Taman Tasik Titiwangsa - Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kali terakhir saya ke Taman Tasik Titiwangsa entah tahun bila. Tak berapa ingat. Masa anak baru 2 orang, saya kerap ke sini bila suami ada event. Lepas tu, terus tak datang dah. Punyalah lama. Hilang ingatan terus. 

Baru-baru ni, saya datang lagi. Kali ni bawak anak 4 orang. Si bongsu dan abangnya memang tak pernah sampai. Kebetulan si bongsu celik di zaman bapaknya sudah bertukar kerja. Tiada lagi cuti dihujung minggu. Ditambah lagi dia membesar di zaman PKP. Maka, sedikit teruja budak tu.

Saya rasa banyak dah berubah. Nampak lain sangat. Kami brisk walk sepanjang tasik selepas hujan. Sayangnya, nampak banyak sampah sarap dimerata-rata tempat. Sakit mata saya ni hah. View dah cantik, tapi sampah tak boleh blah.

Dengan keluasan 114 ekar, kalau kutip sampah... agak-agak banyak mana yer dapat? 

Eh, lari tajuk.

Kami singgah di taman permainan. Ada Taman Air Kanak-Kanak. Menyesal anak bongsu saya tak bawa baju salin. Merengek dia. Yer la, bukan merancang nak datang pun. Terjah je. Si abangnya, boleh lah melayan permainan mencabar ala-ala obstacle course atau jungle gym tu. Kedua-duanya bersebelahan je pun.

Anak-anak dara saya, pilih lokasi untuk ‘outdoor shooting’ sebab pemandangannya tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit. Dalam kolam pula ada bunga teratai dengan 3 warna (putih, biru dan merah jambu). Memang tukar moodlah.

Waktu ni nyaman sangat sebab kena tempias air pancut.

Closed up gambar bunga teratai. Masya Allah, hebat ciptaan Allah
Kalau boleh nak pusing semua 
Pemandangan tenang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit.
Taman yang disukai anak-anak yang lasak
Lasak? Si bongsu saya ni... Nanti kita panjat pokok plak. Hihihi
Rambu(t) Rambu(t) Temple of Togetherness 2023... Dari jauh nampak macam rumah nanas, rupanya penyapu lidi.
Cantik pokok ni.
Pokok nyiur
Pemandangan tasik. Ada pengunjung yang berkayak dan menaiki sampan kayuh. Kalau anak-anak yang besar ni ajak naik, saya okey je. Masalahnya, diorang tak suka aktiviti yang berisikoπŸ˜‘

Cuma suami je la, kalau bawa joran pasti dia memancing. Cuma sekarang ni tak tahu pula boleh memancing ke tak. Sebab dulu-dulu memang dibenarkan memancing. Kerap ada pertandingan memancing di sini.

Dekat sini juga boleh berkayak dan berbasikal. Kalau kereta muat, saya dah bawa basikal dari rumah. Terpaksalah menyewa dengan harga RM10 untuk 1 basikal. Nak berkelah pun best ni. Kalau musim hujan memang tak sesuai nak feeling-feeling makan atas tikar di bawah pohon rendang. Mampu duduk bawah pondok je. Hehehe

Kami juga melayan Kanopi Banjaran Titiwangsa dan Laman Kerawang (Taman Maze). Seronok juga. Sampai berpeluh-peluh. Syukur ada air kosong dari rumah. Masih sejuk dalam termos. Saya dah praktikkan bawa air kosong sejuk ke mana-mana saja kalau saya outing. Minum air manis tak puas, nak air kosong jugak.

Selepas basikal sewa dipulangkan pada pukul 6.45 petang, kami pun berangkat untuk pulang ke rumah. Rasa macam nak datang lagi je, tapi waktu pagi lah. Insha-Allah. Tapi, bila fikir keadaan sampah dan jarak 24KM nak sampai ke sini dari rumah, jadi terus malas. Baik ke taman tasik yang berdekatan je.

Psttt... patutnya snap sampah-sarap kan... asyik highlight yang indah-indah je😌

Sharhanah

18 comments:

  1. wah...ad kayak ke? tahun lepas p, xd pulak...nie boleh la repeat lagi...bawak anak2 main ayor..kikiki

    ReplyDelete
  2. teruk betul sikap pengunjung kat situ! X ada kesedaran sivik langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang betul pemandangan cantik, tapi tercemar pula. Bayangkan dalam tasik dibuangnya bekas plastik air minuman.

      Delete
  3. Best jalan2 di taman mcm nie... biasanya pagi2 yg seronok kalau nak jalan ke taman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. pagi-pagi ada vitamin D. Jangan dah pukul 10 pagi baru nak sampai, memang terbakar kulit.

      Delete
  4. Saya pun dah lama tak ke sana...Bila lalu situ time tengahariacam tak kena pulak nak singgah...Kalau pagi weekend ok la kot kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak sesuai je tengahari... tapi kalau Taman Botani Perdana, KL tu ok kot... banyak pokok-pokok jenis rendang. Takde la panas sangat.

      Delete
  5. Seronok dapat riadah petang-petang.

    ReplyDelete
  6. sini kalau sabtu ahad pagi ke petang selalu la sesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... saya kalau jenjalan, jarang pilih weekends.

      Delete
  7. Baru nak tanya, mana sampah-sampahnya, ok dapat jawapan pada perenggan akhir. Dok ralit tengok semua gambar yang diambil.

    ReplyDelete
  8. Memang cantik gambar closed-up bunga teratai tu. Best juga dapat riadah di sini, banyak aktiviti. Paling best aktiviti sampan kayuh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dapat gambar closed-up tu pun susah juga. Tak boleh berangin dan tangan tak boleh sedikit pun bergoyang, nanti gambar blur.

      Delete
  9. tempat lawa, sayang sangat bila ada yang suka cemarkan dengan sampah sarap

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...