Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Motivasi Rabu

Apabila kita buka bisnes, sudah-sudahlah kita mengharap benda berlebih. Contohnya, kita berharap benar jiran kita, saudara mara kita, kawan-kawan kita datang membeli.  Sebabkan kita berharap, mereka tak datang, kita kecil hati. Kalau kalian ada sikap begini, sudah-sudahlah. Tutup je bisnes pergi cari kerja. Itu jauh lebih bagus. Orang bisnes, dia tak peduli semua hal tersebut. Dia buat bisnes sebab dia tahu dia selesaikan masalah orang.  Contohnya kita jual kuih keria. Orang yang tak tahu buat, tak reti nak buat, malas nak buat, akan pergi beli dengan kita. Kalau orang itu reti buat, dia tak beli. Simple je. Jadi tak usahlah tak habis-habis nak meratap "kalau dia sedara kita mesti dia datang support. Kita nak support je bukan apa-apa pun." Masalahnya, support yang kita minta itu berupa duit. Kita pun tak tahu mereka ada duit ke tak. Nak paksa kenapanya gais. Ini sindirlah dekat socmed kata jiran tak support. Kata saudara mara adik beradik tak peduli, kata kawan baik seorang p

Cara Sidai Pakaian Agar Cepat Kering

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani Perasan tak? sekarang cuaca dah tak macam tak menentu. Musim panas pun dah jarang-jarang. Asyik mendung je. Petang atau malam hujan turun selebat-lebatnya. Kurang sejam, hujan dah berhenti. Syukurlah kalau sidai pakaian awal, kalau lambat? Memang payah keringlah. Saya tak ada pengering pakaian. Bertabahlah kalau hari-hari hujan. Cuma ada beberapa tips untuk cepatkan pakaian agar mudah kering. Paling utama, sidai pakaian sebelum pukul 9 pagi! Kalau sidai kain pukul 5 petang, sila abaikan posting ini. Masa keluarkan pakaian dalam mesin basuh, ambil satu-satu dan terbalikkan (untuk menjaga warna pakaian agar tidak mudah kusam). Kibas pakaian untuk mengurangkan kedutan dan elakkan pakaian berlipat. Terus masukkan ke dalam bakul untuk di bawa ke ampaian. Guna penyangkut baju untuk sidai semua jenis pakaian. Gantung pakaian secara lurus. Guna penyepit kiri dan kanan untuk kain sarung dan tuala mandi. Sidai semua  pakaian mengikut jenis p

Cara Aktifkan Hotspot Unifi Mobile

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani Dah pakai beberapa hari line Unifi, semalam baru keluar rumah untuk cod barang. Baru terdetik nak try buat hotspot. Konon nak test, senang nanti anak-anak nak guna hotspot mak theypa  (mereka).  Punyalah penat belek bahagian setting. Takde pula perkataan "personal hotspot". Dulu, ada je. Dah macam disorokkan pula. Bagi 10GB, nak buat apa kalau tak boleh nak buat hotspot. Saya membebel sendirian. Macam tak logik pun ya. At last, saya chat live dengan Unifi. Rupanya saya perlu set dulu Hotspot setting APN . Hahaha... Patutlah! Almaklumlah, makcik ni bukan pandai pun. Tua pula tuπŸ˜… Jom kita setting ikut step ni satu persatu..  Insha-Allah, anda akan dibawa ke jalan yang benar. Tap "Setting" Tap "Mobile data" Tap "Mobile data option" Tap "Mobile data network" In personal hotspot, tap "APN" ENTER Unifi Tap back  Tap personal hotspot  Make it "enable" Tap turn on wifi

Jom Beralih Ke Unifi Mobile Postpaid Ultimate Plan

Saya akan beralih ke unifi Mobile Postpaid Ultimate Plan (Unlimited Data, Calls, and Texts) tanpa kontrak. Sim kad dah sampai, cuma masih menunggu SMS daripada pengendali rangkaian lama saya untuk mengesahkan peralihan ini. Sebenarnya, boleh je tukar nombor yang baharu. Tetapi bila difikirkan balik, banyak keje saya nanti. Sudah la tak banyak masa. Memang cari penyakit πŸ˜… Kenapa saya tukar? Sebab saya adalah pelanggan Unifi. Saya layak mendapat langganan tanpa kontrak. Ini yang saya suka, bebas. Sebenarnya plan ni dah lama,  sejak 2019. Tapi dilanjutkan tempohnya sehingga sekarang. Asalnya, harga RM99. Mungkin nak tarik pelanggan, harga diturunkan kepada RM59. Kenapa la tak RM50 saje kan . Disebabkan rangkaian lama saya (pra bayar) tidak menawarkan unlimited data walaupun sudah setia lama dengannya, saya merajuk dan beralih arah. Sebenarnya cukup saja data yang diberi memandangkan banyak masa saya di rumah (wifi). Tapi, akan jadi masalah bila travel ke luar daerah. Telefon saya jadi ma

Mengurus Masa

Cikgu saya kata: “Semua orang ada 24 jam yang sama. Kenapa ada yang kaya ada yang tak. Ada yang boleh urus 20 bisnes ada yang sekadar kerja 1 bidang sahaja. Semuanya tentang pengurusan masa. Manusia yang paling bijak ialah dia susun dan rancang segala kerja dia. Sampai dia tak sedar dia dah kaya.” - KHM Hampir dua bulan saya fokus kepada tugasan baharu. Menjadikan saya lebih sibuk daripada biasa di rumah. Ya, saya masih berniaga. Cuma saya kurangkan menu. Saya fokus pada 3 sahaja. Yang simple dan mudah disediakan. Memandangkan saya sudah ada tugasan hakiki (dibayar gaji secara bulanan), maka bisnes saya dah jatuh nombor 2. Sebenarnya, bos lama saya panggil saya bekerja semula. Saya terima sebab saya tak perlu ke tempat kerja. Hanya jaga sistem dan layan inquiry. Saya bebas bekerja ikut waktu yang saya nak.  Menarik bukan??? Zero cost untuk petrol, tak perlu pening fikir baju apa nak pakai setiap hari, dapat urus makan dan pakai buat suami dan anak-anak. Itu antara kelebihan yang saya d