Friday, October 29, 2021

Semua orang perlu rasa



Assalammualaikum,

Siapa suka ikan patin? Lagi-lagi masak tempoyak.

Aku sebagai anak kelahiran Pulau Mutiara, agak janggal kalau makan ikan darat/ikan air tawar. Dah biasa makan ikan laut yang dalam sejak kecik lagi. Bila cuba ikan darat seperti ikan keli, ikan sepat... Aku dah tak lalu. Mungkin sebab bau hanyir ikan tu sendiri. Kalau aku makan pun, makan ikan yang dah jadi pekasam. Itu baru boleh layan.

Bila kahwin dan beranak pinak, suami ajar makan ikan darat. Aku tak boleh layan la. Kalau dia memancing dapat ikan, aku bagi jiran-jiran. Yang jiran pula pandai masak, dia bagi semangkuk, fuh! Sedap... Hanyir ikan tak bau langsung. Boleh la layan.

Kali ni, kawan bagi sepeket ikan patin frozen masak tempoyak daripada Patin Paskal. Memang niat nak bagi suami dan anak-anak. Lagipun mudah yakmattt nak sediakannya. Defrost ikan patin, sementara tu pes masuk dalam kuali. Tambah 400ml air dan didihkan. Pastu baru masuk ikan. Kurang setengah jam, dah siap dihidang. 

Aku mencuba sikit makan dengan nasi. Eh, memang takde bau... Takde rasa kayu-kayan pun. Sedap pula. Anak-anak pun siap tambah nasi. Alhamdulillah... Kena dengan citarasa kami sekeluarga.

Rupanya, memang Patin Paskal dah ada peminat tersendiri. Ramai jer yang repeat order. Maka, aku rancang nak jadi agen. Lagipun, orang taman aku pun suka.

Yang mana nak cuba, walaupun kita jauh beribu batu... Tetap boleh dapatkan pek ikan patin tempoyak ni tau. Patin Paskal dah ada satu Malaysia! 

Boleh je tekan link ni untuk mencuba. Setiap orang Malaysia wajib cuba ikan patin sebab banyak khasiat yang terdapat pada ikan ini. Termasuk tempoyak juga. Baik untuk perut!

Sharhanah 


2 comments:

  1. sama la saya tak pandai makan ikan darat dan kalau buat pekasam pun saya akan makan beras dengan secubit ikan tu..
    Dulu kerap ke Pahang masa anak belajar kat Pekan, memang selalu stop over makan patin tempoyak sama juga suami yang kerap ke Pahang untuk urusan kerja tapi dia dah tak boleh bau patin tempoyak sebab dah terlalu muak. Kena tunggu hilang muak tu nanti boleh cuba balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya tahun ini bersekolah di Temerloh. Belum berkesempatan nak mencuba ikan patin tempoyak di tempat asal yang terkenal ni. Insha-Allah, nak cuba juga makan di sana nanti.

      Delete