Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!

 

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam perkenalan dan hai rakan-rakan blogger semua! 

Diam tak diam, dah masuk tahun 2026 saya ber-blogging. Jadi, untuk memeriahkan lagi komuniti kita dan merapatkan ukhuwah, saya nak ajak anda semua join satu segmen santai: Segmen Cari Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!

Kenapa anda wajib join? 

• Blog saya laju untuk diakses oleh pelawat.
• Ruang sidebar saya sangat lapang dan bersih. Bloglist anda nanti akan nampak dengan sangat jelas tanpa gangguan banner iklan yang berkelip-kelip!
• Setiap pembaca yang singgah ke blog ini pasti akan perasan nama blog anda di sidebar.

Tiada istilah menang atau kalah, tiada cabut undi. Asalkan blog anda aktif menulis (walaupun sebulan sekali), saya akan masukkan SEMUA link blog peserta ke dalam sidebar saya! Adil, kan? 

Syarat Mudah Nak Join:

1. Buat satu entri ringkas di blog anda dengan tajuk: “Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!”.
2. Letakkan pautan (link) entri ini dalam entri anda tadi supaya rakan lain pun boleh join sekali.
3. Tinggalkan pautan entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah supaya saya tak terlepas pandang.

Tempoh Segmen:

Segmen ini dibuka selama sebulan bermula hari ini sehingga 15 November 2026. Lepas tarikh ini, saya akan terus kemas kini bahagian bawah sidebar (di bawah widget arkib) dengan link blog anda semua!

Alang-alang blog tengah 'clear' tanpa iklan ni, jom kita penuhkan sidebar dengan komuniti blogger yang aktif. Saya tunggu penyertaan anda tau! Terima kasih daun keladi! 

- Sharhanah

No comments:

Post a Comment