◦Berapa Ramai Kawan-kawan Yang Korang Kerap Berhubung Sekarang?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dalam senarai kawan Facebook (FB) yang terdiri daripada kawan kampung, kawan masa belajar, kawan masa kerja, keluarga terdekat dan jauh, hampir mencecah ribuan. Sekarang saya sudah merasakan bilangan kawan-kawan yang selalu berhubung atau berjumpa menurun secara konsisten sepanjang meningkat dewasa.

Mungkin, inilah yang dikatakan kehidupan. Lingkungan semakin mengecil disebabkan masing-masing sudah ada tuntutan dan tanggungjawab masing-masing. Keutamaan kita sudah berubah arah. Dulu kecik-kecik, berjanji beria dengan kawan BFF nak sekolah menengah sama, universiti sama, membesar sama-sama. Heeee

Zaman belajar, di mana kita terlalu banyak kawan. Beratus kawan kot time ni.

Sewaktu belajar.

Zaman pekerjaan,  berpuluh kawan.  Hanya yang satu kepala je yang boleh masuk. Yang lain, boleh la sembang-sembang setakat kerja.

Geng sekepala masa kerja

Zaman berumahtangga, kurang 10 kawan. Ada beberapa kerat je yang kadang-kadang berjumpa. Kadang-kadang ada la sebulan sekali, setahun sekali. Tapi, masih boleh berjumpa.

Kawan-kawan saya sekarang ni ialah.... Arissa, Zahra, Hariz dan SofeaπŸ˜‹

Bukan apa, sekarang ni terasa nak hidup tenang-tenang je sambil membesarkan anak-anak. Tak perlu nak jaga hati kawan-kawan. Orang tak ajak, kita diam je. Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa-siapa. Suka hati lah orang lain nak buat apa pada kita. Nak mengata? Kita dapat pahala percuma. Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita. Tanpa perlu nak sentap.

Kawan yang ada sekarang... walau sedikit, kita jaga dan hargai satu sama lain. Jadilah kawan yang baik, jujur dan ikhlas.  Hidup ini singkat, tidak mengapa kalau kawan kita cuma sedikit asalkan bermanfaat di dunia hingga akhirat.

Kelak di alam kubur, "kawan sejati" yang sentiasa menemani kita hanyalah amalan kebaikan kita di dunia sahaja.
Sharhanah

7 comments:

  1. Betul tu...intai2 dalam FB kawan2 yang aktif di medsos... Yang BFF, masing2 dah berkeluarga, duduk dah dah jauh2.. Ad rezeki, memang gather... Takde rezeki, berwasap2 ajelah.. Yg penting, xd dah nak pening2 jaga hati sesiapa.. Kalau dijemput majlis2, ad kelapangan kita pergi.. Tak dijemput, tak kecik hati pun.. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya WA mereka majoriti untuk ingatan ulangtahun hari jadi & minta maaf menjelang hari raya.

      Delete
  2. So far takde..semua dah ada kehidupan masing- masing...rindunya kat diorang...sesekali la message diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rindu... tapi apakan daya, masing-masing sudah fokus dengan kehidupan masing-masing. Nak kacau selalu rasa macam bersalah pula.

      Delete
  3. Hurmm boleh kata hampir zero... Bila semua dh besar ..kerja.. kahwin.. anak2.. komitmen bertambah maka jurang berkawan makin kurang..

    ReplyDelete
  4. Benar Mbak semakin usia beranjak, semakin sedikit jumlah kawan. Jumlah kawan sejumlah jari sebelah tangan saja itu sudah banyak.
    Dan ya akhirnya hanya sendiri, hanya amal baik teman sejati saat nanti di alam kubur...

    salam,

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...