Episod 4: Langkah Ihram Menuju Baitullah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ada satu rasa berat yang bergayut di sudut hati apabila tiba masanya untuk kami melangkah keluar dari hotel. Sukar sebenarnya untuk meninggalkan Madinah... sebuah kota ketenangan yang dingin, yang telah memberikan sejuta kedamaian kepada jiwa kami sepanjang beberapa hari lalu. Namun, seruan yang lebih agung kini menanti di Kota Mekah untuk kami menunaikan ibadah umrah wajib.

Para jemaah di miqat bir ali

Episod 3: Langkah Kerdil Menyusuri Jejak Kekasih Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Bumi Madinah ni, kalau kita setakat duduk dalam hotel memang takkan cukup untuk selami sedalam-dalamnya gelora sejarah yang ada. Jadi, kami mulakan satu kembara jejak sirah yang sangat padat dengan emosi. Dari kisah keajaiban pertukaran kiblat di Masjid Qiblatain, hinggalah melayan keterujaan anak melihat timbunan coklat dan kurma segar di Kebun Kurma Abu Faisal, semuanya memberikan rasa takjub yang luar biasa.

Salah satu masjid di Madinah

Episod 2: Kebab Madinah & Jejak Raudhah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Hari pertama di Madinah kami mulakan dengan aktiviti santai-santai je. Maklumlah, baru sampai, jadi kami ambil masa untuk ronda-ronda sekitar hotel sambil mengenal jalan. Untung sangat sebab hotel kami dekat betul dengan Masjid Nabawi, kurang 50 meter. Keluar dari pintu hotel, dah nampak masjid. Dekat sangat sampai rasa macam bila-bila masa pun boleh terus melangkah ke sana. Alhamdulillah, memang satu kelebihan.

Bergambar di Madinah

Episod 1: Dari Niat ke Realiti

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sejujurnya, perjalanan umrah ini bukanlah sesuatu yang saya rancang dari awal. Semuanya bermula dengan rezeki yang Allah aturkan, selepas saya berjaya menyelesaikan hutang kereta dua tahun lebih awal daripada tempoh sepatutnya. Duit yang biasanya digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta itulah yang saya disiplinkan diri untuk simpan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Persiapan mengerjakan umrah

Mengimbau Kembali Kenangan Umrah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Setiap perjalanan ke Tanah Suci menyimpan kenangan yang tersendiri. 6 tahun yang lalu, saya berpeluang mengerjakan umrah bersama anak sulung, Sofea dan merakamkan beberapa detik perjalanan tersebut melalui gambar.

Hari pertama di Madinah

Wordless Wednesday #27

 

A child flying a kite by the beach.

Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Diam tak diam, dah masuk tahun 2026 saya ber-blogging. Jadi, untuk memeriahkan lagi komuniti kita dan merapatkan ukhuwah, saya nak ajak anda semua join satu segmen santai: Segmen Cari Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!


Sabun Basuh Pakaian Apa Yang Anda Nak Rekemen?


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saya ada satu masalah yang buat saya rasa tak puas hati setiap kali nak melipat baju. 

A front load Toshiba
Mesin basuh sedang menunggu sabun pakaian untuk saling bekerjasama

Cerita Hari Pendaftaran Di Universiti


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, Sofea dah seminggu berada di alam universiti.

Perasaan? Agak teruja tengok dia melangkah ke alam universiti, tapi dalam masa yang sama, terfikir juga dapat ke sesuaikan diri dengan suasana baharu?  

Meja study di kolej kediaman tun dr ismail, UTM

Empat Anak, Dua Generasi, Seribu Cabaran


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sebagai ibu bapa di usia pertengahan 40-an, membesarkan empat orang anak dalam era digital ini benar-benar menguji kesabaran. 

Ruang tamu berselerak dengan buku-buku

Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Best pula terjumpa satu segmen menarik daripada blogger Shuhaida Saad. Tanpa berlengah lagi, saya pun nak ambil peluang untuk turut serta meriahkan segmen beliau.

Klik gambar untuk join


Bulan Yang Penuh Dengan Kehilangan - September

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Selamat tinggal September.

Bulan yang penuh dengan kehilangan.