahhh bukan boleh cabut pun untuk pasang balik. Cabut considered rosak! Dah la duduk di lembah Klang, tol di mana-mana. 

Kebetulan, waktu suami off day, kami berdua lalu di Bangsar South. Terus apalagi, isterinya terus masuk Touch N Go HQ yang terletak di Tower 6, Avenue 5. Masuk Q untuk dapatkan tag RFID. Beli dekat sini jimat RM5. 

Lepas dapat, baru ada semangat nak tukar cermin depan kereta. Tapi, saya rasa blur. Takut pun ada sebab risau salah pasang, risau palang tak terangkat, risau macam-macam lagi lah. Sebab dulu waktu percuma dapat RFID, saya perlu bawa kereta ke salah satu pusat pemasangan RFID. Semua staf yang buatkan. Sebab tu lah saya duk ingat, pemasangan RFID ni sangat rumit. Sampai perlu ke pusat tersebut untuk pemasangan. 

Rupanya, suami saya selitkan di sticker roadtax je๐Ÿคฃ tanpa perlu lekat atau pakai holder. RFID untuk palang taman perumahan pun dia buat macam tu. Cuma dia selitkan di bahagian depan sebab ada satu sticker yang bertampal dekat situ. Detect pula ya๐Ÿคญ

Saya ni penakut. Kalau RFID taman lepas, macam mana RFID tol pula. Saya ajak juga suami cuba lalu tol percuma (waktu tu) di lebuhraya SUKE. Kami cuba waktu malam. 

Masa nak melepasi tol tu, perasaan berdebar-debar sangat. Saya dah mula sakit perut. Begitulah kalau orang ada anxiety. Hanya orang macam saya jer yang faham.

Alhamdulillah! Palang terangkat!!! Saya dan anak-anak melonjak riang. Kelakar pun ada. Sanggup malam-malam keluar pergi test power. Siap high five dengan suami. Lepas ni saya tak perlu risau lagi. Terus perasaan jadi tenang. Setenang air tasik, perut yang sakit tadi hilang macam tu je.

Oh ya, sebelum saya terlupa, saya sertakan cara untuk aktifkan RFID yang baharu. Mudah juga rupanya. Saya pun refer imej di bawah ni je. Alhamdulillah, dalam beberapa minit dah aktif!

Imej cara untuk aktifkan RFID Tag

Semoga bermanfaat!

Sharhanah

Cara Simpan Duit Paling Mudah

Benarlah kata peribahasa ni sikit sikit lama lama jadi bukit. Janji istiqamah ditambah perasa dengan sifat sabar, akan terciptalah tabung dengan duit yang penuh. Waktu tu, baru terasa apa yang dikorbankan amatlah berbaloi.

Saya dah praktikkan lebih daripada 2 tahun cara simpanan yang sangat mudah. Tanpa perlu fikir setiap bulan nak simpan macam mana. Orang kata effortless.

Ini semua berdasarkan pengalaman saya ya. Saya tak tahu orang lain simpan macam mana. 

Saya ada tabung hijau. Semua duit RM5, saya letakkan dalam satu bekas. Asal jumpa jer, memang  saya dan suami akan masukkan ke dalam bekas tu. Sampai tak berani nak gunalah๐Ÿคญ. Nak buat tabung oren tak mampu.

Setahun lebih menyimpan, dapatlah tunai RM1.3k. Dengan duit itulah kami dapat balik kampung beraya, dapat bayar kos baik pulih mesin basuh yang kebetulan rosak waktu tu.

Untuk tabung online, saya create 5 tabung dalam Maybank2u. Tabung-tabung ni hanya untuk setahun, dan ada 1 tabung yang saya sengaja target lebih daripada setahun.

Create goal di Maybank2u 

Tabung kereta (roadtax and insurance), tabung ibadah korban, tabung travel & tabung emergency. Maksimum 5 tabung je yer... Tak boleh lebih. Best time nak create nama tabung tu je. Hihihi.

