Manfaat Mandi Air Sejuk

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Hampir seminggu, water heater di bilik air saya belum diperbaiki. Masih menunggu juruteknik aturkan temu janji. Terpaksalah mandi air sejuk buat masa ni.

Bukan mengada, saya ada sejarah patah tulang zaman muda. Huhuhu, kalau mandi air sejuk, kemain lenguh bahagian patah tu. Lagi-lagi kalau waktu malam. Saya lebih selesa mandi dengan air suam sebenarnya.

Apa-apa pun, cabaran harus ditempuhi. Ayuh! Jom baca manfaat mandi air sejuk ni.

Air sejuk menyegarkan!

Hahaha, memang sangat segar. Cuma nak kena air mula tu, gigil weh. Lepas tu dah okey. Bila balik kampung, suami saya sangat suka mandi pakai air paip dari sungai. Tapi, bilik air tu dekat luarlah. Orang kampung dulu-dulu memang suka asingkan bilik air dan tandas di luar rumah. Waktu sihat, takpe la. Time sakit... Dalam hujan lebat, nak guna tandas, jenuh.

Kulit lebih tegang

Liang pori akan mengecil bagi mengelakkan kehilangan haba yang banyak daripada badan. Itu yang boleh menegangkan kulit. Haaa... best juga ni.

Meningkatkan mood

Bila dah segar, memanglah akan meningkat mood seseorang. Lepas mandi, korang perasan tak... yang marah-marah sebelum mandi, bila mandi dan keluar bilik air je... nampak dia segar dan berbau wangi. Lepas tu takde pula dia nak sambung marah.

Merangsang sistem imun 

Ini sangat betul. Anak sulung saya tak suka mandi air suam. Dengan izin Allah, dia jarang jatuh sakit. Demam hari ini, esok dah pergi sekolah. Masa sekolah rendah, beberapa kali dia dapat anugerah kedatangan terbaik.

Sebuah kajian bertajuk, "The Effect Cold Showering on Health and Work: A Randomized Controlled Trial" menemui bahawa orang yang mandi menggunakan air sejuk, 29 peratus lebih rendah untuk jatuh sakit. Penyelidik menyimpulkan bahawa mandi air sejuk dapat membuatkan penyakit seseorang menjadi tidak terlalu teruk dan memicu sistem kekebalan tubuh manusia.

Meningkatkan metabolisma 

Air sejuk mampu meningkatkan metabolisme tubuh kerana perlu bekerja lebih keras untuk mempertahankan suhu badan yang stabil. Ia sekali gus membuatkan seseorang lebih aktif pada waktu pagi.

Mengurangkan rasa sakit

Ini saya tak pasti. Rasa sejuk-sejuk nak mandi, rasa ngeri pula nak sentuh air. Mungkin air ais kot.

Dalam sebuah kajian yang lain, air sejuk juga mempunyai kesan seperti bius setempat untuk menghilangkan rasa sakit. Pendedahan terhadap air sejuk dapat menyebabkan pembuluh darah menyempit sehingga membantu mengurangkan pembengkakan dan rasa sakit.

Harap saya dapat manfaat daripada mandi air sejuk ni. Untuk 3 orang anak saya yang gemar mandi air suam, bacalah. Mana tau, mama tak jadi nak baiki pemanas air tu😌

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...