Naik Bas Sepanjang Berada di Turkiye

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Memandangkan mod perjalanan sepanjang berada di Turkiye menggunakan bas persiaran, maka entri ini majoritinya gambar-gambar yang diambil dari atas bas je lah yer. 

Kami tiba di Lapangan Terbang Istanbul (İstanbul Havalimanı) yang berada di bahagian Eropah Istanbul. Kami sampai pun dah malam dan disambut oleh tour leader dari Malaysia (TL) dan tour guide tempatan (TG). Kami berjalan mengekor mereka berdua menuju ke arah bas yang sedang menunggu.

Kebanyakan bas persiaran di Turkiye berwarna putih. Jangan salah naik bas sudah. Kalau boleh ingat muka driver pun okey. Awal-awal saya nak ingat agak sukar, muka TG dan muka driver pun boleh tertukar. Maka, ingatlah nombor perdaftaran bas. Lagi mudah kot.

Saya namakan bas tersebut sebagai EMY, sebab no plat pendaftaran bermula dengan huruf-huruf tersebut. Ya, EMY akan bawa saya dan yang lain menjelajah bumi Turkiye sehinggalah hari ke-7.

Malam tu, EMY bawa kami bermalam di Hotel Golden Way Giyimkent yang masih terletak di bahagian Eropah. Dalam 32 minit juga nak sampai. Pemandangan semasa perjalanan saya tak sempat snap. Al-maklum lah, dengan letih badan duduk berbelas jam di dalam kapal terbang. Mood bergambar ke laut dalam.
Memperkenalkan... EMY besar macam ikan paus
Itu bukan EMY, tetapi kepala bas group lain. Jangan tersalah naik!

Dalam perut EMY. Total kami dalam 42 pax rasanya termasuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Perjalanan dari bahagian Eropah ke Asia Turkiye dalam setengah jam. Jalan agak sesak pagi tu untuk ke Bosphorus Cruise. Layan gambar di bawah untuk lebih feeling!
Ramai pemancing di atas jambatan

Gegar kalau snap dalam bas
Untuk mengelak kesesakan jalan raya di kota Istanbul, pemandu bas kami (lupa nama dia) menggunakan laluan shortcut. Masuk lorong-lorong jalan sehala. Sudahnya, tersilap masuk lorong. Nak reverse tu, dengan saya-saya sekali tekan break. Hahaha. Seram bila bahagian bumbung yang hampir dengan cermin tingkap bas bergesel dengan dinding bangunan sebelah. Bayangkan lah!

Sesak nafas bila masuk ikut lorong kecil. Bahu jalan penuh dengan kenderaan persendirian
Premis perniagaan pun rapat-rapat betul dengan jalan raya.
Pakcik ni membantu pemandu. Saya dalam bas, nampak sipi je kan kereta di sebelah ni?

Bila berjaya undur, semua isi perut EMY bersorak gembira. Mana taknya, memang membuang masa betul bila "terperangkap" di lorong tikus. Kononnya nak elak kesesakan lalu lintas, sekali tersekat. Masa hadap jem sama dengan masa tersekat di lorong🤣. Dekat sini kita dapat beberapa point; 

Hadap jem (1 jam) - Malas nak fikir. Follow the flow.
Cari alternatif jalan lain (kurang sejam) - Siapa yang jenis adventure, akan pilih ini. Tapi, bila ada masalah... masa tetap akan jadi  sejam. Sabar je lah.

Dalam menikmati perjalanan di bumi Turkiye ni kan, "nyawa" yang penting untuk pelancong ialah soket pengecas telefon bimbit. Sekarang dah banyak bas persiaran/ekspress tersedia dengan kemudahan ini di setiap tempat duduk penumpang.

Talian hayat... charger USB suami, tu pun suruh staf hotel belikan. 