Contoh tabung ibadah korban, target simpanan adalah RM800. Saya akan bahagi kepada 12 bulan. Maka, bulan-bulan, RM67 akan dipotong terus dari akaun bank saya.

Bila dah cukup RM800, saya akan pecah tabung. RM800 akan terus masuk ke akaun bank simpanan saya. Boleh dah nak buat ibadah korban setiap tahun.

Paling rendah, saya buat pemotongan RM10 je. Yang ini, tabung yang lebih daripada setahunlah . Memang tak terasa bila potong. Tahu-tahu, dah banyak. Boleh terus masuk ASB atau Tabung Haji. Sebab ASB minimum kalau nak simpan RM100 dan ke atas. Kalau nak direct potong guna Maybank2u pun boleh. Tapi ada caj la.

Tabung-tabung online ni saya sangat suka sebab boleh asingkan dan mudah create. Lepas tu, biarkan je tiap-tiap bulan duit masuk. Bila penuh kita harvest lah. 

Untuk yang simpan lebih pada setahun, Maybank ada bagi dividen. Tapi sikit je la. Sebab tu saya cadangkan cukup setahun keluarkan dan letak tempat yang boleh kembangkan duit tu lagi. Lepas tu, create semula tabung yang baharu. Begitulah seterusnya.

Insha-Allah, hujung tahun ni saya nak ke luar negara. Berkat kesabaran menabung. Masa untuk berehat sambil main salji pula. Dah penat bekerja di rumah sebenarnya. Inilah masa yang sesuai untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Esa. 

Sharhanah

Fokus Apa Yang Kita Nak


Sebijik buah epal di kalangan berpuluh-puluh biji limau mandarin

Pagi tadi, saya terpaksa keluar berjalan kaki membeli barang dapur di pasaraya Mydin yang berdekatan dengan rumah. 

Selalunya, selepas Subuh... Saya dah mula mengemas rumah, memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh dan akan mengambil sedikit masa untuk menyemak emel. 

Saya akan ke pasaraya berdekatan sebelum pukul 8 pagi untuk elak ramai orang. Saya lipat siap-siap dua plastik sederhana besar untuk isi barang yang telah dibeli nanti. 

Lama tak keluar rumah, tak sangka J&T dah pindah lagi dekat dengan rumah. Syukur, mudah betul nak pos barang nanti, mudah nak drop off. Hanya 500 meter! Upah jalan kaki je.

Ya, cuma nak inform, saya beli buah limau mandarin jer. Tidak pula membeli epal hijau๐Ÿ˜…

Sharhanah 

Pokok bunga tanpa perlu susah-susah tanam, tapi sangat cantik!



Saya masih mencari nama saintifik pokok ni. Tak jumpa pula. Tumbuhan ini tumbuh melata di sepanjang jalan bersama rumput dan lalang. Saya perasan waktu hantar anak saya ke sekolah. Takde keje pula nak turun ambil gambar. Dalam hati memberontak, suatu hari nanti... Pasti akan ku petik diri mu jua. Sekali lupa macam tu je. Sebab anak dah pergi sekolah naik bas.

2 tahun berlalu selepas PKP...

Semalam saya sibuk di dapur. Sambil mencuci pinggan mangkuk, mata saya tertumpu pada luar tingkap. Eh, sejak bila pokok bunga ni tumbuh? Sebelum ni tak ada pula. Kelihatan sang suami sedang sibuk di luar. Saya abaikan sebab saya perlu bergegas masuk "ofis". Banyak kerja yang sedang menunggu.



Aik, dah ada orang petik! Rupanya si suami yang bawa dan letak atas meja "ofis" saya. Inilah pertama kali suami beri sejambak bunga! Hahaha... Masa bercinta pun tak pernah diberinya. Inikan pula selepas kahwin. Dapat bunga si putih liar ni je.

