Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kerap saya outing bila off-day. 6 hari terperap dalam rumah buat keje je kan, sesekali nak la berjalan juga ambil angin luar.
Saya prefer naik pengangkutan awam kalau nak ke bandar. Paling mudah naik MRT lah. Kadang ada perjumpaan dengan kawan-kawan lama satu tempat keje dulu.
Minggu lepas, ikut sorang kawan jalan-jalan ke KL Eko Park (Hutan Simpan Bukit Nanas). Turun MRT, naik Monorail pula. Berjalan 1.4 kilometer untuk sampai di destinasi.
Selalunya, saya akan jumpa kawan-kawan. Sebelum Asar dah sampai ke rumah. Takde kuasa nak lama-lama di luar. Sebab anak-anak akan balik sekolah dalam pukul 6 lebih. Selalunya, saya akan solat Zohor di surau stesen MRT.
Turun daripada MRT, terus menuruni escalator. Surau terletak di bawah. Tak perlu keluar.
Melangkah masuk pun, dah wangi. Saya nyalakan lampu dan pendingin hawa. Letak beg, ambil wudhu. Tempat wudhu pun bersih dan kering.
Ruang ambil wudhu. |
Dalam surau. Kemas dan bersih. Hanya ada 3 helai telekung yang bergantung. Kuantiti sikit, mudah untuk kita handle. Takdelah banyak sampai berbau. Saya suka macam ni. |
MRT dah start sediakan koc untuk wanita. Saya rasa sangat selesa bila outing secara solo. |
Benda yang elok, apa salahnya diwar-warkan. Gantunglah sejadah dan telekung selepas guna. Jika tiada pengguna selepas anda, sila matikan suis lampu dan penghawa dingin juga ya. Sekian, terima kasih.
Sharhanah
Kan...cuma cuak sikit bila dengar MRT lalu atas. Huhuhu
ReplyDelete