Episod 5: Gema Doa di Baitullah & Makan Malam di Bumi Arafah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Pakej umrah kami didatangkan sekali bersama dengan sarapan pagi di hotel. Seawal pagi, dewan makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan… daripada menu tempatan Arab sehinggalah menu antarabangsa. Namun, anak sulung saya tetap dengan selera Malaysia dan budak-budaknya. Dia just ambil susu dan bijirin (cereal) saja. Katanya, dia tak pandai nak makan menu yang lain. Biarlah, asalkan perutnya terisi dan dia bertenaga untuk meneruskan ibadah pada hari tu.

Tangan memegang kiswah kaabah