Inilah peluang keemasan saya sejak 2 tahun lepas untuk mengabadikan gambar si bunga putih comel. Kita tak perlu cari dia, dia yang datang dekat kita. Dasattt.


Beginilah yang sebenarnya kehidupan makhluk Allah di dunia. Kecantikan tidak akan kekal lama.... Percayalah!

Sharhanah 

Motivasi Rabu


Apabila kita buka bisnes, sudah-sudahlah kita mengharap benda berlebih. Contohnya, kita berharap benar jiran kita, saudara mara kita, kawan-kawan kita datang membeli. 

Sebabkan kita berharap, mereka tak datang, kita kecil hati.

Kalau kalian ada sikap begini, sudah-sudahlah. Tutup je bisnes pergi cari kerja. Itu jauh lebih bagus.

Orang bisnes, dia tak peduli semua hal tersebut. Dia buat bisnes sebab dia tahu dia selesaikan masalah orang. 

Contohnya kita jual kuih keria. Orang yang tak tahu buat, tak reti nak buat, malas nak buat, akan pergi beli dengan kita.

Kalau orang itu reti buat, dia tak beli. Simple je. Jadi tak usahlah tak habis-habis nak meratap "kalau dia sedara kita mesti dia datang support. Kita nak support je bukan apa-apa pun."

Masalahnya, support yang kita minta itu berupa duit. Kita pun tak tahu mereka ada duit ke tak. Nak paksa kenapanya gais.

Ini sindirlah dekat socmed kata jiran tak support. Kata saudara mara adik beradik tak peduli, kata kawan baik seorang pun tak nak beli.

Jika fikir baik-baik, kalau benar kita ini ok, pasti semua ok dengan kita. Kalau dah semua orang tak ok dengan kita, mereka yang tak ok ke kita yang tak ok ni sebenarnya? Ah sudah.

Buat bisnes, jaga hati. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

๐Ÿ’ช

Cara Sidai Pakaian Agar Cepat Kering

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Perasan tak? sekarang cuaca dah tak macam tak menentu. Musim panas pun dah jarang-jarang. Asyik mendung je. Petang atau malam hujan turun selebat-lebatnya. Kurang sejam, hujan dah berhenti. Syukurlah kalau sidai pakaian awal, kalau lambat? Memang payah keringlah.

Saya tak ada pengering pakaian. Bertabahlah kalau hari-hari hujan. Cuma ada beberapa tips untuk cepatkan pakaian agar mudah kering.

Paling utama, sidai pakaian sebelum pukul 9 pagi! Kalau sidai kain pukul 5 petang, sila abaikan posting ini.

Masa keluarkan pakaian dalam mesin basuh, ambil satu-satu dan terbalikkan (untuk menjaga warna pakaian agar tidak mudah kusam). Kibas pakaian untuk mengurangkan kedutan dan elakkan pakaian berlipat. Terus masukkan ke dalam bakul untuk di bawa ke ampaian.

Guna penyangkut baju untuk sidai semua jenis pakaian. Gantung pakaian secara lurus. Guna penyepit kiri dan kanan untuk kain sarung dan tuala mandi.

Sidai semua  pakaian mengikut jenis pakaian. Baju satu geng, seluar satu geng, pakaian dalam satu geng, sarung kaki satu geng, pakaian sekolah satu geng.

Pastikan "mereka" tidak terlalu rapat. Jarakkan "mereka" agar "mereka" tidak bergosip tentang anda.  Kalau rapat sangat, dijangka proses untuk kering juga agak lambat. 

Selepas Asar, dah boleh kutip pakaian di ampaian. Seronok nak melipat kalau pakaian semua masih panas-panas. Mudah melipat dan kurang sungguh kedutannya.

