Thursday, October 28, 2021

Kenangan - Pulau Redang 2013

 Assalammualaikum, 

Sebenarnya mood nak berjalan. Tapi apakan daya, boleh tengok album lama je lah. Sekarang bukan macam dulu, nak jalan bila-bila pun boleh.

Bila belek album lama, berkenan betul dengan Pulau Redang. Pasir pantai lembut macam tepung, bersih, laut membiru dan suasana yang damai. Orang kata, tempat paling sesuai nak lari daripada kesibukan kota. Tengok laut yang luas, lega kepala…


Waktu ni, dua orang anak masih pra-sekolah. Yang si kecik baru berumur tiga tahun. Mula—mula rancang, nak naik kapal terbang, tapi suami lebih suka travel dengan memandu kereta. Al-maklumlah, isteri dan anak-anaknya belum pernah sampai ke negeri pantai timur. Rasanya, dengan memandu kami akan lebih adventure. Hihi 

Jauh betul perjalanan kali ini. Rasanya 8 - 9 jam perjalanan. Kami suka menyinggah. Lapar singgah makan, nak ke tandas la… memang memandu ala-ala pelancong. Sampai ke Kuala Terengganu, dah malam. Aku memang dah booking hotel siap-siap. Senang nak gerak ke jeti esoknya.

Kami menaiki bot di Jeti Merang. Jenuh juga nak menunggu air laut pasang. Situ ada benting pasir. Susah juga nak ke laut dalam. Pengalaman dalam bot memang tak boleh lupa lah. Penumpang agak ramai. Melambung-lambung kami bila bot membelah lautan. Laut sana mana nak sama dengan laut Selat Melaka. Anak-anak muntah jua akhirnya walhal dah nak sampai.

Kami di sana selama 3 hari dua malam. Dapat ke Taman Laut Negara. Dapat snorkeling, dapat tengok terumbu karang, dapat berenang bersama ikan-ikan nemo. Anak-anak lebih suka main pasir pantai. Habis atas kepala pun ada pasir. Puas bermain di bawah terik mentari. Sampai si kakak demam sehari sebelum balik ke jeti. 

Sekarang ni, bila tanya balik pada si kecik, dia mana ingat pun. Tunjuk gambar, dia pun ingat-ingat lupa. Tunjuk dekat si bongsu,  dia tanya kenapa dia tak ikut… camna nak ikut, awak pun belum wujud lagi….dan…. Adakah kami perlu repeat semula? 

Insha-Allah, kalau ada rezeki, kita pergi lagi okey.

Sharhanah

No comments:

Post a Comment