Berkelah di Sungai Gabai, Hulu Langat

Dahulu, sewaktu saya keje sebumbung dengan suami… hujung minggu jer, kami akan bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Paling suka sangat ke Taman Tasik Ampang. Anak-anak panggil “taman bulat bulat”.

Dekat situ ada taman permainan, ada outdoor gym, ada juga gerai makanan, ada kemudahan surau dan tandas. Saya suka berjalan keliling tasik biar keluar peluh. Kadang, kami bawa roti untuk bagi ikan makan. Seronok anak-anak bila tengok ikan merebut-rebut roti yang dah mulai kembang.

Sejak cuti rehat suami jatuh hari Selasa, kami sekeluarga dah tak kemana pada hujung minggu. Masa saya keje di tempat keje pun, Sabtu Ahad… mana ada saya di rumah, lewat petang baru sampai rumah. Sudah tak ada istilah hujung minggu bersama keluarga. Suami dah la bekerja di essential service sector. Memang mimpi lah kalau nak berjalan selalu.

Alhamdulillah, senyum hari ini dapat mandi sungai. Bawa bekal nasi goreng siap khemah dan dapur. Khemah tu berguna bila anak-anak nak salin baju. Dulu masa derang kecik, saya masukkan ke dalam kain batik jer... Biar derang salin kat dalam...saya juz pegang kiri kanan... hikhik... Sekarang pakat dah jadi anak dara, dah tak muat kain batik tu๐Ÿ˜…

Seekor pepatung di tebing sungai.

Kami ke sana dalam pukul 10 pagi. Ingatkan tak ramai orang. Rupanya ramalan saya meleset sama sekali. Hari biasa pun meriah. Nak cari tapak pun payah. At last, dapat la tapak paling dekat dengan laluan pejalan kaki. Bolehlah... Lagipun tak lama kami kat sini. Hanya nak berkelah dan mandi manda sahaja.

Pokok-pokok tinggi

Kawasan dekat sini tetap sama seperti dulu. Saya pernah datang tahun lepas sebelum PKP 1.0 cuma saya perasan keadaan tempat ni macam tak terjaga jer. Walaupun nak masuk kena bayar RM1, saya tak tahu lah... Duit tu untuk apa.

Dalam pukul 12.30 tengah hari kami dah bersiap-siap nak balik. Memang rancang nak balik sebelum zohor. Harap anak-anak puaslah mandi... Kang nanti membebel cakap sekejap sangat๐Ÿ˜…

Bahan-bahan soto. Alhamdulillah, kawan bawa dari rumah. Sedap betul berkelah di tepi sungai

Makan lepas mandi memang heaven! Lepas makan, terus kemas masuk beg... Akhir sekali baru runtuhkan khemah lepas anak-anak tukar pakaian basah. Sebenarnya, kitaorang dah malas nak tukar dalam tandas awam, memandangkan keadaannya tak pernah bersih. Baik bawa khemah. Nak solat pun senang.

Walaupun tak lama berendam dalam sungai, tapi cukuplah melegakan kami anak beranak. Orang kata, kualiti lebih baik daripada kuantiti. Masa berkualiti dengan anak-anak dan mencipta pengalaman, itu dah cukup bagus bagi saya daripada berejam-rejam dalam sungai tapi tak dapat apa.

Pstt... Sampai rumah, terus jemur tikar yang basah. Tikar banyak berjasa tu. Oklah, setakat tu jer nak update. Info tak banyak dan gambar pun tak banyak. Saya ralit melayan anak-anak. Cuma nak pesan, kalau datang mandi tu, tolonglah jangan buang sampah ke dalam sungai. Saya merayu sangat... Sungai adalah amanah untuk dijaga. Kesian generasi yang akan datang, risau cicit kita nanti mampu tengok gambar je. Sekian.

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️๐ƒ๐ข๐ฌ๐œ๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ซ Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post ๐Ÿฅ•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...