Saya suka ampaian di kampung. 1 tali diikat dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Sidai tanpa guna penyangkut baju. Hanya guna penyepit. Memang mudah sangat nak kering. Kekurangan? Banyak semut hitam melata sepanjang tali ampaian tu. Kalau banyak pakaian, ampaian pula tak cukup. Kena sidai ikut batch. Batch pertama kering, kutip, sidai batch ke-2 pula. Begitulah seterusnya. Perlu ada mood rajin ditahap maksima. Kalau malas, ke dobi juga akhirnya๐Ÿคญ

Pstttt.... Pernah terfikir perkara pertama lepas diberhentikan keje, nak buat bisnes melipat kain di beberapa dobi depan rumah. Akak belum kuat.

Sharhanah

Cara Aktifkan Hotspot Unifi Mobile

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Dah pakai beberapa hari line Unifi, semalam baru keluar rumah untuk cod barang. Baru terdetik nak try buat hotspot. Konon nak test, senang nanti anak-anak nak guna hotspot mak theypa (mereka). 

Punyalah penat belek bahagian setting. Takde pula perkataan "personal hotspot". Dulu, ada je. Dah macam disorokkan pula. Bagi 10GB, nak buat apa kalau tak boleh nak buat hotspot. Saya membebel sendirian. Macam tak logik pun ya.


At last, saya chat live dengan Unifi. Rupanya saya perlu set dulu Hotspot setting APN. Hahaha... Patutlah! Almaklumlah, makcik ni bukan pandai pun. Tua pula tu๐Ÿ˜…

Jom kita setting ikut step ni satu persatu..  Insha-Allah, anda akan dibawa ke jalan yang benar.
  • Tap "Setting"
  • Tap "Mobile data"
  • Tap "Mobile data option"
  • Tap "Mobile data network"
  • In personal hotspot, tap "APN"
  • ENTER Unifi
  • Tap back 
  • Tap personal hotspot 
  • Make it "enable"
  • Tap turn on wifi & Bluetooth 
  • Now, Personal hotspot is enable.

Tadaaaaaa... Dah ada

Moga posting ini dapat membantu geng-geng seperti makcik ni ya. 

Sharhanah

Jom Beralih Ke Unifi Mobile Postpaid Ultimate Plan

Saya akan beralih ke unifi Mobile Postpaid Ultimate Plan (Unlimited Data, Calls, and Texts) tanpa kontrak. Sim kad dah sampai, cuma masih menunggu SMS daripada pengendali rangkaian lama saya untuk mengesahkan peralihan ini.

Sebenarnya, boleh je tukar nombor yang baharu. Tetapi bila difikirkan balik, banyak keje saya nanti. Sudah la tak banyak masa. Memang cari penyakit ๐Ÿ˜…

Kenapa saya tukar?

Sebab saya adalah pelanggan Unifi. Saya layak mendapat langganan tanpa kontrak. Ini yang saya suka, bebas.

Sebenarnya plan ni dah lama,  sejak 2019. Tapi dilanjutkan tempohnya sehingga sekarang. Asalnya, harga RM99. Mungkin nak tarik pelanggan, harga diturunkan kepada RM59. Kenapa la tak RM50 saje kan.

Disebabkan rangkaian lama saya (pra bayar) tidak menawarkan unlimited data walaupun sudah setia lama dengannya, saya merajuk dan beralih arah. Sebenarnya cukup saja data yang diberi memandangkan banyak masa saya di rumah (wifi). Tapi, akan jadi masalah bila travel ke luar daerah. Telefon saya jadi mangsa personal hotspot anak-anak. Data habis, nak guna Setel pam minyak pun tak boleh. 

Pendaftaran sangat mudah. Sim kad cepat sampai terus ke rumah. Aplikasi pun mesra pengguna. 

Cuma katanya, coverage sangat tip top di kawasan bandar. Kawasan cerok tu, agak sadis lah. Saya boleh terima lagi disebabkan saya bukan selalu keluar rumah. Boleh la nikmati liputan 5G selepas ni. Huhuhu... Laju-laju sangat nak pi mana???

