Daftar Sendiri Sebagai Vendor Foodpanda

Selepas saya hantar notis sebulan nak berhenti kerja pada bulan April lepas, saya terfikir benda apa yang boleh saya buat untuk menambah pendapatan isi rumah merangkap membantu meringankan bebanan suami. Terus terfikir nak daftar nak jadi vendor Foodpanda (FP). Boleh berniaga dari rumah, tak perlu nak sewa-sewa kedai. Lagipun saya dah ada produk nak meniaga. Ya, saya daftar sendiri tanpa agen. Walaupun tak pandai, sis cuba!๐Ÿ˜… Alhamdulillah dah 4 berbulan saya berniaga guna platform FP.

Perkara pertama yang saya buat adalah daftar perniagaan dulu dekat SSM secara online. Caj yang dikenakan untuk lesen setahun adalah RM60.

Lepas dah muat turun lesen perniagaan, saya daftar pula di Foodpanda. Waktu tu saya tak plan pun nak start meniaga bila. Saya fikir, daftar je la. Sah-sah bulan Jun nanti saya di rumah sahaja. Dah tak keje dah kan waktu tu.



Saya isi semua ruang yang perlu diisi. Nama Restoran/Kedai tak semestinya nama syarikat yang kita daftar tadi di SSM tu. Boleh jer letak nama yang kita suka. Untuk jenis perniagaan, saya pilih restoran dan jenis Perniagaan Restoran dari rumah. Kos purata tu, total harga produk bahagi kuantiti jenis produk yang akan dijual nanti. Macam saya “$” jer lah sebab kos purata kurang daripada RM15.

Pastu untuk Alamat Restoran, letak alamat rumah. Akhir sekali tekan SUBMIT. Selesai sudah langkah 1 untuk pengaktifan. Langkah 2, kena tunggu pihak FP hantar kontrak. 


Lepas daftar, akan terima e-mel seperti di atas. Waktu ni, dah boleh snap menu makanan cantik-cantik. Yang ni agak leceh sikit sebab saya ni kan jurugambar amatur. Jenuh la jugak nak dapat gambar yang tajam dalam posisi yang sesuai. Masalah saya adalah saiz gambar yang tidak menepati spesifikasi kehendak FP. Banyak kali kena reject. Rasa macam nak nangis. Lepas faham, baru la rasa mudah.

Harga jangan lupa letak siap-siap komisyen FP ni. Macam restoran saya, dia ambil 35% weh. Contoh harga biasa jual adalah RM10. Kita kena la tambah 35%. Jadi, harga di FP adalah RM13.50. Disebabkan setiap invois ada caj SST bagai, harga paling cun letak di FP adalah RM14.

Dah kira semua harga yang nak letak dekat FP nanti, boleh dah create menu macam dekat kedai tu guna Google Slides.

Templat bawah ni pun okey kalau nak guna. Siap, ampa convert je ke PDF format. Pastu e-mel terus ke FP. Kalau dah ada portal senang, hanya edit untuk tambah item atau kategori menu, pastu attach menu yang kita dah buat siap-siap.


Nak daftar tu semua mudah… saya duk baca pengalaman orang, makan masa juga nak tunggu FP hantar device. Tup-tup, terkejut parcel daripada FP sampai depan rumah. Walhal, saya masih bekerja dan stok pun belum ada. Dalam tu ada bunting dan device. Mampu tengok jer la dulu sebab kena tunggu panggilan daripada FP untuk pengaktifan device. Dalam beberapa hari jer, saya dapat call. Tapi, saya hold dulu sebab saya masih sibuk bekerja plus stok takde lagi.


Bulan Jun baru saya reply mesej Whatsapp FP untuk segera dihubungi. Pengaktifan device tu memang kena tunggu derang call. Derang akan ajar satu-satu sehingga pemasangan kertas thermal untuk printer. Lepas tu, dah boleh nak buka restoran. Oh ya, kita boleh ikut suka hari nak menjual hari apa pun, syarat utama, kena buka minimum 4 kali seminggu.

Niat berniaga, sambil-sambil jer tambah pendapatan isi rumah. Takde lah menu saya macam dekat restoran tu. Nama pun homebased. Cari menu yang sesuai. Dari ruang tamu dah boleh dengar kung kang kung kang, marah si jiran sebelah nanti. Heeeee… Kalau jual goreng-goreng memang laku. Oh ya, bayaran FP dibuat seminggu sekali masuk terus ke akaun bank yang didaftarkan. 

Saya juga join group FP di FB. Macam-macam duk baca pengalaman vendor, rider dan customer. Sedikit sebanyak membantu saya memahami FP ni. Kalau ikut kepala otak satu ni jer, memang payah juga. Alhamdulillah, kawan saya banyak membantu. 

Doakan perniagaan ini berjaya ya.

Sharhanah 

No comments:

Post a Comment

⚠️๐ƒ๐ข๐ฌ๐œ๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ซ Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post ๐Ÿฅ•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...