Ramai juga pengunjung. Harga tiket masuk ialah RM2 untuk dewasa manakala kanak-kanak hanyalah RM1. Ada pilihan untuk ke view point dengan berjalan kaki atau menaiki "buggy" yang dikenakan bayaran sebanyak RM3/pax.
Kami memilih untuk berjalan. Perjalanan dalam 50 meter dan sedikit mendaki. Eloklah untuk senaman di pagi hari. Biar bersemangat sikit anak-anak ni.
Baru je berjalan naik, pandang sebelah kiri, kami dihidangkan dengan pemandangan "awan karpet". Subhanallah, inilah pertama kali dalam sejarah hidup dapat menyaksikan pemandangan sebegini. Pernah mencuba di Bali pada tahun 2014, tetapi hampa.
Bagaimana ia terbentuk?
Sama seperti mereka yang mencintai dan menghargai keunikan ‘kerja’ Maha Pencipta, saya terkesima menyaksikan keindahan dunia yang sukar digambarkan menerusi kata-kata. Sebaik ia dirakamkan di minda, kemudian sematkan di hati.
Dengar kata, ada pengunjung dari Kuala Lumpur yang datang 3 hari berturut-turut untuk melihat keindahan ini tetapi awan tersebut tidak terbentuk. Rupanya rezeki kami sekeluarga dapat melihat fenomena ini. Alhamdulillah.
Pemandangan bagai di atas kayangan. |
Si sulung dan si bongsu. Sepasang burung hantu bertenggek di dahan pokok tinggi belakang mereka. |
Tak pernah jemu.... Boleh nampak Bukit Chabang. |
Pemandangan ke arah Empangan Timah Tasoh pada pukul 7.30 pagi. Masih berawan guys. |
Awan karpet semakin menipis. |
View mengadap cahaya matahari. Tanda arah beberapa negara |
Keempat-empat anak saya. Sayang betul nak tinggalkan view macam ni. Mari kita snap satu kali! |
Semakin lama semakin ramai pengunjung tiba. Kami pun beransur untuk pulang. Masih ada sehari lagi untuk kami explore bumi Perlis. Ternyata percutian ini meninggalkan kenangan yang paling indah untuk dikenang.
❤️ Perlis
Sharhanah
subhanAllah indahnya ciptaan Tuhan
ReplyDeleteBetul
Delete