Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cuba tanya kepada diri sendiri, mengapakah sunnah mengalakkan kita bersahur? Kalau tak sahur pun tak ada salahnya kan? Cuma kita rugi untuk menikmati rahmat, nikmat dan barakah waktu itu. Jika kita tidak mahu menjamah makanan, setidak-tidaknya kita minum seteguk air.
Daripada Amru bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim)
Ada yang sahur pukul 12 tengah malam. Lepas tu tidur sampai subuh. Itu bukan sahur, tetapi supper. Terlepas keberkatan waktu sahur, dimana waktu ini adalah antara waktu paling mustajab untuk berdoa. Bangun awal juga dapat melatih kita untuk mengerjakan solat sunat tahajud dan amalkan zikir dan doa seperti di bawah;
Banyakkan istighfar;
Minta ampun kepada Allah;
Mohon hajat semasa di dunia (kebahagiaan rumahtangga, anak-anak yang soleh dan solehah, etc);
Minta urusan kematian kita dalam keadaan baik dan mudah (meninggal ketika solat, etc);
Minta lapangkan dan mudahkan kita di alam kubur sana. Jauhi fitnah kubur;
Minta urusan kita dimudahkan di akhirat (masuk syurga tanpa dihisab); dan
Minta urusan orang lain dimudahkan (rakyat Palestin, saudara-mara & sahabat)
Allah berfirman:
“Siapakah yang berdoa kepadaKu, pasti Aku memperkenankan doanya. Siapa yang meminta daripadaKu, pasti Aku akan berikannya. Dan siapakah yang beristighfar memohon ampun padaKu, pasti Aku ampuni dia." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Muslim)
Selain itu juga, bersahur juga dapat membantu menguatkan tubuh badan serta memberi tenaga pada siang hari di samping aktiviti yang perlu dilaksana pada masa berkenaan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib).” (Surah al-Baqarah, ayat 187)
Jelaslah di sini, maka beruntungnya orang yang bersahur. Kita pilih yang mana??
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua!
Sharhanah
Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian.. sahur juga adalah ibadah dan dlm sahur juga ada keberkatan..
ReplyDeleteSama-sama. Moga kita mendapat berkat.
DeleteTerima kasih perkingsian ilmu
ReplyDeletesama-sama.
DeleteSahur jangan tak sahur!
ReplyDelete๐
DeleteAlhamdulillah, setakat ni masih belum tinggal sahur walaupun seteguk air cuma..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga mendapat keberkatan.
DeleteSahur penting untuk SA, kalau tak SA x tentu arah..tapi skrg ni tgh ABC so bangun gak sahur cuma uruskan makan minum Pak Zain
ReplyDeleteSama. Bangun awal juga untuk uruskan semua walaupun "sedang bercuti"๐
Delete