Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api dan menanggungnya di atas belakangnya (untuk dijual), pasti lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang, lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya. (Riwayat Al-Bukhari)
Konsep Berdikari
Berdikari bermaksud berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain.
Menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah SWT seperti kekuatan tubuh badan dan kecerdikan akal untuk perkara yang bermanfaat.
Membiasakan diri daripada bergantung pada pihak lain demi memelihara maruah dan kemuliaan diri.
Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan.
Berazam dengan hemah yang tinggi untuk meningkatkan kualiti diri, masyarakat dan negara.
Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan.
Tidak memakan seseorang sesuatu makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri dan sesungguhnya, Nabi Allah Daud makan daripada hasil kerja baginda sendiri (Riwayat Al-Bukhari)
Kelebihan Berdikari
Agama - Menjadikan Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin berusaha.
Ekonomi - Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal.
Pendidikan - Melahirkan modal ihsan yang berkepakaran tinggi melalui penerokaan ilmu dan kemahiran.
Kemasyarakatan - Memperkasakan daya saing masyarakat untuk mempertingkat taraf kehidupan.
Sebagai umat Islam, kita hendaklah;
Memandang mulia kepada pekerjaan yang halal walaupun hasilnya sedikit.
Menghindari perbuatan meminta-minta dan bergantung pada orang lain demi memelihara kemuliaan dan maruah diri.
Mencari ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendapatan yang baik.
Membantu orang yang memerlukan pertolongan mengikut kemampuan agar hidup dirahmati.
Sharhanah
Sumber: KSSM
No comments:
Post a Comment