Pemandangan bentuk muka bumi akan berubah bila memasuki lebuhraya. Saya sajikan beberapa keping gambar dari dalam bas untuk tatapan pembaca. Cuma ia tidak tersusun mengikut perjalanan asal.
Dapat zoom setakat ini je...
Kincir angin di atas bukit, pemandangan biasa di sepanjang perjalanan kami.
Signboard arah bandar

Plaza tol... perjalanan pulang dari Bolu ke Istanbul
Perjalanan ke Bursa, Turkiye

Bursa, Turkiye

Apartments di Bursa.

 Sport shoe pink… sapa punyalah ni

Masih di Bursa lagi. Pokok pun dah takde daun. Sampai pun waktu musim peralihan luruh ke sejuk

Saya dalam bas, dia di luar bas waktu kami berhenti di R&R area Balıkesir.
Masjid/surau merata-rata di pelusuk tempat
Kediaman di sini kelihatan padat dan rapat

Pamukkale Travertenieri

Suasana pekan

Cappadocia
Semasa bas nak reverse...

Perjalanan waktu malam, memang tak boleh snap apa lah. Tak nampak view luar. Hanya guna mata kasar ni je menikmati lampu-lampu di sepanjang jalan menuju ke hotel. Pukul 6 setengah dah macam pukul 9 malam. Beginilah kalau nak melancong waktu nak masuk winter. Siang pendek bebenor. Nak lelap awal pun sayang sangat nak lepaskan pemandangan malam walaupun terhad. Bukan senang nak sampai lagi.

Pukul 6.34 petang😳
Seminggu perjalanan kami begitu. Sampai di satu-satu hotel, mesti dah malam. Lepas check-in, kami menikmati dinner yang pihak hotel sediakan. Mereka terpaksa menunggu kami. Nak buat macam mana kan, mereka dah biasa menyambut tetamu di musim begini. 

Pernah nak sampai hotel di Kusadasi malam tu, hujan turun selebat-lebatnya. Pemandangan luar tingkap bas memang nampak air hujan dan sedikit cahaya kenderaan lain je. Tapi, kita dah biasa kan dengan hujan lebat ni. Kalau turun salji lebat, memang jakun sekejap kot.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Entri ini dah lama terperap dalam draft. Sayang pula tak publish. Walaupun dah basi, ia kekal relevan bila rindu datang menerpa.

Nah, belanja simit berlatarbelakangkan hujung tayar EMY
Ikuti kisah saya di Turkiye
@sharhanahanafiah #anniversary #turkiye #fishing ♬ original sound - Sharhanah Hanafiah
Sharhanah

13 comments:

  1. Cantik tempatnya. Terasa feel yang tenang.

    ReplyDelete
  2. Waaaa dari Istanbul Eropah sampai ke Cappadocia menaiki bas.. okla dlm bas ada soket utk charger . Nyawa penting tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak jimat masa, boleh naik kapal terbang domestik. Tapi, trip saya trip orang biasa je. Banyak buang masa atas jalan raya...tapi view awesome, agak berbaloi naik bas.

      Delete
    2. Betul tu.. saya kalau travel pun suka yg mana lebih mur mur maka itulah yg menjadi keutamaan.. biar tenang dan lambat tapi kita enjoy the moment kan :D

      Delete
    3. Melancong dan bermusafir adalah sebahagian daripada aktiviti yang dapat menenangkan minda... Betul, enjoy the moment!

      Delete
  3. Pernah sampai Istanbul sahaja, itu pun sekejap. Teringin nak teroka bandar2 lain di Turkey. Cantik2 gambarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat Istanbul, kurang-kurang 3 hari baru habis pusing.. saya pun stay 2 hari je. Tak puas pergi dengan travel agent.

      Delete
  4. Memperhatikan foto-foto dari atas bis ini, serasa saya jalan-jalan keliling Turki nih Mbak.
    Terima kasih atas foto-fotonya ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan sudi singgah sini. Sesekali bawa pembaca jalan-jalan 😄

      Delete
  5. Impian SA ni nak travel ke Turkiye...ntah bila la akan jadi kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah, ada rezeki sampai juga nanti. Saya pun tak rancang awal.

      Delete

⚠️𝐃𝐢𝐬𝐜𝐥𝐚𝐢𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post 🥕

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...