Sharhanah

Mengurus Masa

Cikgu saya kata: “Semua orang ada 24 jam yang sama. Kenapa ada yang kaya ada yang tak. Ada yang boleh urus 20 bisnes ada yang sekadar kerja 1 bidang sahaja. Semuanya tentang pengurusan masa. Manusia yang paling bijak ialah dia susun dan rancang segala kerja dia. Sampai dia tak sedar dia dah kaya.” - KHM

Hampir dua bulan saya fokus kepada tugasan baharu. Menjadikan saya lebih sibuk daripada biasa di rumah.

Ya, saya masih berniaga. Cuma saya kurangkan menu. Saya fokus pada 3 sahaja. Yang simple dan mudah disediakan. Memandangkan saya sudah ada tugasan hakiki (dibayar gaji secara bulanan), maka bisnes saya dah jatuh nombor 2.

Sebenarnya, bos lama saya panggil saya bekerja semula. Saya terima sebab saya tak perlu ke tempat kerja. Hanya jaga sistem dan layan inquiry. Saya bebas bekerja ikut waktu yang saya nak.  Menarik bukan???

Zero cost untuk petrol, tak perlu pening fikir baju apa nak pakai setiap hari, dapat urus makan dan pakai buat suami dan anak-anak. Itu antara kelebihan yang saya dapat. 

Tapi, bukan semudah yang disangka. Saya perlu urus masa sebaik-baiknya. Sesekali waktu sibuk menerjah, mana nak ke dapur, mana nak reply mesej yang urgent, memang tak terkejar. 

Kadang, kepala ni penuh dengan to-do-list. Sesekali perlu menghela nafas yang panjang untuk melegakan sesak di dada. Saya ada masalah kerisauan jika tak dapat selesaikan satu-satu perkara. Itu kekurangan saya.

Di situ saya belajar utamakan perkara yang paling penting. Contohnya, tengah melayan pertanyaan pelanggan thru WhatsApp. Dalam masa yang sama, ada order masuk di platform. Saya perlu selesaikan order yang masuk dahulu. Maka, berlari anak lah saya ke dapur siapkan tempahan. Habis je, sambung menjawab pertanyaan pelanggan. Begitulah. 

Kadang satu hari takde langsung order. Saya akan fokus 100% kepada kerja yang bergaji tu. At least, saya ada pendapatan tetap. Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya tak boleh nak harap pada bisnes kecil saya ni. Lepas duit poket sekolah anak-anak pun dah rasa bersyukur. 

Suami ajak berjalan pun saya tak kisah. Selagi ada talian internet, di mana-mana pun saya boleh buat kerja. Baru-baru ni, kami anak beranak pergi berkhemah di tepi pantai. Lega rasanya melihat lautan luas terbentang, bunyi ombak menghempas ke pantai sambil buat keje sambil mengadap pantai. Eh! 

Nature lover,

Sharhanah

MRT KAJANG LINE - Stesen Bas Jalan Pekeliling

Sudah 2 tahun saya tidak aktif menaiki keretapi ๐Ÿ˜‚ dan tiba-tiba terpaksa pula mengajar anak. Sudah pula masa diberi kurang daripada sejam! Kalau tak, anak saya akan tertinggal bas.

Sebelum pergi, saya Google dulu.

(Eh, dah ada PUTRAJAYA LINE. Sayangnya, belum beroperasi secara rasmi. Kalau tak, saya perlu tukar train di Stesen MRT TRX dan naik PUTRAJAYA LINE untuk turun di Stesen MRT TITIWANGSA)

Sampai di kaunter saya tambah nilai Mykad anak saya sambil bertanya pada kakitangan yang bertugas untuk kepastian. Risau juga, sudahlah masa suntuk... Saya buat pula bodoh sombong, memang cari pasal lah! Malu bertanya, sesat jalan weh.

