Kad Jaminan (Warranty Card) - Apa Tindakan Pembeli Selepas Membeli Barangan Elektrik?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pemanas air di bilik mandi utama rosak semalam. Terpaksalah mandi dengan air biasa yang agak sejuk. Dua hari sebelum rosak, tengah mandi dengar bunyi pam sekejap berhenti, sekejap okey. Ingat takde apa-apalah.

Sekali rosak terus. Takde bunyi, takde power. Keluar air biasa je.

Saya pun kalutlah cari kad waranti sebab ada 5 tahun tempoh jaminan untuk DC Pump dan Heating Element. Seingat saya, pembelian pada bulan Februari 2021. Baru guna 2 tahun+ je kot. Cari punya cari, memang tak jumpa. Yang ada hanya kad jaminan peralatan elektrik lain. Huhuhu

Alamak, rumah banjir pada Disember 2021. Memang sah la ia sudah rosak atau hilang disebabkan banjir. Suami ke kedai elektrik yang saya beli tu. Resit-resit yang difailkan pun habis kena banjir. Lupa, kedai pun tak kecuali kena musibah banjir. Maka, tak bolehlah nak dapatkan bukti pembelian.

Saya menelefon khidmat pelanggan jenama pemanas air tersebut. Saya memerlukan juruteknik untuk memeriksa jenis kerosakan. Jaminan Am setahun dah tamat, terpaksalah membayar caj RM90 sendiri nanti. Harga barang ganti belum termasuk okey. Saya rasa pam lah kot yang rosak. Perlulah sediakan duit siap-siap.

Bila saya setuju dengan caj pemeriksaan yang akan dikenakan sebanyak RM90, nama, nombor telefon dan alamat perlulah diberi. Dalam masa 3 hari bekerja, juruteknik akan menghubungi untuk aturkan temu janji.

Saya ada suruh staf tersebut semakkan nombor siri pemanas air. Manalah tahu, saya dah daftar secara online selepas membuat pembelian. Sayangnya, tiada rekod. Oh no!!!

Redha.

Borang pendaftaran produk

Pengajarannya, selepas membeli barangan elektrik yang ada jaminan... silalah daftar produk secara online. Perlu isi maklumat pembeli (nama, alamat, emel dan nombor telefon), maklumat produk (nombor siri, nama model, tarikh pembelian, nama kedai dan nombor kad jaminan). Muat naik invois dan kad jaminan sebagai bukti.

Kalau takde kemudahan secara atas talian (online), silalah simpan kad jaminan tersebut di tempat yang paling selamat dan mudah dicari.

Akan terima emel selepas mendaftar (baru lepas daftar produk mesin basuh walaupun kad jaminan masih dalam plastik. Ini kena simpan lama sebab ada 10 tahun tempoh jaminan)

Buta-buta je kena bayar barang ganti. Walhal, 2/2026 baru habis tempoh jaminan. Huhuhu.

Saya akan update bila kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan tu nanti.

Update: Juruteknik datang ke rumah seminggu selepas buat aduan. Rupanya, pemasangan pun salah (dulu, saya suruh orang aircond yang pasang). Kalau ada kad jaminan pun tak valid. Huhuhu. Disebabkan itu, tekanan air sangat kuat menyebabkan pam pecah dan air terkena panel. Maka, panel pun dah rosak. Huhuhu lagik. Kos 2 barang ganti + upah tu pun dah cecah empat ratus lebih. Belum kos komponen-komponen lain yang rosak. Huhuhu lagik... Juruteknik tu cakap, boleh cecah ke enam ratus lebih. Perlu bawa ke kilang untuk diperbaiki. Saya masih menunggu feedback daripada suami. Tadi dah bayar la pada juruteknik untuk caj pemeriksaan RM70. Inilah dugaan kehidupan. Sabar je la.

Mandi air sejuklah dulu sampai hujung bulan. Huhuhu

Sharhanah

4 comments:

  1. Tu yg penting kena register tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Uncle. Dulu saya tak kisah, sebab tak pernah pula rosak dalam tempoh jaminan. Nampak sangat peralatan elektrik sekarang kurang kualiti. Huhuhu

      Delete
  2. goog sharing dear, betul kak ana pun jarang nak mengisi registration bila beli barang letrik ni, kena lebih alert la kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah serik. 2 kali dah berlaku πŸ₯΄. Moga jadi pengajaran buat semua.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...