Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, tamatlah sudah percutian saya bersama keluarga di Perlis dan Pulau Langkawi, Kedah selama 5 hari 4 malam. Kami ke sana menggunakan pengangkutan awam je.
Banyak yang nak diceritakan, tapi awal-awal ni biar saya fokuskan dulu pengalaman menaiki "cable car" bersama suami dan anak-anak. Ya, 6 pax.
Saya membeli tiket secara online di web rasmi semasa dalam perjalanan pergi ke Oriental Village, di kaki gunung Machincang di mana terletaknya stesen pangkalan kereta kabel tersebut.
Sebenarnya saya dah beli tiket Skycab di Shopee (sebulan awal) dengan harga RM295.90 untuk 6 pax. Cuma, tiket tidak termasuk dengan SkyBridge pulak (bila dah balik, mahal betul harga seller ni letak). Waktu ni memang agak blur. Baca pun tak faham-faham keadaan di atas macam mana. So, saya cancel pembelian dengan seller tersebut. Biarlah beli waktu dah sampai Langkawi.
Bila dah sampai, kalut pula nak beli tiket. Yer, membeli sambil jadi co-pilot. Mana nak tengok jalan, mana dengan anak-anak membising. Sekali terbeli double. Hambikkk!
Alhamdulillah, bila beli di website rasmi, memang mudah nak dapat refund. Saya emel je. Walaupun lambat (3 minggu) tapi full refund. Lega.
Harga tiket 2 pax kanak-kanak ialah RM66, manakala 4 pax dewasa berharga RM172. Total RM238.
Kami sampai dalam pukul 11 lebih di Oriental Village. Pengunjung sangat ramai. Semua perlu beratur untuk ambil giliran naik. Sebelum beratur, perlulah redeem gelang di kaunter terlebih dahulu ya. Lepas tu, sila bertabah dan bersabar.
Barisan akan bergerak sedikit demi sedikit. Dari bawah perlu naik tangga pula. Banyak maklumat dikongsi untuk para pengunjung membaca sementara menunggu tu kan...
|
Sejarah Skycab di Langkawi |
|
Antara alat-alat yang digunakan untuk kabel. Konfiden tak? |
Barisan jadi lambat tu salah satunya perlu melalui photography checkpoint. Nak tak nak, kena layan jugak. Hehehe.
|
Kotak bernombor 1 sehingga 6 |
Hampir sejam, barulah kami sampai di stesen Skycab. Ada staf yang akan guide. Family pax kami cun-cun 6, senanglah masuk dalam kotak masing-masing.
Kereta kabel sampai, pintu terbuka terus kena melangkah masuk dan duduk. Rasanya inilah pengalaman pertama bagi anak-anak saya. Saya dan suami masih teringat-teringat naik ni waktu di Pier Lotti Disember lepas.
Disaat SkyCab bergerak naik, anak-anak teruja! Ini adalah pengalaman yang unik merentasi hutan-hutan tebal yang berusia 550 juta tahun menuju ke bahagian tertua di Asia Tenggara iaitu gunung Machincang.
Dari atas, kami dapat melihat sekilas flora dan fauna yang mengelilingi kawasan ini. Subhanallah! Indah betul ciptaan Allah. Nampak pemandangan pulau-pulau, lautan luas berwarna biru turqoise dan hutan tebal berwarna hijau.
Perjalanan dari stesen pangkalan ke stesen pertengahan, menempuh jarak sejauh 1,700 meter. Kami turun dan berjalan ke platform tinjauan. Tingginya 650m dari paras laut.
Cuaca agak panas tetapi berawan. Maka, takde la istilah panas lit-lit. Kami menaiki tangga ke platform tinjauan. Sebelum tu, kena hadap lagi photography checkpoint.
Kami menggunakan kemudahan teropong untuk melihat pemandangan 360 darjah yang indah. Ada pemandangan pulau utama serta pulau-pulau di sekitarnya yang meliputi kepulauan Langkawi dan Selatan Thailand yang menakjubkan selain pemandangan dramatis dari celahan yang berbukit pada puncak terpencil.
Kemudian kami sambung perjalanan dengan menaiki semula kereta kabel ke stesen puncak. Di sini terletaknya SkyBridge.
|
Maklumat yang sangat berguna |
Kalau nak ke SkyBridge, perlulah beli tiket lain. Inilah yang saya blur awal-awal pembelian di Shopee. Sekarang baru faham.
Kerana minat meredah, kami memilih untuk berjalan sahaja ke SkyBridge. Nak beli tiket, haruslah beratur. Sementara berdiri menunggu giliran, meh kita ambil tahu dulu apa itu SkyBridge.
|
Kanan: Barisan pengunjung nak beli tiket SkyBridge. Kiri: Barisan pengunjung untuk naik SkyCab ke stesen pangkalan |
SkyBridge, berukuran 125m panjang. Struktur ini berada di antara jambatan gantung lengkung terpanjang di dunia.
Untuk membinanya bukanlah suatu pencapaian yang mudah kerana untuk menyiapkannya pelbagai cara dan elemen kritikal perlu diambil kira, seperti berikut;
- Pengimbangan struktur dari satu titik (bahagian atas tiang)
- Pengurusan berat badan dan pengagihan beban yang optimum
- Pra-fabrikasi jambatan dan pemasangan di lokasi.
Seluruh jambatan, barang-barangnya harus diangkat ke puncak gunung dengan menggunakan helikopter dan kemudian dipasang ke posisi sekarang.
Hebat bukan?
Tiket untuk kami berenam ialah RM32. Saya prefer bayar guna kad. Dapatlah gelang yang perlu dipakai. Dah 2 gelang okeh.
Berpeluh juga bila berjalan nak ke sana. Tapi, perjalanan sangat cantik dihiasi dengan flora. Suasana pun nyaman dipayungi dahan-dahan pokok.
|
Unknown.... Jarang nampak |
|
Bunga kuning ni selalu ada... |
|
Mari kita bakar kalori. |
Takde la jauh sangat nak menapak. Dalam 10 minit. Tapi dengan kudrat yang semakin tua, rasa juga lelahnya. Banyak betul saya minum air. Eh, bawa air dari bawah? Tak boleh. Kena beli di stesen puncak. Harga haruslah memuncak jugaπ
|
Kebetulan esok hari merdeka, haruslah pasang bendera. |
Jalan-jalan di atas Skybridge, terserempak dengan ustaz selebriti bersama anak isterinya. Bercuti macam kami juga lah ya. Ambil peluang bonding waktu cuti sekolah.
Agak puas melayan panas, anak bongsu saya sudah mengeluh katanya dah penat. Dia dan si kakak nombor 2, beransur dulu turun. Saya terfikir, nak balik sah-sah melayan naik anak tangga.
Kami sampai di stesen puncak dan beratur untuk mendapatkan kereta kabel. Kali ni, perjalanan turun tiada henti di pangkalan pertengahan. Kami keletihan dan kelaparan sambil melayan pemandangan yang cantik di bawah.
Alhamdulillah, perjalanan semua selamat dan anak-anak semua happy. Lagi-lagi masuk pula 3D Art Langkawi lepas turun cable car. Yang ini saya tak cerita. Kang panjang entri saya kali ni.
Total harga tiket SkyCab + SkyBridge untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak = RM236.
Dengan cashback saya hanya perlu bayar RM218 sahaja. (RM295.90 harga dekat Shopee. Nasib baik saya cancel)
Psttt... Saya jejak ke Langkawi pada tahun 1997 dan terkini 2023. Agak-agaklah kan....hihihi
Sharhanah
No comments:
Post a Comment