18 tahun dalam dunia pekerjaan!

Hidup ini adalah pilihan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lamanyaaaa…. Ya! Bekerja menjadikan saya seorang yang menjaga masa. Terbawa-bawa perangai tu sampai sekarang.

Seingat saya, pertama kali dapat upah semasa saya jadi pelakon tambahan (budak sekolah) waktu cuti sekolah yang panjang. Waktu tu, saya berumur 16 tahun. Berlakon dengan Nasir Bilal Khan. RM16 sehari dah rasa sangat lumayan. Saya tak ingat berapa hari kena pergi ke set penggambaran. Saya mampu beli sepasang kasut sekolah yang baharu. Weh! Bergaya betul masuk Tingkatan 5.

Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bekerja di sebuah kilang sebagai operator pengeluaran sebelum dapat tawaran sambung belajar. Gaji? Saya dah tak ingat berapa. Kemudian, saya sambung belajar ke Tingkatan Enam Rendah dalam beberapa bulan dan dapat tawaran pula ke Politeknik dan ITM (1998). Saya pilih satu je, yuran yang paling murah. Agak-agak korang??? hehehe

Lepas grad, saya cari keje. Agak down sebab jari kelingking saya patah sebaik je saya habis belajar. Payah nak dapat polis. Saya keje 2 hari jer di sebuah kilang elektronik (Pulau Pinang, nak ada keje apa sangat... banyak kilang je). Staf HR sana perasan jari saya masih berbalut, siap ada besi. Dia suruh balik. Lagi la down! Huhuhu

Sapa suka menganggur? Angkat tangan!!! Serius saya tak suka.

Saya dapat keje sebagai Pegawai Skim Sangkutan selama 3 bulan di Pejabat Daerah dan Tanah berdekatan dengan rumah dengan elaun RM400 sebulan. Dalam masa yang sama, saya ada temu janji dengan GH untuk cabut besi di jari. Sesi fisioterapi beberapa kali saya hadir. Jari saya tetap sama. Tak boleh lurus. Down lagi.

Tamat kontrak dengan kerajaan, saya apply sebuah kilang Jepun sebagai QA di jabatan kejuruteraan. Keje 12 jam weh. Pagi saya kata malam, malam saya kata pagi... biasalah, kalau dah tak pernah berjaga malam sampai ke pagi. Lama tak lama, saya keje setahun juga la. Gaji basic waktu tu hanya RM500++ Nak cecah ribu? Rajinlah buat overtime. 4 hari cuti 3 hari keje atau 3 hari keje, 4 hari cuti.

Saya resign sebab dapat keje di Kuala Lumpur dan jadi anak perantau. Pertama kali keje di syarikat keselamatan, lepas tu di sebuah syarikat besar jugalah di Bukit Bintang secara kontrak. Dah macam kutu embun dah... keje masuk petang, balik pukul 11 malam. Berjalan kaki di KLCC dengan berbaju kurung selama dua bulan. Dalam masa yang sama saya apply keje tempat lain disebabkan status kontrak, memang tak secure kalau saya duduk di bandar besar.

Alhamdulillah, saya ditawarkan keje tetap di sebuah syarikat akhbar di ibu kota. 14 tahun tahun saya bertahan daripada status bujang ke status berkahwin sehingga beranak empat! Tahun 2020 syarikat terpaksa mengstruktur semula disebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk. 6 bulan mencari pekerjaan di bawah sistem insurans pekerjaan, dapatlah elaun. Habis dapat elaun, saya dapat keje di sebuah pusat peranginan. Agak mencabar dengan PKP, PKPP, PKPB.... At last, keje dari rumah jer. Melayan macam-macam karenah pelanggan. Hujung minggu pula bergegas ke sana.

8 bulan sebagai admin exec,  cukuplah. 2021, saya rancang untuk duduk di rumah jer... inilah masa saya bersama anak-anak. Masa untuk tebus kembali waktu anak-anak  tanpa ibu mereka di sisi. Anak sulung saya pun dah berusia 14 tahun. Untung si bongsu, sebab maknya sentiasa bersama dia. Tak perlu cari pengasuh, tak perlu ada bibik. Cukuplah...

Cuma, ada sedikit masalah. Saya tak ada dah gaji tetap... Dulu, gaji basic saya lebih banyak daripada gaji basic suami. Pendapatan isi rumah bulanan sedikit sebanyak terjejas bila saya dah tak bekerja. Memang risau juga.

Paling syukur, kete dah habis bayar 2 tahun awal. Saya juga tak pernah pakai kad kredit, tak pernah berhutang dengan orang... Sekarang saya perlu fikir macam mana nak dapat duit bulanan untuk bayar bil utiliti, insurans nyawa dan tabungan... Atau sedikit duit lebih untuk beli makanan kesukaan kami sekeluarga... Macam mana???

.... Kisah pengembaraan bermula!

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...