Tips goreng karipap pusing

Saya mula meniaga karipap pusing ni sejak Jun 2021. Baru lagi kan... Tapi, dah hari-hari goreng... Dah tahu cara camner nak dapatkan karipap yang rangup dan tak berminyak.

Ada caranya,

#1 Tuangkan minyak ke dalam kuali dengan api yang kecil. Tak perlu tunggu sampai minyak panas sangat, masukkan je karipap pusing terus ke dalam kuali. Selalunya saya goreng pakai kuali kecik, maka 1 set tu sekali goreng, 5 biji jer. 

#2 Rajinkan diri untuk balik-balikkan karipap tersebut. Jangan biar camtu jer, nanti warna karipap tak sekata.

#3 Bila nampak warna karipap dah sedikit kekuningan, waktu ni lah, ampa kena pandai main api pula. Untuk mengelakkan karipap serap banyak minyak. Besarkan api sedikit. Goreng sehingga semua warna sekata, barulah angkat.

#4 Untuk gorengan kedua pula, pastikan minyak tadi tidak panas... Maknanya, boleh jer tutup api selepas gorengan pertama. Ikut langkah macam tadi.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!


Sharhanah

4 comments:

  1. Ohh macam tu caranya. Terima kasih berkongsi tips :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga singgah di blog saya😊

      Delete
  2. thanks untuk tips...selalu kakak yang buatkan karipap pusing yang selalu gorengkan jadi saya tukang makan jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama☺️
      Tukang goreng happy kalau tukang makan boleh habiskan karipap pusing sambil puji kesedapannya😁

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...