Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saje la nak share resipi sihat daripada KKM ni kan. Buatnya belum๐คญ. Nanti saya share gambar. Agak sibuk minggu ni haaa.
AGLIO OLIO IKAN BILIS
Saiz Hidangan: 4
BAHAN-BAHAN :
250 g spaghetti (direbus sehingga masak)1 biji bawang holand (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar ikan bilis (direndam, bilas dan tos - ditumbuk kasar)
2 sudu besar chili flakes
1 sudu kecil serbuk lada putih
4 tangkai daun parsley segar
1 cawan bayam (dipotong kecil)
3 sudu besar minyak zaiton
½ sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN :
Rebus terlebih dahulu spaghetti di dalam air mendidihPanaskan minyak zaitun dengan api sederhana
Tumiskan bawang holand dan bawang putih hingga kekuningan
Masukkan ikan bilis, chili flakes, lada putih dan garam seterusnya masak hingga kekuningan
Masukkan spaghetti dan gaul sebati.
Tambahkan sedikit air
Masukkan daun parsley dan bayam.
Kacau sehingga rata
Sedia untuk dihidang
KANDUNGAN NUTRIEN :
1 HIDANGAN : 1 PINGGAN
400 mg sodium / hidangan
Kalori (kcal) : 255
Karbohidrat (g) : 47
Protein (g) : 14
Lemak (g) : 9
Jom cuba!
Sharhanah
Rare ni selalu buat dgn udang.. ni ikan bilis
ReplyDeleteMasa untuk berubah yang biasa kepada yang luar biasa. Hihihi
DeleteFirst time tau ni..mesti sedap kan..boleh cuba nanti la
ReplyDeleteLepas cuba nanti boleh bagi review
Deletenanti la abe kie nak cuba resepi baru ini..
ReplyDeleteChaiyok abe kie!
Deletewah.. 1st time dgr dgn ikan bilis..leh try ni.. tq for sharing!
ReplyDeleteSama-sama. Harus cuba ya mummy_ayu
DeleteNak try :D
ReplyDeleteSilakan puan :D
ReplyDelete