Saya perlu turun di Stesen MRT MALURI/MRT MERDEKA dan tukar ke LRT AMPANG LINE. Ya, ini adalah pengalaman pertama kali nak ke Stesen bas tersebut. Pernah dengar, sampai jer belum๐Ÿ˜…. Kalau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) saya tahu lah.

Semasa berjalan ke LRT AMPANG LINE, kena pastikan kita di platform yang benar. Ya, tunggu train yang menghala ke Sentul Timur ok. Bukan yang menghala ke Ampang. Itu cari pasal nak tambah masa๐Ÿ˜‡

Saya beberapa kali tengok jam. Macam tak sempat jer. Saya mampu berdoa dalam masa kecederaan ini agar Allah mudahkan kami agar selamat sampai pada pukul 1. Bayangkan, saya masih perlu melalui lagi 9 stesen lagi. Walhal, tinggal lagi 15 minit jer.

Kami turun di Stesen LRT TITIWANGSA. Dengan berlari anak melalui jejantas, dan sampai ke Stesen Bas Jalan Pekeliling tepat jam 12.59!!! Rasa macam nak nangis weh. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Balik, saya lebih rileks. 

Senang nak ke mana pun 




Dengarnya, awal Jun nanti MRT Putrajaya Line akan mula beroperasi 

Moga entri ini dapat membantu orang yang macam saya ni. Dah lama sangat bertapa dalam rumah๐Ÿคญ

Sharhanah

Kain Pelikat/Batik Halus Lembut

Saya ada stok kain sarung untuk dijual. Meh la cuci mata.

Kain pelikat / batik dewasa D ELINA adalah daripada jenis fabrik 90% kapas dan 10% polyster. Bukaan (bidang) adalah 38 inci, labuh 46 inci dan semua kain ini telah siap dijahit. Senang kan.

Kain ini jenis halus dan lembut. Ia juga selesa dipakai sebab kain ini jenis serap air dan tak panas.

Untuk yang terer menjahit, kain ini boleh dijadikan seluar, baju kurung dan baju kemeja. Rajin ngan tak rajin jer. Saya upah tukang jahit buatkan seluar anak-anak saya. Lepas raya kot baru siap.

Oh ya, kain jenis ini ๐Ÿ’ฏ% basuh tak turun kaler tau. Warnanya semua cantik-cantik. 

Kod: 020
Available

Kod: 037
Available

Kod: 033
Available

Kod: 027
Available

Kod: 040
Available

Kod: 025
Available

Kod: 021
Available

Kod: 031
Available

Kod: 038
Available

Kod: 026
Sold out

Kod: 039
Available

Kod: 017
Available

Kod: 019
Available

Kod: 023
Available

Kod: 028
Available 1 jer

Kod: 030
Available

Kod: 022
Available

Kod: 016
Available

Kod: 035
Available

Kod: 032
Available

Kod: 034
Available

Kod: 018
Available

Kod: 029
Available

Kod: 024
Available

Kod: 036
Available

** Warna kain sedikit berbeza pada gambar kerana faktor pencahayaan

Kod: 013
Available

Kod: 010
Available 1 jer

Kod: 008
Available

Kod: 004
Available

Kod:002
Available

Kod: 003
Available

Kod: 011
Available

Kod: 012
Available

Kod: 007
Available

Kod: 005
Available

Kod: 009
Available

Kod: 015
Sold out

Kod: 001
Available

Kod: 006
Available

Kod: 014
Available

Kalau ada yang nak membeli, boleh terus hubungi saya yer. Pilih kod untuk semak ketersediaan. Kain ini saya jual RM15 sehelai. Kalau beli 4 helai, jumlah hanya RM50 sahaja. 

Sharhanah
⚠️๐ƒ๐ข๐ฌ๐œ๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ซ Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post๐Ÿฅ•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...