Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saya jenis bukan kaki makan. Banyak jenis makanan yang saya belum pernah rasa. Saya ni, sejenis makan makanan yang sama je. Mungkin masalah perut. Asal silap makan sikit, memang berangin dan sakit urat-urat semua.
Semalam saya ambil anak balik asrama. Dah petang, perut pun lapar. Tak tahu nak makan apa. Tapi tekak meronta-ronta nak sesuatu macam mi.
Sudahnya, suami bawa terus ke festival. Hahaha. Pilih la nak makan apa. Saya ni agak memilih bab makan. Tengok keadaan gerai dulu, pastu tengok tukang masak, pastu baru fikir nak beli ke tidak.
|
Pencuci mulut lah sangat kan |
|
Suami yang nak air ni. |
|
Pertama kali makan mi celup. Tapi saya pilih megi. Pelik betul saya ni. |
Kami melepak makan di kerusi meja yang telah disediakan. Anak saya, bila tanya nak makan apa, dia jawab dah kenyang. Saya kongsi juga dengan dia mi celup ni.
Kami beli coconut shake juga. Suami memilih untuk merasa char koew teow sotong (lupa snap rupanya macam mana). Tak pernah saya makan. Rasa sikit, sedap. Cuma saya tak suka sotong gelang-gelang tu la.
Selesai makan, beli sedikit makanan untuk anak-anak yang ada di rumah. Ntah nama apa saya beli. 3 cucuk RM10. Lepas tu anak nak crepe. Crepe ni saya merasa di rumah. Tak minat. Macam makan ising cake je. Huhuhu.
Pembayaran, saya banyak gunakan pembayaran melalui QRPAY. Sebab, saya tak bawa tunai. Tu la lah, dulu tak bawak duit... memang tak dapat beli la. Sekarang ni tak bawa telefon pintar. Memang jenuh. Pintar sangat, hampir RM50 duit saya habis hanya di situ.
Apa-apapun, memang best festival macam ni. Macam-macam pilihan duk ada. Harga pun boleh diterima. Cuma nak membeli sakan, tidaklah saya.
Saya kaki suka berjalan, bukan kaki makan.
Sharhanah
Teh Bangkok tu memang popular...!
ReplyDeleteTak jauh dengan rumah uncle ni....
Tak singgah ke Uncle?
ReplyDeleteMasa mencemburui π
DeleteSaya pun sama macam sis, mesti tengok keadaan kedai dulu sebelum beli.. makanan di festival macam ini memang mahal.. Tapi syok kalau dapat cuba makanan lain dari kebiasaan..
ReplyDeleteBetul, seronok tengok makanan pelbagai. Rambang mata. Sesekali boleh je mencuba.
Delete