Monday, October 11, 2021

Sesekali ku rasa teringin…

 

Assalammualaikum,

Hari ini puasa ganti. Buat lunch siap-siap untuk keluarga. Beria mak depa masak, rupanya sapa pun tak makan sampai ke petang. Baik puasa sekali satu famili😅 Buat penat sungguh la. Depa ni tak dak selera kot kalau mak depa tak makan sekali. Bila buka puasa, penuh meja ngan anak-anak. Apakah?

Hari ini layan customers order eskrem dan tengahari tadi ada order patin masak tempoyak. Pastu sunyi sepi. 

Lepas Asar, masuk "opis" lah. Sebab berjanji dengan anak-anak nak buat biskut mazola. Semua dah teringin! Kebetulan kacang tanah ada baki lepas buat nasi lemak dua hari lepas. Asben dah belikan minyak jagung pagi tadi sebelum pergi keje. Suruh sorang anak pergi beli gula icing dekat kedai bakery tepi rumah. Sorang lagi tukang goreng kacang tanah. Haaa.. Mak depa bagi tugas dah😆

Makan masa betul duk perisi kacang. Pastu nak kisar pula. Settle segala, duk uli untuk jadikan doh... Tetiba ada order masuk....ikan patin masak tempoyak 2. Aku terpaksa stop dulu lah layan doh mazola ni. Layan lain la pula. 

Siap masak... Suruh anak bagi dekat rider, aku sambung buat mazola yang terbengkalai. Lagi setengah jam nak buka puasa, laju-laju aku bulatkan doh kepada saiz yang lebih kecil ... Ini adalah kali pertama aku bakar biskut mazola pakai air fryer. Try ikut resepi, 160•c / 20 minit, warna coklat tua plus telur merah bahagian atas jadi agak hangus. So, kali ke-2, aku kurangkan masa sikit kepada 10 minit. Alhamdulillah, kejadian mazola cantik tak macam pertama kali bakar.

Buka puasa aku cuba rasa dia dulu lah... Alhamdulillah... Sedap. Aku refer Resepi Che Nom dan sempat salin lekat dekat pintu peti sejuk. Senang nak buat lagi walaupun bahan dia sangat mudah yakmattt.

Kalau ada yang teringin, cubalah... 

Sharhanah

No comments:

Post a Comment