Perjalanan Pulang Ke Kampung - Pagi Yang Berkah!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Baru-baru ini saya pulang ke kampung sekejap untuk meraikan majlis perkahwinan anak buah. Perjalanan kami bermula selepas solat  subuh dari rumah.

Sebenarnya, kami jarang buat perjalanan jarak jauh selepas Subuh. Selalunya, perjalanan dimulakan selepas isyak disebabkan menunggu bapaknya balik kerja.

Kisahnya, setiap R&R bapaknya berhenti tidur (al-maklumlah, penat kerja di siang hari. Malam patutnya dapatkan rehat secukupnya). Hahaha. Esok baru sampai. Jadinya, solat subuh di R&R.

Sekarang ni kita perlu ubah. Saya beri cadangan, kenduri hari Sabtu. Kita akan balik pagi Sabtu je. Kita dapat tidur yang cukup dan tak perlu tidur dalam kereta. Sempit dan tak selesa pulak tu. Mana taknya, pakat sakit badan bila sampai di kampung.

Alhamdulillah, rancangan berjaya! 

Kami sampai ke destinasi pada pukul 11.30 pagi. Berhenti sekali je di R&R untuk sarapan pagi.

Bagi saya, perjalanan selepas Subuh ni sangat segar. Kami sekeluarga dapat berbual-bual dan menjadikan suasana lebih ceria. Kalau perjalanan malam, sah anak-anak membuta. Tinggal saya dan suami je berjaga. Mula lah jemu dan mengantuk. Itu yang setiap hentian nak kena berhenti.

Dulu perjalananan mengambil masa 9-10 jam baru sampai ke kampung. Sekarang ni, percubaan pertama ternyata berbeza. Memandu dalam 4 jam sahaja.

Walaupun hal ini sangat mudah, tapi saya sangat percaya pada keberkatan waktu pagi.

Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah berkahilah untuk umatku waktu pagi mereka.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah).

Ahad tu, kami dah bertolak balik ke rumah.


Sharhanah

2 comments:

  1. Perjalanan balik kampung tetap menerujakan walaupun selalu balik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeza waktu bujang dan waktu dah berkahwin๐Ÿฅฒ

      Delete

⚠️๐ƒ๐ข๐ฌ๐œ๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ซ Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post ๐Ÿฅ•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...