Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Pada cuti sekolah yang lalu, saya bersama suami dan anak-anak telah menaiki ETS. Ini adalah pengalaman kali pertama buat kami semua. (Eh, nada Upin Ipin).
Santai betul dia. |
Trip kami dari Stesen KL Sentral ke Stesen Arau yang mengambil masa 5 jam 15 minit dengan menaiki ETS Platinum.
Untuk pengalaman pertama kami, saya memilih untuk merasai koc kelas perniagaan.
Antara kelebihan koc ini ialah penumpang dapat menikmati dua kali hidangan di dalam kabin, ada kemudahan skrin video, sambungan WiFi (sangat perlahan), port pengecasan USB dan tempat duduk berbaring 45 darjah serta kit perjalanan (tak dapat la pula. Maka, layan skrin bisu nampak gayanya).
Baru setengah jam perjalanan, kami disajikan dengan welcome refreshment.
Ada sandwiches dan air kopi panas. Jom tengok apa ada dalam kotak tu...
|
Oh ya, untuk menaiki ETS di KL Sentral, perlulah ke Tingkat 1. Baratur dan perlu melepasi laluan dengan mengimbas kod. Saya dah cetak siap-siap. Mudah sangat. Kalau pakai apps pun okey. Cuma risau kang bateri telefon habis macam mana???
Ramai ooo yang menunggu nak naik ETS menghala ke Padang Besar. |
Selepas mengimbas kod, kami perlu turun ke tingkat bawah menggunakan escalator. Ya, penumpang agak ramai memandangkan cuti sekolah kan.
Jumpa geng oren daaaa |
Kami berjalan menuju ke koc A, gerabak paling belakang sekali. Masuk je dah jumpa tempat duduk kami. 1+2, susunan seat di dalam koc A.
Tempat duduk kami paling depan dekat pula dengan pintu dan mudah ke tandas. Cuma yang tak bestnya, takde privasi. Kejap-kejap ada je orang lalu.
Ada ruang, longgok je. Untung juga duduk seat paling hadapan. |
Memanglah luas bahagian di hadapan, siap boleh letak beg. Cuma, kaki saya yang panjang tak tau nak letak mana.
Tempat duduk sedap, sebab besar dan boleh baringkan. Tapi segan betul nak tidur. Tempat laluan utama kot.
Selesa... Ruang kaki yang luas. |
Seat sedap pun, si bongsu nak menempel juga atas riba bapaknya. Berjalan ke sana ke sini. Seronoklah melawat koc sehingga ke hujung. Tandas di koc B, surau koc D manakala cafe di koc C.
Tandas bersih cuma tisu tinggal hujung-hujung je. Kalau letak pewangi rasanya, lagi selesa lah.
Stesen berikutnya.... Sungai Buloh. Kelajuan dikurangkan. |
Kalau train berhenti mengambil penumpang, saya keluar sekejap ambil angin di luar. Turun sekejap di Stesen Ipoh. Bunyi wisel, baru masuk semula ke dalam perut train.
View dari atas. Agak sempit untuk bertiga. Berdua lebih baik, just nice. |
Pemandangan luar tingkap. Dekat Perak rasanya ni. |
Selepas solat jamak takdim zohor, sempatlah melepak di ruang-ruang antara koc. Nampak juga penumpang yang sedang menunggu untuk guna surau, ada yang menunggu untuk membeli makanan dan ada yang sengaja merenggangkan badan. Boring juga kalau asyik duduk je.
Bersih je stesen ni. |
Kakak paling happy. Tak perlu duduk dengan siapa-siapa. |
My nyawa. Al-maklumlah, dah berusia telefon ni pun. |
Awal-awal je tu. Pastu ke laut dalam. |
Oh ya, ada juga pengumuman dibuat jika ada masalah. Kelajuan diperlahankan sehingga 30km/j. Saya risau sampai lambat je disebabkan saya dah tempah kereta sewa di Arau.
No comments:
Post a Comment